Setelah sekina lama tak update, ni aku nak citer sket. Pada 18 dan 19 September yang lalu, aku telah menghadirkan diri ke Program Assessment Center (PAC) Pegawai Tadibir & Diplomatik (PTD) Gred M41 di INTAN Wilayah Timur yang turut dikenali ngan panggilan INTIM kat Kemaman, Terengganu.
Disebabkan PAC tu dijalankan pada hari kerja, terpaksa la aku ambil cuti tanpa gaji selama 2 hari. Hari Ahad lagi aku dah kuar rumah menuju Stesen Bas Putra dan tiba di Kemaman seawal jam 3 pagi. Sampai sana, aku terpaksa la naik prebet sapu. Kena pow RM70 padahal dekat je. Pengajaran buat diri sendiri. Lain kali, tanya dulu baru naik, ni tak, aku main redah je.
Sampai kat INTIM, takde orang pon. Terpaksa la aku tumpang tidur kat pondok pengawal ngan pengawal kat situ. Pukul 8 pagi baru mula pendaftaran. Aku bersiap la kat surau. Memang banyak gak la Modul yang kena ikut. Modul 1 adalah case study, ada 2 aktiviti. Aktiviti 1 dalam BM, aktiviti 2 dalam BI. Dia bagi satu artikel untuk kita bincangkan dalam 45 minit. Sebelah petang untuk Modul 2 lak kena buat event planning. Pastu Modul 3 lak adalah role play. Ada 10 calon semua skali, setiap seorang dapat satu role. Aku dapat 'Army Officer'. Dari 10 role, hanya 5 orang je leh hidup disebabkan kekangan sumber dan masa tu WWIII & nuclear holocaust. Jadi, semua kena berhujah kenapa dia perlu masuk dalam 5 orang tu.
Lepas Asar lak, ada senamrobik & larian 2.4km yang merupakan Modul 4. Memang pancit la aku dibuatnya sebab dah lama tak lari. Malamnya pulak ada Modul 5 iaitu ujian bertulis. Ujian personaliti kalau tak silap aku. Kena jawab 180 soalan dalam masa 45 minit. Lepas tu masuk Modul 6 di mana setiap calon dapat satu topik untuk buat speech presentation in English. Aku dapat tajuk "Malaysia My 2nd Home". Nasib baik dapat tajuk ni. Tau la jugak aku pasal MM2H tu. Ingatkan pasal Malaysian yang tak nak balik, rupanya program anjuran kerajaan untuk foreingers. Hohoho...
Pasal hari kedua, nanti aku citer balik ye. Hehehe
30 comments:
mmg cecita nak jd ptd ke?
macam mane dafter ni arelan?
dang aku demam tak leh gi. dpt kt INTIM gak -anas-
lamanya pengantin baru ni tak berblogging :)
haiyooo banyaknye kena paw.. dah macam naik bus dari johor ke arau...haha
mat le,aku yakin ko leh dapat ptd tu.ganbare!
assalamualaikum arelan...tahniah semoga berjaya hendaknya yer...:)
mak aii..mahalnya..sampai rm70..
my dream..
huhu..
tpi mgkin x der rezekikot..
hahhaa
wahhh PTD.. hebak2.. hurm, pengajaran tu..prebet sapu mmg sapu duit org!
takper tuh sume dugaan2.mana tau dapat jadik PTD mmg besh n rezeki2
byknya kena pow..! lepas ni kena hati2...
Wish u all the best ye, dan moga berjaya!
akak masuk ptd ker? waaaaa
hebat, hebat PTD tu :)
semoga berjaya ye
prebet sapu memg mahal maa..takpe buat pgajaran
mmg best la dpt peluang ni..smoga berjaya bro.. :)
pergh.. kaw2 exam dia..
ade awek2 cun x kt situ??
eh lupa ko dah kahwin (笑)
mahai nye samapai 70 henggit...
Lan, lama gila kan ko tak update. slalu ari2. rindu plak nk bc entri ko macam dulu2 tu.
selamat bergelar seorang suami :D [lama gler br aku nk wish kan. hee].
byknya dia tu paw..haish lps ni kena hati2 lah :)
gud luck for PTD tu ye :)
rasanya mcm dah komen cni...xpela nk komen jugak la.. (^__^)
emm.. belajar dari pengalaman. lepas nie careful
gud luck bro.
goodluck arelan
lama menyepi ada cerita baik..alhamdulillah ;)
all the best~ :)
kalo sesubuh hari mmg teksi bantai kaw2 camtu la kan lan kan..
wahh PTD.. boss aku sllu ckp psl PTD nih..
kemaman? huhu. nape tak bagitahuuuuuu. boleh tolong tumpang kat rumah. ;)
Post a Comment