Banner

Tuesday, September 13, 2011

KaWeN LaGi???

Disebabkan kesihatan tidak mengizinkan, hari ni baru aku dapat update. Start dari Jumaat lagi tak sihat & makin menjadi time wiken baru ni. Sape yang stay rumah Mangat tau la kot seksanya aku masa tu. Aktiviti wiken bermula sejak Jumaat malam lagi bila kami para JAD 6 ditambah ngan Aiman & member budak-budak ni, telah bermain futsal kat Ferro Futsal. First time men kat FIFA court. Mula-mula sume bising asal men sejam je. Dah maen baru korang rasa. Aku yang demam time main tu memang langsung tak rasa cam orang demam. Laju je lari tanpa henti. Habis maen terus datang balik sakit.

*Jentera pengangkut*

Malam tu lepak la rumah Mangat sebab dah lewat. Tren pon takde. Esok pagi gerak balik Nilai. Sampai stesen Batang Benar, gi kat motor, helmet dah kena kebas. Padan ngan muka, sapa suruh letak gitu je. Tak pasal kena beli helmet baru. Melayang RM85 aku. Aku sampai rumah pon agak lambat kerana kebangangan sistem tren kat Malaysia. Hampir 45 minit aku sangkut kat KL Sentral. Sampai rumah terus mandi, budak-budak dah tunggu kat guard house utk rombongan mak kiah ke kenduri kawen Pok Jat. Aku ngan Roy lead la & berhenti jap kat masjid on the wat tu tunggu yang lambat sket. 

*Bersama pengantin (Pok Jat + Bazilah)*

*Ahli rombongan*

Rupanya rombongan Pok Jat pon ade kat masjid tu. Takyah dah susah-susah cari rumah pengantin, follow je terus rombongan lelaki. Tema Pok Jat ialah hijau. Pekena cendol waktu tengah hari memang best. Lantak la demam pon. Hahaha...Atep pon datang. Lepas tu gerak menuju Hulu Langat lak ke kenduri Hadilah (Hadi + Dilah). Punya la jauh perjalanan. Layan touge Kuala Klawang siap. Sampai rumah pengantin dah pukul 4 lebih, meja & makanan pe sume banyak dah kemas. Bergambar jap ngan pengantin pastu makan. Nasib baek ada lagi makanan. Habis meratah sume pulang ke lubuk masing-masing.

 *Bersama pengantin Hadilah*

Yang bujang ramai lepak rumah Mangat. Pow geng oversea belanja Pizza Hut pe sume lagi.Pastu layan bola. Aku banyak habiskan masa terbaring dalam bilik sebab demam. Aku memang dikatakan ibarat seorang atlet yang jarang kena sakit tapi kalau sekali kena memang seksa. Sabar jela.

Semalam masuk keje pukul 8 pagi, lepas morning assembly aku gi klinik, doktor bagi MC, 9.15 terus balik rumah. Dahla siap termuntah-muntah kat klinik. Terpaksa buka puasa awal. Kalau camni, ntah bila la nak habis puasa enam aku ni. Aish...Pasni agak-agak giliran sapa lak nye kenduri ek di kalangan kita. Huhuhu

p/s : gambar kredit to Shidee & Becko

2 comments:

Cik Bee said...

baju pengantin pempuan yang kaler hijau tu lawa la. hihi
ehem ehem, empunye blog ni bile lagi

aReLaN said...

biha->empunya blog???hmmm...kna buat loan la nk cpt.sng xdpt loan???hahahah