Monday, September 19, 2011

KuRsus PeRKaHWiNaN....

Kat Malaysia ni, salah satu syarat untuk berkahwin ialah wajib memiliki sijil kursus pra-perkahwinan. Disebabkan bakal kakak ipar & biras aku nak g kursus tersebut hujung minggu lepas, aku pon tumpang sekaki. Sebelum gi kursus tu berdebar gak la kalau disuruh baca ayat ke pape kan. Bukan sebab tak reti tapi aku ni bila kena baca depan orang ramai, memang hancur. Benda senang pon leh jadi susah sebab suara terketar-ketar, kadang-kadang tu sampai satu badan terketar-ketar.

Kursus ni berlansung selama 1 hari setengah kat Presint 9 Putrajaya denan yuran RM80. Makanan turut disediakan. Mula-mula tu sesat gak la nak cari tempat kursus sebab tak bese ngan Putrajaya. First day start dari 2.30 petang sampai la pukul 6 sepatutnya tapi berlarutan sampai pukul 7. Hari kedua lak start seawal 8.30 pagi sampai la pukul 5 tapi melarat sampai dekat pukul 6 gak la. Overall memang best. Banyak ilmu yang diterima. kena lak ustaz & ustazah sporting. Al-maklumla bab kahwin kan. Memang syok la layan.

Tapi hakikatnya memang kahwin ni bukan bab main-main. Kahwin ni bukan libatkan dua jiwa je tapi turut melibatkan ramai jiwa laen tanpa kita sedari. Tapi sampai satu ketika mengantuk gak la kursus sebab dari pagi ke petang. Dahla hujung minggu ni baru kuar sijil. Kena gi balik pusat kursus nak amek sijil.

*Model ikan bakar*

Lepas habis kursus semalam, pekena ikan bakar kat Bagan Lalang. Punya la jauh rasanya Bagan Lalang tu sebab gerak dari Putrajaya. Dahla jalan kampung & ladang. Nasib baek la bukan aku yang drive. Lepas makan nak kena hantar member tu sorang lak balik Shah Alam. Dekat tengah malam baru sampai Nilai balik. Letih betul. Sori la kepada Puan Ili sebab tak dapat hadir kenduri kahwin walaupun dekat je ngan rumah kat Nilai ni. Pape pon gokekkon omedetou!!!Sape2 rasa nak berkursus kat Putrajaya tu leh la rujuk link ni.

6 comments:

AsMiza said...

ehem.petande baek nih.kurusus da settle da.next pulop la mat le.hehe

aReLaN said...

as->yup.soro soro desune.nk cukupkan duit je skang ni.setel sme tu trus jalan.hohoh..ko ble lk??

Cik Bee said...

waiting for ur big day bro. jangan lupe jemput! hihi

aReLaN said...

bihah->insya-ALLAH xlpe.smpi mse nnt ade la kad smpi kt ofis or rumah ye.hohoh

nurfauzi said...

RM80...kat johor ni mahal pulak kursusnye. RM120 sorang. Beza rm 40.

Keberkesanan kursus ni kadang bergantung jugak pada penceramahnya.
Ada tempat yang penceramahnya banyak merapu, rasa rugi je bayar.

aReLaN said...

nurfauzi->tulah psl.tp berbaloi la byr rm80 tu rsenya.sme ustaz n fasi yg dtg mmg manthap2.