Banner

Friday, September 11, 2009

BuKa PoSe aT sHiRiN's PLaCe

Jumaat lepas bersamaan 4 September 2009, satu majlis berbuka puasa telah diadakan secara kecil-kecilan bertempat di rumah Kak Shirin yg boleh dikatakan baru buat sesetengah bdk JAD 6 yg masih belum mengunjunginya. Selepas solat Jumaat, sume tetamu telah berkumpul di perkarangan UNiSEL bagi memudahkan perjalanan ke rumah Kak Shirin kita.

Aku, Mangat & Shahrin tidak terus ke destinasi asal kerana harus mengambil Farah dr rumahnya di Setiawangsa. Dah amek tu, kitorang singgah jap rumah yg bakal diduduki Shahrin & Farah apabila berumahtangga kelak yg terletak di Puchong. Dekat je ngan rumah Kak Shirin.

Setibanya di rumah Kak Shirin, kelibat Totoro, Oi your, Sheera, Becko, Ain Panjang, Roy dan Azhar dah ada. Sementara menunggu waktu berbuka banyak gak la aktiviti kami. Men Monopoly, layan CD Drama Fest JAD 2006 time kami masih di 1st Year University dlu. Memang nolstagia la. Nak pecah perut gelak tengok aksi masing-masing esp Mangat dan Sheera. Kumpulan aku yg ade hari tu pn still pelik camne la kitorang leh menang. Memang misteri.
*Bersembang bersama tuan rumah*

*Menanti waktu berbuka*

Masuk waktu, sume terus meratah juadah yg terhidang. Macam-macam ade. Sambil makan sambil dengar sedikit ceramah dari Abang Saiful, suami Kak Shirin kita. Bab agama, bab kawen, life etc.

Dok sembang smpi la pukul 9 lebih. Dekat2 nak gerak balik tu baru kami teringat bahawasanya sekeping gambar pn tak terambil. Sempat la amek 2 keping time nak balik tu. Tapi tak dpt2 lagi dr Oiyour gambar tu. Hohoho....Kalu sempat raya ni pn kami nak datang lagi. Insya-ALLAH....

5 comments:

ummi said...

=(
huu...x dpt pegi

aReLaN said...

tkpe2.next time ble sme blik msia lps dh hbis blaja kte serbu ramai2 bia tak muat rumah.hohoho

kyo_9 said...

kalo nk gi lagi ajak ak..

aReLaN said...

jom.kli ni ko la plak handle alang2 dok dkt.ak jauh ni.hohohoh

Anonymous said...

Kemenangan tu berkait rapat dgn watak utama.. watak utama tu penting tu sebenarnya.. muahaha