Banner

Wednesday, June 19, 2013

MaJLiS CuKuR JaMBuL & SeLaWaT

Pagi Jumaat lepas, seawal jam 4.00 pagi dah bangun sebab nak gi Masjid Tok Guru kat Pulau Melaka dengan harapan leh bertahnik ngan Tok Guru Nik Aziz. Aku memang dari dulu nak sangat jumpa TGNA dan berharap leh jumpa kali ni. Takdelah susah mana nak cari Masjid Tok Guru. Lepas selesai solat subuh berjemaah kat situ, beratur la aku dan kaum bapa yang lain yang turut membawa bayi masing-masing untuk tahnik dengan TGNA. Tapi malangnya, bukan jodoh kami semua apabila dikhabarkan Tok Guru berada di Kuala Lumpur. Dapat tahnik ngan anak @ menantu Tok Guru pon jadilah. Ambil berkat Masjid Tok Guru.

*Majlis bermula*

*Dah selesai majlis, menguap lak dia*

Keesokan harinya seawal 8.00 pagi, ada majlis cukur jambul & selawat untuk Azzalea & sepupu dia yang lahir 2 hari lebih awal, Aisya Umaira.Tapi tak cukur habis pon. Petang tadi baru cukur sampai licin ngan ayah mertua aku. Nanti aku update balik pasal tu. Syukur alhamdulillah majlis berjalan lancar. Lea & Aisya tak menangis pon. Senyap je sepanjang majlis tu.

*Azzalea sebelah kiri dengan sepupu tua 2 hari, Aisya Umaira*

Habis majlis tu, memang aku sibuk la mengemas beg untuk berangkat pulang ke Senawang pada sebelah malam dengan menaiki bas. Seorang lagi sepupu Azzalea iaitu Syuhada yang lahir 2 hari selepas kelahiran Azzalea, petang tu baru balik dari hospital ngan ummi dia sebab yang ni bersalin pembedahan. Tahun ni sebelah isteri aku ada 5 orang baby. Seorang dah selamat bulan April lepas (Rania), 3 orang bulan ni (Aisya, Lea, Syuhada). Tinggal sorang lagi bulan depan insya-ALLAH. Semua perempuan setakat ni. 

*Sepupu muda 2 hari, Syuhada*

Masa nak keluar rumah tu, menitis air mata mengenangkan diri ini bakal berjauhan dengan anak isteri buat satu tempoh yang aku sendiri tak pasti. Hajat di hati nak balik selang 2 minggu tapi minggu depan aku masuk KL Marathon. Hujung minggu ni lak sepupu aku kahwin. Hmmmmm


16 comments:

Miss N™ said...

Lea pun mesti rindukan Papa dia..
Tak pe, de rezeki balik la nanti.. :)

Errmm..xde rezeki lak nak bertahnik dgn tok guru yea...dengan wakil pun kira Alhamdulilahkan..

majlis bjalan dgn lancar.. :)

Chic Na said...

bestnya Lea lahir2 je dah ramai kawan sebaya. hehe.. sayangnya tok guru takde. :)

Denaihati said...

Alhamdulillah. semoga perjalanan bro marathon lancar dan dipermudahkan nanti.

Anonymous said...

alololo...

sekali dua, memang sweet

:)

Solehah Shamsuddin said...

Alahai,lea kena berjauhan dgn papanya lagi tu.nanti calling2 la dgr suara lea tu :)

Ca Ezah said...

ramai la lea sepupu sebaya.. :)

Puan Awin said...

comenya si lea menguap...

fyna said...

Alhamdulillah. majlis selesai. Insyaallah ada hikmah sebab berjauhan kan...

are_lin@yu said...

slmt kmbli kerja..tu la kn msti rndu dh la br dpt anak..huhu..xpa tu ujian untk ayah dia..nti jmpa lg.hehe

Unknown said...

wahh sambut sekali yer.. seronok pulak tgk..lahir dah nk sama2.. hihi..

iAmCekbolat said...

comelnya leaa mnguaapppp :D

Deq's Qienz said...

alhamdulillah segalanya selesai kan..arelan asal wife kena minum 2kali air gual..ehehe sy pon lebih 25thn tp baru nk minum ni..xprnh minum lg be4 nih

mujagirl92 said...

berpisah itu juga namanya pengorbanan,, kejap je abang lan,, nanti jumpa balik,, untuk kebaikan juga :D

Kayu Manis said...

bertuahnya kalau dpt jumpa tok guru.

lps ni nak berjauhan ye..ok tak pe,ada org yg jaga lebih pentingkan..beruntung tau..kak dulu tak ada siapa jaga pun..sendiri2 je.

ada mak mertua..tak nak susahkan dia..

pandai2 kakaklah..

semuanya girl..nti bila berkumpul banyaklah gang azalea..elok panggil nama penuh jgn panggil sekerat2 tak tahu apa makna nanti..sbb bahasa arab ni.. kalau salah lain pulak maksudnya.

maszull said...

assalamualaikum arelan...comel2 nyer mereka berdua tu yer...;)

Unknown said...

syukur 2 kerja dh selesai..bab nak berjauhan ngan anak tu yg meruntun jiwa tu beb....