Thursday, August 22, 2013

HaPPy FiRsT aNNiVeRsaRy

Hari ini, tanggal 22 Ogos 2013, genap setahun usia perkahwinan aku dan isteri. Syukur alhamdulillah dan insya-ALLAH moga berkekalan ke akhirnya ye. Minta maaf la takde hadiah pun tahun ni. Tak tau nak bagi apa. Heheheh...


Tapi hadiah paling besar dalam setahun ni adalah kelahiran puteri sulung kami, Noor Azzalea 2 bulan lepas. Hari ni isteri bawa Azzalea gi klinik kesihatan untuk checkup. Dah 2 bulan 10 hari, Azzalea memang membesar dengan sihat. Sekarang dah cecah 6.1 kg & 59 cm. Kejap je rasa. Hehehe...

*Tetiba ada kek. hehehe...Terima kasih sayang*

Papepun buat isteri tercinta, moga perkahwinan ini akan sentiasa dalam rahmat-NYA. Kita tempuh pahit manis kehidupan bersama-sama. 


Friday, August 2, 2013

WaRKaH DaRi KaNaDa

Hari ni hisashiburi ni = setelah sekian lama, aku pergi kerja menunggang moto. Moto masuk bengkel sejak aku balik dari Kelantan hari tu lagi. Kena RM651 sebab banyak gak la kena tukar. Rod piston pe sume rosak. Takpela, nak wat camne kan. Dah dua tahun lebih pakai moto, bawak cam mat rempit, memang la lunyai moto tu. Hehehe...


Balik rumah, tengok dalam mailbox ada surat. Yang terkejutnya aku bila ada satu surat dari Kanada. Cam kat atas tu. Aku pun pelik. Memang aku ada je member satu sekolah belajar kat Kanada tapi dia pun dah habis belajar. Dah balik Malaysia pun. Tu yang aku pelik. Siapa pula la yang hantar aku surat dari Kanada ni kan.

Bila buka je surat tu, rupa-rupanya ada benda lagi best. Huhuhu... Tengok kat bawah ni lah. Dapat cek dari Global Test Market. Oklah kan dapat gak RM160 lebih sebagai duit raya. Global Test Market ni kiranya cam company survey gak. Setakat ni sume survey yang aku masuk cam AIP Online SurveyMySurvey dan lain-lain hanya menawarkan kupon atau baucer je untuk penebusan point yang ada. Toluna lak masuk melalui PayPal. Nilah kali pertama aku dapat cek dari survey. Syukur alhamdulillah ada gak duit tambahan kan nak beraya ni. Hehehehe...

Wednesday, July 31, 2013

aNoTHeR RuN

Semalam balik rumah dapat flyer pasal IJM Land 10 KM Run. Baca punya baca, hari ni hari terkahir pendaftaran untuk early bird registration fee. Lalu aku pun menggatalkan tangan mendaftar la untuk event ni. Ala, lagipun dekat je sebab event ni kat Seremban 2, bukan jauh sangat pun dengan rumah aku ni. Event ni akan berlangsung seperti tertera di bawah ni. Pe lagi, jom la join ramai-ramai.



Dengan ini menjadikan aku ada 4 running event menanti lepas raya ni. Hohohoho...tapi kan kelmarin aku try la lari atas treadmill aku yang dah repair tu. Baru lari 5 minit dah pancit. Adoiyai...camne la nak lari untuk semua event ni. Memang lepas raya ni kena training betul-betul la. Semua event u jarak dia dahla 10 km & 21 km. Badan ni terasa berat sangat bulan puasa ni. Mana taknya, hampir setiap hari buka puasa kat hotel atau mana-mana tempat kat luar la. Hmmm...

Monday, July 29, 2013

tHe WoLVeRiNe & iFTaR aT DaMsYiK

Hari Sabtu lepas dari pagi sampai ke petang aku sibuk. Hantar kereta gi bengkel, hantar tv gi kedai untuk repair, gi kedai perabot beli rak tv dan macam-macam lagi la. Memang tak sempat la nak join geng blogger iftar kat Seremban. 


