Sunday, March 21, 2010

DisNeYLaND

*Mickey Mouse*

Hari tu dah gi Disneysea. Kali ni Disneyland lak. Taktik tak berjaya sebab bajet hari ni hari minggu tak ramai orang. Tapi sebab still spring holiday, ramai giler umat especially 外人(foreigners) cam kami ni berkeliaran. Nasib baek still dalam promosi Campus Day Passport tu lagi. Jimat sket bayar tiket sama cam masuk Disneysea hari tu.

*Penulis & his castle*

*Kami dan beruk kat Disneyland*

Disebabkan ramai sangat orang tak banyak ride kami dapat naek. Banyak gak la yang kami tak nak naik sebab agak kebudak-budakan. Pilih yang mana seswai ngan jiwa remaja kami je. Tapi agak lama la beratur terutamanya time nak masuk Big Thunder Mountain. Hampir 2 jam gak la kena line up.

*Antara keta berhias di malam hari*

Sebelah malamnya lak ade parade. Ni je bagi aku yg lebihnya Disneyland banding ngan Disneysea. Penuh warna-warni. Disneyland tutup pukul 10 malam tp kitorang kuar awal sket la bagi mengelakkan kebanjiran umat manusia. Tapi still ramai gak la. Singgah makan kat Siddique Shinjuku jap pastu balik. Letih......

No comments: