Letih gak la beraya tahun ni especially hari raya pertama. Tapi tak seletih time kecik dulu la kan. Dulu, lepas je subuh terus gerak kutip cukai a.k.a. duit raya dari rumah ke rumah. Skang ni lepas subuh dok melepak lagi tunggu sampai nak gi sembahyang raya.
*We are one big family. Aku tetap lagi kecik dari adik-adik aku*
Tapi kazen-kazen aku skang tak macam kitorang nye generasi kot. Kitorang lepas subuh dah konvoi ramai-ramai cucu Milah berarak satu kampung. Dulu walaupon dapat duit raya besi je dari setiap rumah (paling mewah RM1. tupon satu rumah je bagi), jumlah keseluruhan jalan kat kampung pagi raya pon leh cecah RM100++ tau. Kitorang dulu sebab para Along cam aku ada, tu yang berani jalan merata sampai kampung sebelah mana ntah.
*Hantu Bonceng yg cun melecun*
Lepas solat sunat raya, gi ziarah kubur sedara mara. Pastu aktiviti beraya di rumah sedara mara. Kena control makan. Kalau dulu, setiap rumah aku tibai je makan. Skang ni selang satu rumah kot. Petang baru balik rumah nenek kat Klebang & tido sampai dah gelap. Malam lepak jela. Raya kedua lak malam baru ada aktiviti beraya rumah mak sedara & gi tengok wayang midnight cite Hantu Bonceng kat AEON Bandaraya Melaka. 18 seat kitorang book. Gelak tanpa henti. Puas ati takyah tengok citer yang perlukan otak ini berfikir.
Raya ketiga ziarah kubur adik kat Simpang Renggam, Johor & rumah ustaz ustazah ngaji kitorang dlu yang juga merupakan rakan sekerja mak kt SDARA. Bila dengar balik diorang cite pasal ktorang dlu, bleh tahan gak la nakal sorang2. Habis tu terus gerak balik Melaka. Semalam, aku dah sampai Nilai menghabiskan saki baki cuti raya yang ada sorang diri kat sini. Hahaha...Seperti biasa, aktiviti tahunan mengempiskan perut selepas raya bermula. Lagi sebulan je utk running event kt Putrajaya. Tingkatkan motivasi diri utk kembali fit. Ganbaranai to......
2 comments:
teringat pula zaman kanak-kanak. :)
nal->zaman kanak2 mmg plg syok.xyah pening pale pikir pape sgt.
Post a Comment