Hari Ahad lak, aku gi Aeon Seremban 2, layan movie The Wolverine past shopping sket. Dah lama tak tengok wayang sorang diri ni. Masa bujang dulu memang selalu la. Ni dah kahwin, kali pertama la kiranya. Nak wat camne dah bosan melampau dok rumah sorang-sorang. Bagi aku boleh tahan la citer ni. Tambah best sebab leh dengar dialog dalam Nihongo a.k.a. Bahasa Jepun. Lama betul tak dengar orang cakap bahasa Jepun rasanya selain boss-boss Japanese kat Honda ni. Memang natsukashii la. Nasib baik aku sempat berhenti kat pintu masa dia tunjuk scene kat airport bila Magneto & Prof Xavier kuar. Kalau tak memang rugi la.

*Sabtu ni papa balik kita shopping baju raya Azzalea ye*

Hajat di hati nak shopping baju raya & baju Azzalea tapi ramai sangat orang. Bukan main panjang lagi beratur. Akhirnya aku beli barang peribadi aku je. Dah habis tu gerak la ke Senawang balik, singgah kat Giant beli barang dapur sket. Singgah rehat kat rumah jap sementara menunggu jam 6.30 petang. Bila dah 6.30 petang, terus gerak ke Nasi Arab Damsyik.

*Asyara kambing+ayam 1 & Asyara ayam 1. Perghhh...*

Hari Ahad tu aku dan ahli keluarga budak department aku iftar beramai-ramai kat Nasi Arab Damsyik. Nasib baik dah booking hari Khamis lagi. Memang ramai sangat orang. Tapi yang kurengnya dapat seat yang kena duduk bersila. Bila bersila memang tak banyak pun leh sumbat. Sampai terpaksa bungkus bawa balik la untuk sahur. Dahla ada yang tak jadi datang. Memang banyak la lebih kitorang tapau. Hehehe...Bagi yang belum cuba tu cepat-cepat lah singgah nasi Arab Damsyik ni. Sedap tu.

Tuesday, July 16, 2013

PaPa RiNDu KaMu

Pagi tadi ada review untuk NHC (New Honda Circle) dengan management. Banyak betul benda yang kena komen. Minggu depan dah final presentation. Sempat la kot nak betulkan mana-mana yang kena komen tadi. Memang aku redah je tadi, dah lama tak present in English. Memang berbelit lidah rasanya. Tapi lega rasanya bila dah habis review.
*Geram tengok Azzalea. Dah pandai menoleh sekarang ni*

Raya ni Honda Malaysia cuti 2 minggu. Huhuhu... Memang best la leh cuti panjang tapi aku jela yang cuti panjang. isteri aku 14 Ogos dah masuk kerja balik. Hmmmm.... Aku kena standby jela kat rumah in case ada pape hal kat rumah pengasuh yang jaga Azzalea nanti. 

Memang aku rindu sangat kat anak dara aku sorang tu. Dahla dok jauh ngan anak isteri. Bulan puasa lak tu. Tahun lepas takpela buka puasa sorang diri sebab bujang tapi tahun ni dah kahwin, dah ada anak, aku tetap puasa sorang diri. Sebulan sekali je jumpa anak isteri. Nanti nak raya baru leh jumpa balik. Tak dapat tengok perkembangan dia dari dekat. Hanya MMS dari isteri jelah pengubat rindu aku pada mereka. 

*Best betul anak dara ni tidur*

Tiket bas balik raya dah selamat aku beli. Insya-ALLAH 4 Ogos nanti berangkat pulang aku ke Pasir Mas, kelantan. Nantikan kepulangan papa ye mama & Azzalea. 

Sunday, July 14, 2013

RuN aReLaN RuN


Asyik cerita pasal anak je, kali ni beralih topik sket. Standard Chartered KL Marathon dah pun ditunda ke 29 September akibat jerebu baru-baru ni. Bermakna aku masih lagi ada masa untuk mempersiapkan diri untuk acara 21km tu nanti. Tapi lepas puasa dan raya nanti bukan itu sahaja running event yang ada. Aku juga telah mendaftarkan diri untuk lagi 2 running event. 


Yang pertama adalah Men's Health & Shape Night Run. Tahun lepas aku daftar juga untuk event ni tapi tak dapat nak lari disebabkan kecederaan masa friendly bola ngan budak CVJ Honda. Event ni akan berlangsung pada 7 September 2013 bertempat di Putrajaya. Yang ni jarak dia pendek sket, 12km je. Yang best pasal event ni dia nye goodies bag memang meletup habis la. Banyak betul sponsored items leh dapat. 


Dan yang kedua lak BSN Putrajaya Night Marathon. Event ni pun buat kat Putrajaya tapi aku daftar untuk kategori 21km dan event ni akan berlangsung pada 19 Oktober 2013. Tahun lepas aku tak sempat daftar pun tapi tahun 2011 aku masuk la. Masa tu yang bestnya adalah para sukarelawan yang ada terutamanya yang buat persembahan masa kitorang keletihan berlari. 

Memang kena berlatih betul-betul la pasni. Harap-harap bahu aku dah elok sket masa tu. Kalau jadi cam masa Milo Breakfast Day Run & MAKNA Founder's Run, memang lambat la aku balik jawabnya.

Wednesday, July 10, 2013

SaLaM RaMaDHaN & GeNaP SeBuLaN

Hari ni tanggal 10 Julai 2013 bersamaan 1 Ramadhan. Berjumpa lagi kita dengan bulan Ramadhan, bulan yang penuh barakah. Salam Ramadhan aku tujukan buat semua. Kalau ada salah dan silap harap dimaafkan la. Tahun lepas masih bujang, puasa sorang-sorang. Tahun ni dah ada anak isteri tapi masih puasa sorang-sorang sebab dua-dua dok kat Pasir Mas sampai raya. Wuuuuu...
*Yeay, ada baju pink. Nampak sket keperempuanan tu*

10 Julai maksudnya dah genap sebulan puteri sulung kami, Noor Azzalea dilahirkan. Masa lahir berat dia 3.4kg & selepas sebulan dah cecah 4.6 kg. Memang berat la anak papa & mama ni. Mana taknya, selang 2 jam nak menyusu. Banyak pulak tu setiap kali dia menyusu. 

*Dah jumpa doktor. Geram tengok pipi Azzalea*

Dah genap sebulan kena la bawak gi klinik untuk check condition dia. Syukur alhamdulillah Azzalea sihat-sihat sahaja. Tapi ikut cakap mama dia, hari nilah kali pertama Azzalea menangis sekuat hati.Tu pun sebab kena cucuk jarum. Kesian kat Azzalea. Nasib baik sekejap je nangis. Selama ni kalau menangis pun memang sekejap & tak kuat pun. Tupun bila lapar nak menyusu.

Buat sesiapa nak add aku kat Facebook, Twitter & Instagram leh la klik kat bawah ni ye.

Wednesday, July 3, 2013

PuLaNg MeLePaS KeRiNDuaN

Malam esok insya-ALLAH aku akan terbang pulang ke Kelantan bagi melepaskan kerinduan terhadap anak isteriku. Dah sebulan berjauhan rupanya. Hanya panggilan telefon, SMS dan MMS pengubat rindu selama tempoh sebulan ini. Gambar ni aku dah share kat facebook tapi ramai blogger kat sini tak tau pun akaun facebook aku. Jadi layankan jelah gambar-gambar ni ye. Kalau nak add kat FB gitau lah ye. Hehehe

*Syok betul Azzalea tidur*

Penerbangan aku dari LCCT ke Kelantan dijadualkan berlepas jam 9.50 malam esok. Kali pertama tau naik penerbangan domestik. Naik flight dari LCCT pun kali pertama. Selama ni naik flight gi Jepun, Korea & balik Malaysia je. Sume kat KLIA. Setakat ni gi LCCT untuk hantar member atau ambil barang pesanan dari para kohai (junior) yang pulang dari Jepun je. 

*Makin tembam dan bulat anak papa ni*

Lepas balik kerja esok memang kena pecut balik & menuju LCCT la jawabnya. Naik moto jela gi LCCT. Jimat sikit duit parking. Dah sebulan berjauhan, makin bulat dan sihat Azzalea kat Pasir Mas tu. Rindu betul papa kat Azzalea & mama. Esok inssya-ALLAH kita jumpa ye puteri-puteri kesayangan papa.

