Monday, March 21, 2011

BaDMiNToN, KeDaH, PiNKy & aLTeRNaToR....

Pukul 2.30 pagi hari Sabtu, men badminton ngan Keri, Hadi & the gang. Men bergu 3 pasang selama 2 jam. Lenguh tu sampai sekarang tak hilang lg. malang pertama menimpa aku. Aku bangun je dari bangku tempat aku tido, bangku tu patah. Nasib baek tak patah time aku tido atas bangku tu. Habis badminton, lepak minum jap, pukul 6 pagi sampai rumah kat Nilai, terus bersiap g rumah Kak Lynn (starting point menuju Kedah).

Patut gerak pukul 7 dari rumah Shahril tapi ade sedikit problem, dalam pukul 8 baru gerak. Terlepas simpang, layan satu lap roundabout. Lepak makan nasi lemak kat Shalala R&R Rawang. Start mengutuk. Topik : Bikers belakang kitorang, org gomen, baju batik dan sebagainya. Aku tido hampir sepanjang trip sebab tak tido lagi sblm tu.

Sampai kenduri kawen padel & pasangan dalam pukul 1 lbih sket. tengok tema : PINK????Start mengumpat lagi. Padel jadi mangsa. Jambu giler ble pakai pink. Dah puas makan, bergambar, trus blah gtu je. Tak sempat nak menghulur. Lepak jap rumah Khairul Panjang, tengok his new born baby daughter. Lepak jap, pastu decide gi Bukit Kayu Hitam nk shopping la kononnya. Satu barang pon aku tak bli. Orang len beli la gak perfume, bakul, coklat, jersi etc. Aku cuci mata je. Nilah agaknya antara penyebab bencana menimpa kitorang malam tu.
*Ambil berkat. Aku sorang je lagi yg bujang*

Kuar dari Duty Free Zone, jalan sesak padahal dekat je ngan gate kastam tu. Sejam sangkut utk hnye beberapa ratus meter. Dalam pukul 9 lbih, tetiba tgk wiper makin slow. Jam kete makin malap. Lampu bateri kelip2. Ibnu call member cakap maybe altenator dah out. Hajat nak u-turn balik ke rumah sedara Ibnu kat Seberang Jaya tapi tetiba enjin mati masa nak u-turn. 

Tunggu sedara Ibnu datang, tukar bateri keta, gerak g rumah dia. Memang sah altenator rosak. Satu lagi yg malang, kunci keta tinggal dalam keta. Barang ahli rombongan laen shopping tggal dalam. Gi makan nasi kandar pon jalan kaki. OTW balik dri makan, anjing mengekori kitorang. Tapi kitorang tak lari la. Jalan cam bese. Kalau lari knfem kena kejar. Sampai rumah Pak  Jang, pagar berkunci. Tunggu jap, Mak Jang pon bukak la. Shahril layan borak ngan Mak Jang, aku tido jela.

Sedar2 sume dah lena, aku turun baring atas lantai. Ada bntal. Lagi syok. Tetiba kena kejut, Khairul Panjang dah sampai. Gerak la kitorang ngan Mazda 3 dia. Sakit punggung aku makin parah bila dok berhimpit. Tahan jela. OTW tu, sangkut lak kat Tapah. Ade kemalangan bas. Barang dari sebuah lori jatuh (macam gelung kertas yg amat besar), & bas tu tak sempat elak lalu langgar. Macam-macam. Sampai Nilai dalam 9.30 pagi. Aku bantai tido la. Letih tak ingat.....

No comments: