Baru 5 hari aku berpisah dengan anak isteri. Yang menghubungkan aku dengan mereka di kampung hanyalah telefon bimbit je. Ada pape, memang aku suruh isteri aku update contohnya cam jururawat datang, apa Azzalea buat, gambar terbaru dan banyak lagi la. Rindu nye pasal. Hajat di hati memang nak balik menjenguk. Tapi minggu depan kenduri kahwin sepupu aku kat rumah nenek kat Melaka, pastu KL Marathon.
Gambar kat atas ni aku ambil masa Azzalea bangun pukul 3 pagi nak susu tapi lepas bagi susu pun dia tetap tak nak tidur. Tu yang aku ambil gambar sebab bukan senang nak ambil gambar dia dalam keadaan berjaga. Siang asyik tidur je. Kalau bangun pun hanya sebab lapar. Dapat je susu, dia sambung balik tidur.
Yang kat atas ni lak gambar Azzalea sebelum kena cukur dengan Tok Ayoh dia. Gambar ni pun masa dia tengah tidur. Gaya tidur memang copy paste papa dia je. Hari tu hanya sempat tahnik & cukur jambul je kat Masjid Tok Guru & dengan jemaah masjid dekat kampung isteri aku. Buat yang tak tau tahnik atau belah mulut ni adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti madu lebah atau buah kurma / tamar yang dah dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi.
Gambar terbaru Azzalea lepas dah kena cukur kepala dia dengan Tok Ayoh. Kesian gak aku tengok sebab ada luka-luka sikit. Sepupu dia yang lain elok je bercukur sebab tidur masa tu tapi Azzalea jenis tak duduk diam masa bercukur. Asyik bergerak je. Tu yang luka. Tapi bila tengok memang macam shaolin dah anak papa ni. Bercukur ni amalan sunat dan menurut Ibn Qayyim, antara hikmahnya ialah untuk membuang selaput di kepala, meningkatkan tahap kesihatan anak, menajamkan daya penglihatan, pendengaran dan bau.
Akikah lak mungkin combine ngan sepupu dia yang lagi 4 orang. Cukup terus seekor lembu sebab bahagian lebih tu adik ipar la sponsor sempena kenduri kahwin dia. Insya-ALLAH raya nanti baru buat kenduri akikah.
17 comments:
alahaii booolatnya lea. hehe.. nanti tumbuh rambut baru cantik la.. ;)
geramnya tgk dia..!
nanti rambut dah panjang boleh buat tocang. :)
tapi serius la, baju budak2 perempuan comel2.. :)
eh da dapat baby-. -
Tahniah....
Bestkan ada baby...:)
bro cukur kepala skali tak? hehehee
comel...mmg kena cukur kepala licin..baru rambut baru tumbuh dgn lebat dan cantik....ada juga segelintir yang tak bg anak pompuan dicukur kepala...tapi mia dl mmh licin cukur....ehe...ciannyer luka...itulah elok buat waktu baby tgh lena...kan
赤ちゃんって可愛いね!
Hye azzalea :)
wahh dh botak baby lea ni eh..hehe
baby dah botak..! geng FBI nih.. hihihi...x sabar pulok nk tgk rambut baru lea tumbuh.. mesti comel nih.. =)
Alahai sedihnya dah kena berjauhan.. apakan daya..
takper rindu tu penguat kasih sayang..
bukan untuk anak tapi untuk mak nya..heheee
nanti tumbuh balik rambut tu,, then cantik balik,, :D
comelnya..makin tembam
kena cukur kpla..alhamdulillah itulah sebaiknya..
alahai baru tau dah dapat bb upenye...alhamdulillah...selamat dah..tahniah ye...;) comil betui bb..nama pon sedap laaaa....
aloloo botak suda..hehee
meh sini uncle nak peluk~
alolo.sian dia.
nmpak jelas luka2 tu
anyonyonyo...comeynya dia..rambut lebat rupanya...:)
Comeinye dia....
Post a Comment