*Tau pun celik mata tu*

Tapi kan kesian kat atuk & nenek Azzalea tak sempat lagi nak jumpa cucu sulung diorang ni.Sibuk je memanjang. Apatah lagi nak jumpa pakcik makcik, moyang, nenek & atuk sedara. Pergi kenduri kahwin sepupu hari tu sume yang lain tanya mana Azzalea. Lepas raya la jawabnya baru orang lain leh jumpa Azzalea kan. Hmmmm

Monday, July 1, 2013

LaGi LaGi KaHWiN

Tanggal 26 Jun 2013 yang lalu, selamatlah seorang lagi sepupuku diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya. Dia ni sepupu paling senior sebelah emak aku, yang ketiga kahwin selepas aku dan seorang lagi sepupu perempuan aku. Kenduri sebelah perempuan diadakan di kediaman ibubapa pengantin perempuan berdekatan Taman Tasik Titiwangsa. Memang grand habis la. Memang lain la berbanding mana-mana wedding yang aku pernah pergi sebab bukan calang-calang orang ibubapa pengantin perempuan ni tau.

*Keluarga Mak Long ku*

*Kek kahwin ni memang menarik perhatian aku. Hehehe*

Kenduri sebelah pihak lelaki telah diadakan pada Sabtu lepas di Pantai Klebang Besar, dekat rumah nenek aku. Buat kenduri tepi pantai, berhampiran balai raya Pantai Klebang. Cukup meriah tapi angin pantai yang bertiup sepoi-sepoi bahasa memang memberi keselesaan dan rasa nak tidur je. Tapi tak banyak pun gambar aku sempat ambil sebab terlalu mengantuk. Memang layan la kalau dapat tidur tepi pantai Klebang tu. Huhuhu

*Tema sebelah lelaki, biru. Ni je gambar aku ambil*

*Siap ada name tag tu*

Apa pun, tahniah aku ucapkan buat sepupuku itu. Moga berkekalan ke akhir hayat hendaknya Insya-ALLAH. Makin besar la keluarga Milah pasni. 

Thursday, June 27, 2013

SCKLM 2013 PosTPoNeD




Cuba rujuk keratan emel yang aku terima di atas ni. Memang betul dan dengan ini secara rasminya Standard Chartered KL Marathon 2013 yang dijadualkan pada hari Ahad ini, 29 Jun 2013 telah ditunda ke 29 September 2013 atas faktor jerebu yang masih belum betul-betul pulih. 

Yelah, takkan la nak pihak penganjur nak ambil risiko meneruskan event ni sekaligus mengancam kesihatan lebih 33,000 orang peserta event ni. Jadi, masih ada masa untuk aku berlatih la. Walaupun event ni tunda, hujung minggu ni tetap penuh dengan aktiviti sukan. Hari Sabtu ni pada sebelah malamnya ada perlawanan persahabatan bola sepak dengan Sapura. Keesokan harinya lak mungkin aku join team Ichikoh untuk Kejohanan Futsal Liga Industri Negeri Sembilan.

Majulah sukan untuk negara. Yezza. Hujung minggu depan balik Kelantan jenguk anak isteri nun jauh di sana melepas kerinduan. Tiket flight pun dah beli. Kali pertama bakal menaiki penerbangan domestik. Hohoho



Monday, June 24, 2013

BeRSeDiaKaH aKu??

Hari Sabtu lepas gi ambil race kit aku untuk Standard Chartered KL Marathon. Ambil kat Citylink Seremban je sebab tiap kali orang kurier datang nak hantar race kit tu, mesti takde orang kat rumah. Dalam race kit ni ada la race bib, bib number, time chip & barang-barang tajaan. Tapi tak banyak pun barang tajaan yang dapat. Ada la shower gel & Salonpas. 

*Geared up for KL Marathon*

Tapi bersediakah aku untuk lari sejauh 21 km hari Ahad depan??? Dahla berbulan tak jogging. Ditambah lak ngan keadaan diri yang tak berapa sihat ni. Pastu dengan jerebu nya lagi. Jadi ke event tu nak buat ngan berjerebu ni??? Hmmm... Kalau jadi, aku cuba la habiskan gak dan pastikan dapat pingat. 

*Rindu kat si botak & tembam sorang ni*

Hari ni genaplah Noor Azzalea berumur 2 minggu. Hajat di hati nak pulang jumpa anak isteri awal bulan depan tapi cuti tak apply lagi. Masa tu dah cukup sebulan usia Azzalea. Makin sihat dah anak papa kat sana. Kalau dulu, dapat susu je konfem tidur. Sekarang ni mama dia cakap, bila sampai waktu tidur, kena dodoi sampai dia betul-betul tidur. Kalau berhenti dodoi, mesti dia celik mata semula. Nanti papa balik kita shopping baju Azzalea banyak-banyak ye.


