Banner

Monday, September 26, 2011

oH eMas!!!!

Emas memang diakui sebagai antara cabang pelaburan cukup bijak dan menguntungkan. Aku dah lama gak sebenarnya nak start tapi tak berani & aku jenis yang tunggu sampai satu tahap harga emas jatuh untuk aku beli. Ada banyak cara nak melabur emas ni sama ada jual beli emas fizikal & pajak, buat overdraf ASB, atau Akaun Simpanan Emas.


*Graf harga emas for the past 30 days. Sumber : goldprice.org*

Setelah sekian lama berfikir & dok tengok graf harga emas harian kat pasaran, tetiba hari ni nampak cam jatuh. Tapi disebabkan kerja, bukan senang-senang leh kuar gi bank. Tapi rezeki tu memang dah tertulis. Tiba-tiba je waktu tengah hari, aku diarahkan keluar gi kedai oleh sorang member untuk repair kain pembalut jig. Peluang memang takleh lepas begitu sahaja. Aku isi gate out pass, amek signature manager, start motor terus gi kedai kain. Pukul 3 baru leh amek. So, gi CIMB Bank, kuarkan dalam RM10k, terus gi Maybank Nilai.


*Public Gold*

Time aku check kat ofis sebelum keluar, harga dia dalam RM170.07/gram tapi setibanya kat Maybank dah RM172.07/gram. Dok isi borang pe yang patut pe sume, aku cakap nak start ngan banyak mana RM10k tu leh beli iaitu 58 g. Pas isi borang pe sume kena tunggu turn kat tingkat atas. Time tu baru 2048, aku nye 2101. Lepas sejam, baru nombor 2062. Limit kuar 2 jam tapi aku leh la extend sampai pukul 3 sebab nak amek kain. Lebih kurang pukul 2.55 petang baru sampai turn aku. Officer tu tanya nak berapa gram sedangkan dah tulis aku nak 58g atas borang tu. Rupanya time aku kat kaunter, harga emas tu dah cecar RM164.49/gram. Dalam masa yang kejap, leh turun lagi sampai RM8/g tu. Kalau tau aku mintak tambah je. Setelah sekian lama, aku berjaya gak buka akaun simpanan emas.


*Rupa buku akaun MGIA*


Ada pro & kontranya akaun simpanan emas ni, bagi kes aku Maybank Gold Investment Account. Kelebihan dia antaranya;
1. Kos modal rendah. Maybank ni leh start ngan 1g je. 1g baru berapa kan. Public Bank minimum 5g.
2. Senang. Jual beli emas ngan pihak bank ada rekod dalam buku akaun.
3. Takyah susah-susah cari buyer cam emas fizikal. Emas pon tak hilang sebab memang korang tak pegang
emas fizikal.
4. Boleh je kuarkan emas fizikal tapi kena bayar la kos insurans & trasnport.


Kelemahan dia lak:
1. Harga dia macam rendah sket dari harga pasaran kalau korang nak jual emas. Harga beli lak sedikit tinggi.
2. Takleh nak gadai la sebab takde emas fizikal.
3. Takleh merasa nak pegang emas betul
4. Jual beli emas waktu bekerja je. Memang kena curi kuar ataupun amek cuti terus kalau nak buat urusan.
5. Kena beli pakai cash la. 

18 comments:

fairus said...

PELABURAN EMAS NI ADA YANG ISLAMIK DAN CONVENTIONAL... SETAHU SAYA, MAYBANK PUNYA CONVENTIONAL BUKAN ISLAMIK.. DULU PERNAH CALL MAYBANK, KALAU TAK LAMA SAYA JOIN.. MAAF SEKIRANYA SILAP.

Anonymous said...

pnh dgr gak..penah dengar gak cakap sebab tak de aqad so cm tak berapa digalakkan dlm islam guna pelaburan buku n sebab tak nampak fizikalnye..just a thought :)

aReLaN said...

hmm,maa ne.mmg prnh dgr.ade ckp halal, ade cakap harus, ade cakap haram.terpulang pd dri masing2.

nAna ezReenA said...

lebih suka pada emas fizikal.. kita pegang emas tu sendri.. then pajak kat Ar-rahnu.. then duit pajak tu buat modal pusing beli emas lain :) me n mr hubby sgt giat membeli emas.. tp dinar je la.. tu yg mampu tuk monthly beli..hiks

Anonymous said...

