Banner

Thursday, August 22, 2013

HaPPy FiRsT aNNiVeRsaRy

Hari ini, tanggal 22 Ogos 2013, genap setahun usia perkahwinan aku dan isteri. Syukur alhamdulillah dan insya-ALLAH moga berkekalan ke akhirnya ye. Minta maaf la takde hadiah pun tahun ni. Tak tau nak bagi apa. Heheheh...


Tapi hadiah paling besar dalam setahun ni adalah kelahiran puteri sulung kami, Noor Azzalea 2 bulan lepas. Hari ni isteri bawa Azzalea gi klinik kesihatan untuk checkup. Dah 2 bulan 10 hari, Azzalea memang membesar dengan sihat. Sekarang dah cecah 6.1 kg & 59 cm. Kejap je rasa. Hehehe...

*Tetiba ada kek. hehehe...Terima kasih sayang*

Papepun buat isteri tercinta, moga perkahwinan ini akan sentiasa dalam rahmat-NYA. Kita tempuh pahit manis kehidupan bersama-sama. 


Friday, August 2, 2013

WaRKaH DaRi KaNaDa

Hari ni hisashiburi ni = setelah sekian lama, aku pergi kerja menunggang moto. Moto masuk bengkel sejak aku balik dari Kelantan hari tu lagi. Kena RM651 sebab banyak gak la kena tukar. Rod piston pe sume rosak. Takpela, nak wat camne kan. Dah dua tahun lebih pakai moto, bawak cam mat rempit, memang la lunyai moto tu. Hehehe...


Balik rumah, tengok dalam mailbox ada surat. Yang terkejutnya aku bila ada satu surat dari Kanada. Cam kat atas tu. Aku pun pelik. Memang aku ada je member satu sekolah belajar kat Kanada tapi dia pun dah habis belajar. Dah balik Malaysia pun. Tu yang aku pelik. Siapa pula la yang hantar aku surat dari Kanada ni kan.

Bila buka je surat tu, rupa-rupanya ada benda lagi best. Huhuhu... Tengok kat bawah ni lah. Dapat cek dari Global Test Market. Oklah kan dapat gak RM160 lebih sebagai duit raya. Global Test Market ni kiranya cam company survey gak. Setakat ni sume survey yang aku masuk cam AIP Online SurveyMySurvey dan lain-lain hanya menawarkan kupon atau baucer je untuk penebusan point yang ada. Toluna lak masuk melalui PayPal. Nilah kali pertama aku dapat cek dari survey. Syukur alhamdulillah ada gak duit tambahan kan nak beraya ni. Hehehehe...

Wednesday, July 31, 2013

aNoTHeR RuN

Semalam balik rumah dapat flyer pasal IJM Land 10 KM Run. Baca punya baca, hari ni hari terkahir pendaftaran untuk early bird registration fee. Lalu aku pun menggatalkan tangan mendaftar la untuk event ni. Ala, lagipun dekat je sebab event ni kat Seremban 2, bukan jauh sangat pun dengan rumah aku ni. Event ni akan berlangsung seperti tertera di bawah ni. Pe lagi, jom la join ramai-ramai.



Dengan ini menjadikan aku ada 4 running event menanti lepas raya ni. Hohohoho...tapi kan kelmarin aku try la lari atas treadmill aku yang dah repair tu. Baru lari 5 minit dah pancit. Adoiyai...camne la nak lari untuk semua event ni. Memang lepas raya ni kena training betul-betul la. Semua event u jarak dia dahla 10 km & 21 km. Badan ni terasa berat sangat bulan puasa ni. Mana taknya, hampir setiap hari buka puasa kat hotel atau mana-mana tempat kat luar la. Hmmm...