Thursday, June 20, 2013

BeRcuKuR aKHiRNya

Baru 5 hari aku berpisah dengan anak isteri. Yang menghubungkan aku dengan mereka di kampung hanyalah telefon bimbit je. Ada pape, memang aku suruh isteri aku update contohnya cam jururawat datang, apa Azzalea buat, gambar terbaru dan banyak lagi la. Rindu nye pasal. Hajat di hati memang nak balik menjenguk. Tapi minggu depan kenduri kahwin sepupu aku kat rumah nenek kat Melaka, pastu KL Marathon.



Gambar kat atas ni aku ambil masa Azzalea bangun pukul 3 pagi nak susu tapi lepas bagi susu pun dia tetap tak nak tidur. Tu yang aku ambil gambar sebab bukan senang nak ambil gambar dia dalam keadaan berjaga. Siang asyik tidur je. Kalau bangun pun hanya sebab lapar. Dapat je susu, dia sambung balik tidur.


Yang kat atas ni lak gambar Azzalea sebelum kena cukur dengan Tok Ayoh dia. Gambar ni pun masa dia tengah tidur. Gaya tidur memang copy paste papa dia je. Hari tu hanya sempat tahnik & cukur jambul je kat Masjid Tok Guru & dengan jemaah masjid dekat kampung isteri aku. Buat yang tak tau tahnik atau belah mulut ni adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti madu lebah atau buah kurma / tamar yang dah dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. 


Gambar terbaru Azzalea lepas dah kena cukur kepala dia dengan Tok Ayoh. Kesian gak aku tengok sebab ada luka-luka sikit. Sepupu dia yang lain elok je bercukur sebab tidur masa tu tapi Azzalea jenis tak duduk diam masa bercukur. Asyik bergerak je. Tu yang luka. Tapi bila tengok memang macam shaolin dah anak papa ni. Bercukur ni amalan sunat dan menurut Ibn Qayyim, antara hikmahnya ialah untuk membuang selaput di kepala, meningkatkan tahap kesihatan anak, menajamkan daya penglihatan, pendengaran dan bau.

Akikah lak mungkin combine ngan sepupu dia yang lagi 4 orang. Cukup terus seekor lembu sebab bahagian lebih tu adik ipar la sponsor sempena kenduri kahwin dia. Insya-ALLAH raya nanti baru buat kenduri akikah.

Wednesday, June 19, 2013

MaJLiS CuKuR JaMBuL & SeLaWaT

Pagi Jumaat lepas, seawal jam 4.00 pagi dah bangun sebab nak gi Masjid Tok Guru kat Pulau Melaka dengan harapan leh bertahnik ngan Tok Guru Nik Aziz. Aku memang dari dulu nak sangat jumpa TGNA dan berharap leh jumpa kali ni. Takdelah susah mana nak cari Masjid Tok Guru. Lepas selesai solat subuh berjemaah kat situ, beratur la aku dan kaum bapa yang lain yang turut membawa bayi masing-masing untuk tahnik dengan TGNA. Tapi malangnya, bukan jodoh kami semua apabila dikhabarkan Tok Guru berada di Kuala Lumpur. Dapat tahnik ngan anak @ menantu Tok Guru pon jadilah. Ambil berkat Masjid Tok Guru.

*Majlis bermula*

*Dah selesai majlis, menguap lak dia*

Keesokan harinya seawal 8.00 pagi, ada majlis cukur jambul & selawat untuk Azzalea & sepupu dia yang lahir 2 hari lebih awal, Aisya Umaira.Tapi tak cukur habis pon. Petang tadi baru cukur sampai licin ngan ayah mertua aku. Nanti aku update balik pasal tu. Syukur alhamdulillah majlis berjalan lancar. Lea & Aisya tak menangis pon. Senyap je sepanjang majlis tu.

