Banner

Wednesday, February 18, 2009

MaLaYsia oH TaNaH aiRKu....

Hari ni masuk hari ke-3 aku di Malaysia. Kepulangan ku disambut ngan cuaca panas mcm masuk sauna di KLIA ngan suhu mencecah 33 darjah celcius. Aku terus menuju ke TBP ngan bas ke KL Sentral & komuter ke Batu Tiga. Malam tu lepak je kt bilik uti smpi ke tgh malam. Kouhai2 kikai yg dah abes shiken kelihatan amat gumbira tatkala kouhai2 denki sedang bertungkus lumus stadi utk last paper.

17 Februari, aku ke UNiSEL utk jmpe ngan sensei2. Lepas breakfast kat kafe UNiSEL, aku smbung breakfast lg ngan Shirin Sensei & Shahril Sensei smbil bersembang isu & gosip hangat kat JAD. Banyak gk la aku tau psl konflik YPM-sensei-tachi. Pastu gi bilik sensei, sembang ngan Yamashita Sensei smpi la Oiyour, Salmi, Mangat & Apiz tiba. Naek kering tekak aku bersembang. Pas hbis sesi ngan sensei tachi, kitorg jmpe lak kouhai matriks JAD utk sesi soal jawab. Aku senyap je cam bese. Dah tak larat nak cakap lagi sbb kering tekak. Pastu gi lunch kat Restoran Sidah yg dah mkin besar & maju. Tengah hari tu, kitorang gi Wisma Belia utk meninjau bakal2 kouhai JAD yg sedang dalam kursus intensif. Masa tu kelas tarian ada, sukan ada,aerobik ada. So, lepak la sket jalan2 tengok orang.

Pas habis tinjauan, kami gi Midvalley utk mnum petang kt MPH cafe. Sempat la sembang2 lagi. Memang letih la bersembang je satu hari. Shirin Sensei terus balik lepas minum petang tu tapi kami2 yang stay ni, gi tengok wayang, citer Geng: Pengembaraan Bermula. Memang best. Grafik pn tak kurang hebatnya. Lawak Melayu mmg pure Melayu. Tapi sebab ramai yg penat, budak2 ni leh lak tido time wayang. Hahahaha....

Dalam pukul 9 lebih, aku tiba di TBP, dihantar oleh Apiz. Lepak kat uti lagi smpi lewat malam. Naek bilik terus tido sbb kena wat persiapan utk gi Sunway Pyramid lak esok nya.

Pukul 10.30 pagi, bertolak dr TBP. Wayang kami start pukul 2.30 so smpat la jalan2 keliling Sunway tu. Makan kt Carl's Jr utk lunch. Burger dia memang besar tapi sedap la. Berpatutan ngan harga dia pn. Wayang hari nipon citer Geng gak. Dua kali aku tengok rupanya citer ni. Hahaha...Tapi still best gak la wlupon dh prnh tengok. Begitulah citernya 3 hari pertamaku di Malaysia. Percutianku ini masih panjang lagi, insya-ALLAH. Harap2 ianya terisi ngan penuh makna & tak sia-sia. AMIN. Menanti homecoming party di rumah Shirin Sensei hari Jumaat ni.

Friday, February 6, 2009

aBaH.....

*Tak pernah bergambar berdua ngan abah*

Tanggal 4 Februari 2009, genaplah usia abah 50 tahun. Abah seorang yg berbadan besar, maklumla bekas askar. Anak2 dia yg laki2 sme besar2 n men ragbi. Abah je tak maen. Abah mengajarku mengenal badminton seawal usiaku 4 tahun & ketika itu aku mengenali anak-anak Sidek, Joko Suprianto & player laen yg sezaman ngan mereka. Tapi dari kecik sampai skang, walaupon abah dah meningkat usia, aku tak pernah menang ngan abah. Abah tak prnh nmpk cam mencecah 50-an. Cukup bertenaga, member2 yg slalu lepak ngan abah kat kedai kopi kebanyakan sebaya aku je, lepas pencen selalu balik lewat malam sbb men badminton.

Abah tak pernah approve aku maen ragbi. Basketball pn. Sebab dua2 sukan abah tak maen. Kalu kt rumah tu, piala abah je dah penuh berapa rak. Tenis, sepak takraw, ping pong, bola tampar, badminton, nyanyian, hoki, merentas desa dll. Dulu, abah selalu takde kat rumah sebab outstation atau ade kejohanan sukan kt kem laen. Bila dah pencen, abah la yg uruskan hal rumah, jadi househusband, tatkala mak gi ngajar.

Masa kecik2 aku cukup gerun ngan abah. Muka bengis, garang bukan kepalang. Dah berdas2 sebatan tali pinggang, rotan, penampar dll aku trime. Tapi adik2 aku lagi byk kena sbb jenis tak dgr kata. Abah cukup berkira bab duit sebab kecik2 dulu abah hidup miskin. Masa kanak2, abah baito bunuh nyamuk je. Sekor dapat la 5 sen. Kat Bagan Datoh & Selekoh nun di Perak sana, nyamuk banyak sgt.

Abah cukup tegas. Masa kena tepat. Sebab tu aku jd amat menepati masa. Insya-ALLAH. Aku paling benci orang lewat & mencuri masa aku, membuatkan aku tertunggu-tunggu. Sejak tadika lagi abah dah ajar aku uruskan sume bnda harian aku. Iron baju sekolah, basuh kasut, cuci pinggan mangkuk, jemur baju, kemas rumah, cuci keta motor, mengurut. Time sekolah sebelum masuk asrama, tiap pagi abah wat spot check. Kalu baju & seluar berkedut, kena iron balik. Kasut tak berkilat, kena polish balik. Bilik tidur kena kemas, cadar biar tegang. Kadang2 aku rasa cam dh masuk RMC je. Tapi sume tu mendisiplinkan aku. Masuk asrama, tiap2 pagi muka aku tercongok depan iron, gosok baju. Sebelum gi roll-call, polish kasut, tegangkan cadar.

Abah cukup hepi bila aku nyatakan hasrat nak masuk ATMA lepas SPM. Sume preparation utk interview abag sapot. Abah yg merupakan bekas askar, cukup bangga anak abah dapat jadi pegawai. Tapi last2 aku tolak ATMA, pilih JAD. Tapi sume tu ade hikmah di sebaliknya. Abah mesti bangga ngan anak jantan sulong dia ni. Walaupon tak jd pegawai, aku dapat jejakkan kaki ke Jepun utk lanjutkan pelajaran.

Lagi 2 minggu, aku akan pulang menemui abah. Dah lama sgt tak maen badminton ngan abah, gi lepak warung. See you when I come back home. New home, Teluk Intan.