Banner

Sunday, September 11, 2011

RWC 2011!!!

*Piala rebutan*

9 September 2011, bermulalah secara rasminya Rugby World Cup 2011 dengan perlawanan pembukaan antara tuan rumah, New Zealand menentang Tonga. NZ menang 41-10. Event 4 tahun sekali ini disertai oleh 20 pasukan seluruh dunia yang mana 12 daripadanya layak ke RWC 2011 berdasarkan pencapaian dalam RWC 2007 di South Africa yang lalu manakala baki 8 pasukan lagi layak melalui pusingan kelayakan mengikut benua masing-masing. 

*Haka dance*

Aku cukup tak sabar nak layan RWC 2011 tapi malangnya rumah aku takde ASTRO. Pasukan yang aku sokong sudah tentulah NZ All Blacks. Walaupun All Blacks berada di ranking 1 dunia, tapi hanya pernah menang World Cup sekali sahaja pada tahun 1987. Aku cukup berharap sangat All Blacks menang kali ini sesuai ngan status pasukan terkuat dunia. Pemain yang aku rasa patut diberi tumpuan adalah Sony Bill Williams yang merupakan bekas peninju tetapi lompat ke arena ragbi. Dia dikatakan merupakan seorang Islam. 

Bila tengok balik event ragbi ni, rasa rindu lak nak main ragbi macam zaman sekolah dulu. Training memang kaw-kaw tough & menyeksakan diri. Diri ini terasa amat fit & ringan je masa tu. Kalaulah leh main balik cam dulu kan best. Apasal la alumni QBer tak buat team ek. Kalau buat team dah, asal la kitorang tak dipanggil???Hmmm...Aish, kena cepat angkat ASTRO ni. Kalau tak memang menyesal tak sudah la. Come on ALL BLACKS!!!Ka mate ka mate kora!!!


Congrats MU jugak kerana berjaya membelasah Bolton 5-0. Hohoho

No comments: