Tuesday, March 30, 2010

MaLaYsia Ku....


Dah masuk hari ke-3 aku kat Malaysia tapi tak sampai rumah lg. Busy gi kenduri kawen Becko & Sheera, lapor diri kat YPM, gi lawat kilang Ichikoh kat Nilai. Hari ni baru leh relax sket. hari last kat Nihon time nak naek flight tu pon dah seksa. Bayangkan la kitorang still kat gate kastam pukul 1 sedangkan flight pkul 1.30. Pastu dah berlari-lari kejar flight tu ngan beg berat masing-masing. nak tercabut gak la bahu & kaki time tu. Masuk kapal terbang dah berpeluh-peluh.
Sampai KLIA lak, akibat sedikit salah faham kitorang sangkut kt airport smpi la ke tengah malam. Nasib bek si Shahrin sampai gak. Kalu tak memang merempat kt KLIA la malam tu. Siap sempat jumpa Zam & Abedin lagi kt KLIA mlm tu. Diorang dah nak balik Jepun pn.

*Budak JAD yg datang bersama kedua pengantin*

Esoknya g kenduri kawen sebelah pihak Becko kat Banting lak. Agak jauh la nek keta. Siap jumpa member sekolah rendah aku lagi kt stu. Ade la 5 tahun tak jmpe. Dia pn tak cam aku yg time tu botak baru lepas interview ATMA.


Semalam lak gerak gi Wisma Goldhill ngan Mangat. Kena sound kaw-kaw sebab bukan lapor diri tapi serah diri. Satu dokumen apa pon aku tak bawak. memang bawak diri je. Pastu berkejar lak aku gi Nilai ngan tren Malaysia yg ntah pape. Takdela besar sangat Ichikoh kat Nilai tu tapi ok la. Malam baru sampai rumah Shahrin balik. Terlepas tren kat KL Sentral nye pasal sbb takleh nak sumbat masuk. Smpi next tren, orang tak smpat kuar, aku dah masuk trus.

Letih betul dok negara sendiri yg panas ni. Aku rasa cam dah makin kurus pon sejak balik ni. Tengok cermin sekeping je badan aku. Cepat giler letih time kat Malaysia nilah....

2 comments:

kyo_9 said...

hujan batu di negara orang.. (sambung sendiri)

aReLaN said...

ko salah tu dow.hujan emas di negeri orang.hahaha