Banner

Thursday, June 27, 2013

SCKLM 2013 PosTPoNeD




Cuba rujuk keratan emel yang aku terima di atas ni. Memang betul dan dengan ini secara rasminya Standard Chartered KL Marathon 2013 yang dijadualkan pada hari Ahad ini, 29 Jun 2013 telah ditunda ke 29 September 2013 atas faktor jerebu yang masih belum betul-betul pulih. 

Yelah, takkan la nak pihak penganjur nak ambil risiko meneruskan event ni sekaligus mengancam kesihatan lebih 33,000 orang peserta event ni. Jadi, masih ada masa untuk aku berlatih la. Walaupun event ni tunda, hujung minggu ni tetap penuh dengan aktiviti sukan. Hari Sabtu ni pada sebelah malamnya ada perlawanan persahabatan bola sepak dengan Sapura. Keesokan harinya lak mungkin aku join team Ichikoh untuk Kejohanan Futsal Liga Industri Negeri Sembilan.

Majulah sukan untuk negara. Yezza. Hujung minggu depan balik Kelantan jenguk anak isteri nun jauh di sana melepas kerinduan. Tiket flight pun dah beli. Kali pertama bakal menaiki penerbangan domestik. Hohoho



13 comments:

a said...

ditunda bolehla prepare lebih sikit! :p

Arina Shamsul said...

arelan mmg aktif sukan kan? sama macam mama juga...aktif sangat..hahaha.

btw..berlatih elok2 ye..cayok2! haha.

safe journey :)
ada gambar baby tak dlm mana2 entry? mama terlepas la..nak godek2 dulu...weeee~

Unknown said...

haa.. bgs la dorang tukar jadual.. pelik jugak, xkan la nk bersukan tgh2 jerebu kot...hihi...

are_lin@yu said...

nasib tngguh lh blk kpg jmpa bby.hehe

Cik TeN10 said...

sila berlatih bersungguh2 ye ;p

skrg ni harga tiket flight kdg2 sama je dgn harga tiket bus. baik nek flight je kan. jimat masa and takde la terbelit urat dok lam bus lelama

LYAfrina said...

yeahhh..
xpela ditunda..utk kebaikan juga kan..

Miss N™ said...

dapat jumpa anak kan.. :)

HeNRieTTa JoSe said...

Tunda sebab jerebu erk....bleh la blk jmpa buah ht berdua tu....

Zuan said...

lu memang gempak la.. rajin lari lari ni

Aine Ainun said...

tp sekarang jerebu dah ok kan..=)
Alhamdulillah...

alahai kesian nya wife n baby jauh...
saya tak pernah jauh lagi dari baby..=)

deq's qienz said...

suke dia nk blik jumpa ank bini..hehee plg rindu gan anak kan bukan bini..hehee

Fiza Rahman said...

Ada hikmah. Bley jumpa anak isteri ☺☺

9n0L4 said...

jerebu teruk jugak kat kemaman. tapi stil lagi skolah. huhuhu.