*Azzalea sebelah kiri dengan sepupu tua 2 hari, Aisya Umaira*

Habis majlis tu, memang aku sibuk la mengemas beg untuk berangkat pulang ke Senawang pada sebelah malam dengan menaiki bas. Seorang lagi sepupu Azzalea iaitu Syuhada yang lahir 2 hari selepas kelahiran Azzalea, petang tu baru balik dari hospital ngan ummi dia sebab yang ni bersalin pembedahan. Tahun ni sebelah isteri aku ada 5 orang baby. Seorang dah selamat bulan April lepas (Rania), 3 orang bulan ni (Aisya, Lea, Syuhada). Tinggal sorang lagi bulan depan insya-ALLAH. Semua perempuan setakat ni. 

*Sepupu muda 2 hari, Syuhada*

Masa nak keluar rumah tu, menitis air mata mengenangkan diri ini bakal berjauhan dengan anak isteri buat satu tempoh yang aku sendiri tak pasti. Hajat di hati nak balik selang 2 minggu tapi minggu depan aku masuk KL Marathon. Hujung minggu ni lak sepupu aku kahwin. Hmmmmm


Tuesday, June 18, 2013

KuNiNG???

Keesokan hari selepas kelahiran Azzalea, isteriku dah leh keluar wad tanpa sebarang masalah. Pengalaman bersalin di hospital swasta memang lain rasanya berbanding dengan hospital kerajaan. Aku lebih suka hospital swasta walaupun kosnya lebih tinggi tapi setimpal lah bagi aku dengan perkhidmatan yang diberikan. Masa masuk KBMC, bawak 3 beg je tapi bila keluar tambah lagi ngan macam-macam beg dari pihak hospital. 

*Banyak betul barang free*

Masa appointment pertama ngan Doktor Lily pun dah dapat satu beg ngan dua tin susu (Snow). Kali ni lepas bersalin lagi banyak. Dapat Happy Baby Bag dari BaiBoo, 2 tin susu tepung Friso Gold, sampel lampin dari PetPetBabyloveMamyPoko, baucer Tupperware, dan banyak lagi la. Memang penuh la bonet kereta. Kos keseluruhan bersalin kat KBMC mencecah RM2300 la gak tapi syukur alhamdulillah selaku staff Honda Malaysia, kos bersalin ditanggung oleh company bagi bersalin normal sehingga RM2000. Kiranya aku bayar RM300 jela. Dahla bonus pon masuk pada hari lahirnya Azzalea. Memang murah rezeki.

Tapi sehari lepas tu, jururawat klinik kesihatan datang melawat dan gitau yang Lea kena kuning tapi tak teruk sangat. Cuma dia kata kalau makin teruk memang kena masuk wad la. Nurse cakap kena banyakkan bagi minum susu. Dia tak galakkan jemur atau bagi kena cahaya matahari cam orang tua selalu cakap. 

*Asyik tidur je sampaikan papa dia tumpang sekaki*

Masa awal-awal tu, Lea memang susah nak minum susu. Dahla tidur je keje dia. Memang sikit jela menyusu sampai kitorang terpaksa kejutkan dia selang sejam untuk minum susu. Hari kedua nurse datang pon masih teruk tapi makin kurang. Sedara mara nasihatkan bagi minum perahan anggur hitam.

*Paksa Lea menyusu*

Memang melilau la mencari anggur hitam sampai ke Kota Bharu. Tapi nasib baik la jumpa gak. Lepas bagi minum air perahan anggur hitam tu dalam 2 hari lepas tu dah elok. Ditambah lak ngan selang sejam kitorang bagi Lea susu. Semalam isteri aku gitau yang nurse cakap Lea dah baik dari kuning sepenuhnya. Makin kuat menyusu & makin susah nak tidur. Sabar jela yang oi layan kerenah Lea tu.

Monday, June 17, 2013

PeRiHaL BeRsaLiN eP 2

Disebabkan contraction yang sedemikian rupa, isteri aku sampai terlelap dibuatnya disebabkan keletihan meneran tapi cam takde hasil pon. Tapi dekat-dekat nak Asar, bila bilik sebelah dah keluar baby, memang bilik kami lak bertambah semangat. Semua nurse lain masuk. Ada la nurse 4 orang, doktor sorang, Kak Na (kak ipar aku) dan aku dalam labor room tu. Dah rupa cam tengok bola menjerit. Aku menyaksikan secara live depan mata proses kelahiran anak sulung kami. Aku insaf mengenangkan keperitan seorang insan bergelar ibu untuk melahirkan kita semua ke dunia ini.

