Banner

Wednesday, August 26, 2009

oDaiBa tRiP

Dalam kesibukan Ramadhan, akibat kebosanan melampau di rumah, tergerak di hati ini utk ke お台場 (Odaiba). Akibatnya, seawal jam 9 pagi, kami bertolak dari Tokai menuju destinasi. Amek la tiket one-day bernilai 900 yen seperti disarankan Abul & Saido. Leh nek kapal, tren & bas terlibat tanpa had. Tiba di Odaiba tatkala mentari tegak di atas kepala. Tapi orang tetap ramai dalam kehangatan suasana terutamanya di Fuji TV sbb ade event. Most of the event tu berbayar, so tak masuk la aku ni. Jimat sket duit.

*Kalu dapat betul Nissan GTR ni,fuhhh....*

*Dalam Venus Port*

Pastu gilah Pallete Town. Masuk lah Venus Port & kawasan Toyota kat situ. Tengok keta je keje pastu merasai pengalaman berlumba secara 3D. Sakit kepala aku asyik terhentak kat seat. Dah puas jalan2 & men game, kami menuju ke 潮風公園 (Shiokaze Park) di mana terletaknya Gundam skala 1/1 yg dah lama aku nak tgk dgn mata kepala aku sndri. Memang ramai gler orang sbb Gundam tu akan berada di situ sehingga 31 Ogos ni je. Time nak masuk official shop dia lagi la. Sejam gak la aku kena beratur.

*Gundam mendongak ke langit*

*Gundam bila dah malam*

Kitorang buka pose kt taman tu je & snap sket gambar Gundam tatkala malam. Pastu gi balik お台場海浜公園 (Odaiba Kaihin Park) utk bergambar bersama Statue of Liberty tiruan & Rainbow Bridge di malam hari. Disebabkan dh lapar sangat seharian berjalan, kami mentekedarah kat Saizeriya je sbb kebab kat tapak pameran Gundam tu dikhuatiri kehalalannya. Boleh lak org kedai tu yg pada rupa ade gaya seorang Islam tpi cakap "Kami tak yakin secara Islamnya halal atau tak tapi kami pasti ianya bukan daging khinzir". Wat aku kempunan je.

*Dia, Statue of Liberty & Rainbow Bridge*

Balik rumah dah pkol 10. Memang lembik la sbb hampir sepanjang perjalanan pulang, kami kena berdiri dalam tren. Huhuhu....

2 comments:

kyo_9 said...

allamak.. leh terlupa bergambar ngan statue of liberty tuh..

aReLaN said...

pe ssh.gi lg skali.hohoh