Banner

Monday, September 5, 2011

PuLaNgKaN.....

Setelah bercuti selama 9 hari sempena Hari Raya Aidilfitri & Hari Kebangsaan, maka bermulalah kembali rutin harian selaku robot keje kilang. Masuk keje 8.15 pagi, balik 5.45 petang. Punyalah malas rasa diri ini nak gi keje. Almaklumlah lama cuti, mood raya pon tak hilang lagi ni. Tapi datang keje pon bukan wat apa. Sejak production Myvi Lagi Best, aku pon tak tau dah nak buat apa datang kilang. 

Dengar citer ada rombakan besar-besaran tapi entah bila la berkuatkuasa. Aku ikut jela pe nak jadi selagi terdaya nak ikut. Nilah nasib orang makan gaji. Tak tahan sangat berenti, cari keje laen, pe la yang susah sangat.  Hari ni gak bermulalah kelas bahasa Inggeris untuk sebahagian daripada staff pangkat supervisor ke atas. Nama aku tak masuk pon, bukan sebab power giler English aku tapi sebab time ambil nama sesape berminat nak join, aku MC. Tinggallah aku terkontang kanting dalam office R&D tu.

Last-last gilah menapak kat assembly line, surau etc. Sampai waktu balik terus bergegas gi Taman Awam Nilai. Hajat di hati nak jogging tapi peha still sakit. So, lari pecut satu round taman & pekena basketball jela. Lemak-lemak terkumpul dari mula puasa sampai dah raya memang menakutkan aku. Bukan senang nak buang lemak tepu ni. Seksa jiwa raga nak membakarnya. 

*Bila la nak jadi cmni balik???Gambar adalah hiasan semata-mata*

Aku ni dahlah pantang berat badan naek. Skang dah cecah 76 kg, lebih 3 kg dari berat badan ideal aku. Seyes aku benci tengok lemak kat perut ni. Susah betul nak hilang. Zaman skolah dulu jangan harap la lemak sempat nak bermaharajalela. Training ragbi & olahraga bagai nak rak. Men basketball lagi. Nampak gaya kena usaha lebih gigih ni nak buang ko wahai lemak durjana.

4 comments:

Has said...

pasal tubuh badan cerewet mengalahkan perempuan! :P (sakit hati sebenarnya dengar perkataan "lemak" tu) hehe

aReLaN said...

sensei->mmg pon.pantang dgr org ckp sye gemuk atau yg sewaktu dengannya.bekas exco sukan & atlet sekolah mne leh gemuk2.kena maintain.hohoh

odah said...

rasenye atlet lah yg seng gemok kalo tetibe stop training..haha..umur mking mningkat = proses pmbakaran lemak pon makin slow..jagelah pmakanan anda (psanan kpade dri sndri);D

aReLaN said...

odah->mmg pn sbb tu xleh nk stop.ssh nk jge mkn dok msia ni sbb sme leh tibai.hoho