Banner

Monday, July 29, 2013

tHe WoLVeRiNe & iFTaR aT DaMsYiK

Hari Sabtu lepas dari pagi sampai ke petang aku sibuk. Hantar kereta gi bengkel, hantar tv gi kedai untuk repair, gi kedai perabot beli rak tv dan macam-macam lagi la. Memang tak sempat la nak join geng blogger iftar kat Seremban. 


Hari Ahad lak, aku gi Aeon Seremban 2, layan movie The Wolverine past shopping sket. Dah lama tak tengok wayang sorang diri ni. Masa bujang dulu memang selalu la. Ni dah kahwin, kali pertama la kiranya. Nak wat camne dah bosan melampau dok rumah sorang-sorang. Bagi aku boleh tahan la citer ni. Tambah best sebab leh dengar dialog dalam Nihongo a.k.a. Bahasa Jepun. Lama betul tak dengar orang cakap bahasa Jepun rasanya selain boss-boss Japanese kat Honda ni. Memang natsukashii la. Nasib baik aku sempat berhenti kat pintu masa dia tunjuk scene kat airport bila Magneto & Prof Xavier kuar. Kalau tak memang rugi la.

*Sabtu ni papa balik kita shopping baju raya Azzalea ye*

Hajat di hati nak shopping baju raya & baju Azzalea tapi ramai sangat orang. Bukan main panjang lagi beratur. Akhirnya aku beli barang peribadi aku je. Dah habis tu gerak la ke Senawang balik, singgah kat Giant beli barang dapur sket. Singgah rehat kat rumah jap sementara menunggu jam 6.30 petang. Bila dah 6.30 petang, terus gerak ke Nasi Arab Damsyik.

*Asyara kambing+ayam 1 & Asyara ayam 1. Perghhh...*

Hari Ahad tu aku dan ahli keluarga budak department aku iftar beramai-ramai kat Nasi Arab Damsyik. Nasib baik dah booking hari Khamis lagi. Memang ramai sangat orang. Tapi yang kurengnya dapat seat yang kena duduk bersila. Bila bersila memang tak banyak pun leh sumbat. Sampai terpaksa bungkus bawa balik la untuk sahur. Dahla ada yang tak jadi datang. Memang banyak la lebih kitorang tapau. Hehehe...Bagi yang belum cuba tu cepat-cepat lah singgah nasi Arab Damsyik ni. Sedap tu.

Tuesday, July 16, 2013

PaPa RiNDu KaMu

Pagi tadi ada review untuk NHC (New Honda Circle) dengan management. Banyak betul benda yang kena komen. Minggu depan dah final presentation. Sempat la kot nak betulkan mana-mana yang kena komen tadi. Memang aku redah je tadi, dah lama tak present in English. Memang berbelit lidah rasanya. Tapi lega rasanya bila dah habis review.
*Geram tengok Azzalea. Dah pandai menoleh sekarang ni*

Raya ni Honda Malaysia cuti 2 minggu. Huhuhu... Memang best la leh cuti panjang tapi aku jela yang cuti panjang. isteri aku 14 Ogos dah masuk kerja balik. Hmmmm.... Aku kena standby jela kat rumah in case ada pape hal kat rumah pengasuh yang jaga Azzalea nanti. 

Memang aku rindu sangat kat anak dara aku sorang tu. Dahla dok jauh ngan anak isteri. Bulan puasa lak tu. Tahun lepas takpela buka puasa sorang diri sebab bujang tapi tahun ni dah kahwin, dah ada anak, aku tetap puasa sorang diri. Sebulan sekali je jumpa anak isteri. Nanti nak raya baru leh jumpa balik. Tak dapat tengok perkembangan dia dari dekat. Hanya MMS dari isteri jelah pengubat rindu aku pada mereka. 

*Best betul anak dara ni tidur*

Tiket bas balik raya dah selamat aku beli. Insya-ALLAH 4 Ogos nanti berangkat pulang aku ke Pasir Mas, kelantan. Nantikan kepulangan papa ye mama & Azzalea. 

Sunday, July 14, 2013

RuN aReLaN RuN


Asyik cerita pasal anak je, kali ni beralih topik sket. Standard Chartered KL Marathon dah pun ditunda ke 29 September akibat jerebu baru-baru ni. Bermakna aku masih lagi ada masa untuk mempersiapkan diri untuk acara 21km tu nanti. Tapi lepas puasa dan raya nanti bukan itu sahaja running event yang ada. Aku juga telah mendaftarkan diri untuk lagi 2 running event. 


Yang pertama adalah Men's Health & Shape Night Run. Tahun lepas aku daftar juga untuk event ni tapi tak dapat nak lari disebabkan kecederaan masa friendly bola ngan budak CVJ Honda. Event ni akan berlangsung pada 7 September 2013 bertempat di Putrajaya. Yang ni jarak dia pendek sket, 12km je. Yang best pasal event ni dia nye goodies bag memang meletup habis la. Banyak betul sponsored items leh dapat. 


Dan yang kedua lak BSN Putrajaya Night Marathon. Event ni pun buat kat Putrajaya tapi aku daftar untuk kategori 21km dan event ni akan berlangsung pada 19 Oktober 2013. Tahun lepas aku tak sempat daftar pun tapi tahun 2011 aku masuk la. Masa tu yang bestnya adalah para sukarelawan yang ada terutamanya yang buat persembahan masa kitorang keletihan berlari. 

Memang kena berlatih betul-betul la pasni. Harap-harap bahu aku dah elok sket masa tu. Kalau jadi cam masa Milo Breakfast Day Run & MAKNA Founder's Run, memang lambat la aku balik jawabnya.