Menitis air mata aku dibuatnya tatkala kepala dan rambut anak kami mulai kelihatan. Doktor belah sikit untuk buka lagi laluan. Darah memang banyak masa tu. Nasib baik aku takpe tengok darah. Kalau tak memang dah pengsan. Tepat jam 5.10 petang, 10 Jun 2013, isteriku selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.4 kg. Masa keluar tu, baby dah biru sket badannya sebab lemas. Syukur alhamdulillah semua selamat. Menitis air mataku lagi bila mengazankan dan meng'iqamah'kan bayi kami tu. 
*Kena dok kat nursing room dulu*

Tapi kena berpisah jap ngan baby sebab pihak hospital nak mandikan, bagi susu pe sume. Lepas Maghrib baru kami berkesempatan tengok baby. Dan pada hari Rabu, 12 Jun 2013, gilah aku mendaftarkan nama baby kami tu. Kami namakan anak kami Noor Azzalea binti Noor Azlan. Nama ni isteri aku yang pilih. Maksudnya cahaya yang kekal abadi. Nama timangan Lea je. Hehehe...

*Rambut cam pape dia masa baby dulu. Part lain banyak ikut mama dia je*

Dan hari ni genaplah seminggu usia Noor Azzalea. Rindu sangat kat anak ni sorang. Padahal baru 2 hari je berpisah. Hmmm....Rindu nak cium pipi tembam dia tu. Memang best bau baby. Aman dan tenang dibuatnya. 

*Apa tengok papa camtu?*

PeriHaL BeRSaLiN eP 1

Hari ni genaplah anakku berusia 1 minggu. Banyak benda aku nak ceritakan pasal kisah kelahiran dia. Sebenarnya aku dah amek cuti untuk hantar isteri aku pulang ke Pasir Mas dari 5 Jun hingga 7 Jun dan aku sepatutnya naik bas pulang ke Seremban pada malam hari Sabtu. Pagi tu gilah KBMC sebab ada appointment ngan Dr. Lily. Masa tulah keluar sesuatu yang tak diduga dari mulut Dr. Lily. Bila scan, doktor cakap baby dah cecah berat 3.8 kg jadi doktor sarankan untuk induce & kena masuk wad pada Sabtu gak atau Ahad, keesokan harinya.


*Murah berbanding Perdana Specialist, An-Nisa' & Usains*

Kitorang pilih hari Ahad sebab hari Sabtu, kakak ipar aku dah selamat melahirkan seorang baby girl. Kalau kitorang pilih hari Sabtu, memang pening kepala Kak Long isteri aku jawabnya. Jadi masuklah hari Ahad. Tapi disebabkan ketiadaan single room kat KBMC (Kota Bharu Medical Centre) hari tu, tunggu la kat bilik berempat. Doktor induce pukul 12 tengah hari tapi sampai ke petang, isteri aku cakap tak rasa pape. Jadi petang tu doktor induce sekali lagi. Bila single room dah available, masuklah kitorang dalam bilik tu tapi sampai ke tengah malam isteri aku sakit biasa-biasa je. Pukul 2.30 pagi cam dah sakit teruk sket, bawak la gi labor room. Tapi takde pape gak, jadi balik la ke bilik kami. 

*Lebih kurang camni lah bilik kami*

Keesokan paginya, nurse datang gitau suruh masuk labor room pukul 8 pagi tapi waktu tu isteri aku tengah syok sarapan pagi. Tak sempat nak habiskan pun. Bergegas la kitorang masuk labor room tapi sampai ke tengah hari dok sakit biasa je. Dah masuk waktu Zohor, aku ingat nak solat Zohor tapi isteri aku rasa contraction dah makin kuat. Sakit pon makin terasa. Mula dari tu, memang aku teman jela dia menahan kesakitan. Kesian tengok tapi apa la sangat aku leh buat selain tenangkan dia dan berdoa je supaya selamat.

Dia genggam lengan & tangan aku sampai lebam la gak. Nasib baik la daging banyak kat tangan tu. Kalau tulang je, memang patah tulang aku jawabnya. Disebabkan sakit yang teramat, nurse sarankan sedut entonox bagi kurangkan rasa sakit tapi cam takde kesan mana pun. 

Nurse & doktor asyik tengok bukaan dah berapa cm je. Dalam pukul 2.00 petang dah 6 @ 7 cm jadi nurse anggarkan dalam pukul 4.00 lebih mungkin baby kami keluar. Tapi sampai pukul 4.00 petang pon tak kuar lagi atas pelbagai faktor. Menurut kata doktor & nurse kat situ, meneran hanya bila sakit atau contraction tapi isteri aku punya contraction terlalu pendek dan sela masa antara contraction terlalu lama menyebabkan kurang peluang untuk meneran.

Bersambung......

Tuesday, June 11, 2013

WeLcoMe To ouR LiFe 100613

Sunday, June 9, 2013

ReHaT Jap

Sekarang ni dok kat KBMC. Dari hari Rabu lepas lagi berada di Kelantan & sepatutnya malam semalam naik bas balik Senawang tapi atas nasihat doktor terpaksa batalkan niat balik Senawang.

Doktor cakap kandungan terlalu besar, dah 3.8 kg tapi due 16 Jun ni. Jadi doktor suruh masuk wad je hari ni, induce. Tunggu jela kt KBMC ni. Moga semuanya selamat insya-ALLAH. Doakan lah ibu dan baby selamat. Amin...

Nantikanlah post baru lepas beberapa hari lagi kpt. Ntah2 minggu depan baru sempat update...

Thursday, May 30, 2013

MiLo BReaKFasT DaY

Ni pun sebenarnya citer outdated. Hehehe... Tanggal 19 Mei yang lalu, aku telah turut serta dalam Malaysia Breakfast Day bertempat kat UPM Serdang. Memang awal aku sampai bagi mengelakkan kesukaran dapat parking.

Aku masuk acara 7km je sebenarnya hari tu. Tapi memang limit aku sampai 3km je kot sekarang ni. Lepas dari tu, memang pedih sangat kurasakan bahuku ini. Terpaksa la lari hayun sebelah tangan je. 


*Acara sarapan besar-besaran*

Tak kisah la berapa minit pon sebenarnya hari tu. Yang penting dapat minum air milo dari van milo tu. Teringat lak zaman sekolah dulu. Aku siap tapau bawak balik untuk orang rumah lagi. Memang meriah la hari tu. Event ni adalah bertujuan untuk menyedarkan rakyat Malaysia akan kepentingan sarapan yang merupakan hidangan paling penting buat kita semua tapi kita selalu tinggalkan.

*Nasi kerabu & milo ais*

Memang meriah sebab ada banyak gerai yang menyediakan pelbagai menu sarapan pagi rakyat Malaysia seperti roti canai, nasi lemak, nasi kerabu, kuih muih, bihun goreng dan macam-macam lagi la. Aku ambil nasi kerabu jela tapi tu pun untuk bawa balik makan bersama orang rumah tersayang. Hehehe....






*One more run completed*

*Goodies bag memang wajib ada la kan*

Sunday, May 26, 2013

NaSi aRaB DaMsYiK

Ni pun sebenarnya citer yang dah outdated. Sepatutnya 9 Mei lepas aku ada perlawanan persahabatan bola sepak ngan IKBN Chembong tapi budak department aku lak buat makan-makan kat Nasi Arab Damsyik, Senawang. Dekat je ngan rumah aku tapi tak pernah jejak kaki. Ditambah lak ni budak baru dalam department yang belanja. Memang takleh lepaskan peluang la kan.

*Pintu gerbang menyambut kami*

Jadi aku ambil keputusan tak join friendly bola tu & gi makan nasi arab. Memang teruja la sebab kali pertama nak merasa nasi arab ni. Huhuhu....

*Pilihan minuman yang ada*

*Set nasi arab. Macam-macam ada*

*Kitorang pesan nasi arab ayam + kambing*

*Awal ni memang tertib ceduk ngan senduk. Lama-lama, ngan tangan je*

Bagi aku, pengalaman pertaman pekena nasi arab ni memang sedap tapi mungkin kurang kena ngan citarasa kita sebab takde kuah. Memang kering tapi seronok betul bila makan ramai-ramai camni. Kalau nak merasa, datanglah ke Nasi Arab Damsyik kat Senawang ni ye. Memang berbaloi.