Followers

Thursday, February 2, 2012

DaPaT LaGi

Kelmarin aku hantar la tiket kepada pihak Nuffnang berkenaan Churp Churp & SAYS.my. Jawapan dia memang dah agak pon. Churp Churp & Nuffnang bawah satu syarikat & SAYS.my adalah pesaing bagi Churp Churp. Jadi bagi blogger yang letak iklan Churp Churp kat blog adalah dibolehkan dan tak memberi kesan pada status Glitterati tapi kalau letak iklan SAYS.my maka berkemungkinan kita hilang status Glitterati tu.



Tup-tup pagi tadi check, ada lak BE dari Nuffnang masuk lagi. Syukur alhamdulillah. Rezeki ALLAH bagi kan. Kali ni dapat BE dari Digi iPhone 4S. Kalau nampak iklan tu rajin-rajin kan lah tangan korang untuk klik ye. Sumbangan anda amat dihargai. Leh la anggap sebagai hadiah birthday kan. Hohoho...Pastu dekat nak balik tadi dapat lagi hadiah birthday. Kali ini dari kilang tempat aku kerja. Memang tiap kali tiba birthday pekerja, pekerja terbabit akan dapat hadiah. Tahun lepas dapat towel. Tahun ni dapat payung. Besar lak tu. Time kasih Ichikoh.

Ada sesape lagi nak bagi aku hadiah tak??




Wednesday, February 1, 2012

PosT CeLeBRaTioN

Disebabkan birthday aku pada 24 Januari yang lepas jatuh pada cuti CNY, maka celebration ngan si dia ditunda ke hari Isnin lepas. Sambut kecil-kecilan kat Secret Recipe je. Masing-masing dah ngidam nak makan kek SR sebenarnya. Kek yang aku suka makan takde jadi aku rembat jela mana yang ada kopi nye flavour. Heheheh...Time kasih untuk si dia, sudi gak sambut walaupun dah lambat hampir seminggu. 


*Kek si dia lagi besar. Hohoho*

*Lapar nye pasal*

Sape kata dah besar gedabak ni takde hadiah birthday. Cuba korang tengok kat bawah ni. Banyak kan. Tapi sebenarnya bukan sume hadiah birthday. Yang mug sebelah kiri dan tabung kuning bentuk keta tu doorgift yang dapat masa kenduri kahwin Den Senpai. Tabung tu bawa maksud tersirat, suruh kumpul duit kahwin. Hehehe...si dia bagi hadiah perfume. Aku yang memang sedia wangi akan bertambah wangi la pasni. Yang lain tu dari kakak-kakak sekalian. Kak Lynn bagi magnet & buku kecik London. Masa aku darjah 6, teacher aku panggil aku London Boy sebab lidah aku pelat London bila speaking. Tapi bila naik Form 4-5 teacher aku cakap aku ada American accent lak. Pelik2 :p

*Terima kasih sume*

ps : Ada orang nak bagi hadiah lagi tak kat aku????Hehehehe


Tuesday, January 31, 2012

MaRaTHoN KL

Hari Ahad lepas, memang marathon satu KL la aku rasa. Mana taknya, kena bawak Tsunaga-san jalan-jalan untuk cari souvenir nak bawak balik Jepun. Pukul 9 pagi lagi dah gerak gi stesen komuter Nilai. Disebabkan nak jalan jauh, aku breakfast kaw-kaw ngan 'syuukrim' atau pon bahasa standard dia cream puff. Aku pon tak tau kenapa orang Jepun panggi syuukrim. Nak beli kat Beard's Papa macam mahal padahal sama harga je ngan kat Jepun. Ni memang khas dari Jepun termasuk la Cafe au Lait dari Tsunaga-san. Kitorang nak Cafe au Lait dalam kotak tau tapi dapat yang ni pon syukur alhamdulillah.

*Setelah sekian lama ngidam*

Destinasi pertama kami, Central Market. Ni first time gak sebenarnya untuk aku ngan si dia menapak kat sini. Memang banyak la kraftangan & hasil seni yang leh buat sebagai cenderahati. Ramai giler tourist kat CM ni. Kat sini, Tsunaga-san borong selendang sutera untuk member-member dia kat Jepun. Lama gak la pusing situ. Pastu gi Petaling Street, Jalan Masjid India, Jalan TAR & SOGO. 

Banyak gak la dia shopping. Kerongsang sume dia cakap murah je. Kalau ikutkan bagi orang Jepun memang barang kat Malaysia murah la sebab matawang dia besar. Sekarang ni 100 yen sama dengan RM4 lebih tau. Air tin kat Jepun satu tin pon dah cecah 120 yen lebih kurang. Sebab tu kitorang jarang convert duit Jepun ke RM bila beli barang. Kitorang lagi suka anggap 120 yen tu sebagai RM1.20. Kalau convert jugak, jawabnya memang tak makan pape la sebab sume terasa mahal.

Kitorang solat Zohor kat SOGO dan sementara tu Tsunaga-san jalan-jalan dalam SOGO tu. Habis solat, tengok banyak giler dia beli cashew nuts. Kat Jepun takde ataupun susah nak dapat kot. Bila tengok langit mula gelap, kitorang pon gerak balik la. Hantar Tsunaga-san sampai stesen monorel Bukit Bintang, pastu kami berdua ronda la dalam Sungei Wang Plaza. Boleh tahan besar gak la tapi tingkat atas-atas tu memang lengang. Makan aiskrim McD, pastu gerak balik.

Memang letih. Tido je aku dalam komuter. Nasib baik la tak terlepas stesen Nilai. Hohohoho...Baik giler Tsunaga-san. Siap bagi duit belanja makan & tambang naik tren lagi.