betul tu, akaun pelaburan emas maybank adalah konvensional, sehingga hari ni, hanya satu bank sahaja yang menjalankan akaun emas secara islamik iaitu kuwait finance house (KFC) sebuah bank milik negara asing. Maybank dan public bank telah diteliti oleh pakar kewangan Islam yang mana kedua-duanya adalah konvensional.

kblogger said...

a'ah conventional.. apapun, semalam mmg waktu terbaik untuk beli emas

kyo_9 said...

damn.. semalam waktu terbaeek ke?! melepas siak~~~~~

hari tu dah nk bukak dah kt Kuwait Finance tu.. dekat jer ngan UiTM Shah Alam ntk pintu belakang...

aReLaN said...

nana->chuak nk smpn emas fizikal.hahaha

ano->lps dh bli tu bru tau psl kewujudan KFH.hmm

kblogger->mmg terbaek la n kena pada wktu.

saido->ko tgg la lg kot2 nnt ade peluang dia trun lg ke.hohoh

Anonymous said...

klaau nak beli emas fizikal. kat Singapore lagi murah.. try la beli kat sana kalau ada kenalan.

aReLaN said...

ano->hmm...klu la ade kenalan kt Singapore kan best.Hmmm

Nur Fauzi said...

pelaburan emas di maybank dgn public gold ni terletak bawah konvensional.
tak la kate haram terus, cuma tiada orang yang berautoriti untuk semak perjalanan dan keseluruhan transaksinya menepati status patuh syariah..

jadi pendapat den, baik kita elakkan. Kalau tidak, kita kena kaji mcm mana taknak bagi jadi riba (kena tau flow tukaran dll...)

Kawan den (imam) ade yg beli emas ikut public gold, tapi banyak urusniaga die cash, sbb nak elak riba. dan dia mmg hati-hati...

takat yg den tau, Kuwait Finance House ade buat pelaburan mas jugak. Yg n den confirm 100% syariah compliance

aReLaN said...

nurfauzi->br tau psl KFH tpi xbyk cawangan KFH tu.tu yg ssh nak buat.hmm

Nur Fauzi said...

Betul, KFH memang tak banyak cawangan. kalau duduk luar lembah klang memang susah sikit.

Ape kata, cuba beli emas secara tunai, kemudian simpan sendiri. atau pajak di ar-rahnu, duit tu boleh guna untuk pelaburan lain. contoh beli islamic unit trust ke

Nur Fauzi said...

Selingan : jangan terpengaruh untuk memiliki kad kredit konvensional..

aReLaN said...

nurfauzi->akan dipertimbangkan.byk je cabang utk melabur islamic ways kn sbnrnya.

adLYNNa's said...

ceh gile kaya kakah nih. g nikoh2 nuuuuu~

aReLaN said...

kak lynn->kaya pe nya.ni pon smpn utk kawen gk.mg tu ble lg??tunang doh,ak tgg je nsi myk tu

Anonymous said...

jz berkongsi pndapat..sistem ni bnyk pndapat yg mengatakan ianya tidak islamik sebab kita tidak ada perolehan secara fizikal(kalau x silap saya,dalam urus niaga emas,barang yang dibeli perlu diperoleh).Selepas itu kalau nk simpan sndiri atau mintak bank yang simpan itu bergantung kpd diri sendiri..walaupun ada risiko menyimpan emas sendiri(dicuri,hilang dsb),ada juga risiko mengenai belian sebegini iaitu;

1)cuba kenalpasti ini pelaburan emas fizikal atau pelaburan harga nilai emas(setakat ni Kuwait bank ada pelaburan sebegini,iaitu kita beli emas dan perkhidmatan menyimpan emas ada disediakan)
2)pelaburan sebegini rasanya sama dengan Public Bank Gold Investment(bukan emas Public Gold ye),yang mana dinyatakan pelaburan sebegini tidak diinsurankan.Bermaksud,andai kata saudara nak menuntut emas secara fizikal,dan tiba pada waktu itu emas tiada dalam simpanan bank,kemungkinan emas tidak dapat diperoleh.

-pelaburan emas mungkin bukan menjanjikan keuntungan berlipat ganda berbandi komoditi hartanah,aset rumah dll..namun iA sebagai suatu cara 'kita menyimpan nilai harta kita' kerana nilainya yang kukuh dan stabil(stabil bukan bermaksud sentiasa naik,tapi proses naik dan turun harga yang konkrit)

-selamat melabur=)