Monday, April 1, 2013

HuJuNg MiNggu MeLeTiHKaN

Hujung minggu lepas memang amat meletihkan buat diriku ini. Pagi Sabtu, seawal jam 8.00 pagi dah bersiap nak menuju ke Petaling Jaya untuk ambil race kit MAKNA Founder's Run 2013. Aku ni dahla memang tak mahir jalan sekitar KL, Selangor. Mengharapkan pada Google Maps jela aku sebelum keluar dari rumah. Memang seperti dijangka, aku terlepas simpang sebab signboard yang agak mengelirukan. Aku tak paham la kenapa kat Malaysia ni signboard berada di tempat tak strategik. Terlindung dek balik pokok la, dah kat simpang baru ada signboard la. Memang menyusahkan.

Nasib baik jumpa gak tempat tu. Dah ambil race kit, terus bergerak menuju Melaka lak sebab ada kenduri kahwin member satu batch belajar kat Jepun dulu. Dekat dengan Bukit Mahkota jalan dah sesak. Dengar kat kawan-kawan lain yang gerak lebih awal, sesak sampai ke Seremban. Jadi, aku decide untuk lalu jalan dalam dari Nilai sampai Seremban. Nasib baik tak susah cari rumah pengantin.

*Para budak Jepun di kenduri kawen Mijah & Kimi*

Lama betul tak jumpa geng zaman belajar dulu. Siap ada orang karok lagu Jepun lak tu tapi lagu lama la. Kitorang pon tak pernah dengar. Hohoho....Papepon, tahniah diucapkan buat pasangan Mijah & Kimi. Moga berkekalan ke hujung nyawa, insya-ALLAH. Lepas kenduri singgah rumah nenek dulu kat Klebang, rehat jap. Lagipun, family aku memang ada kat rumah nenek masa tu. Dekat Maghrib baru gerak balik Senawang.

Memang letih tapi seawal jam 4.00 pagi keesokan harinya aku bangun, bersiap sedia untuk gi Padang Merbuk, KL untuk MAKNA Founder's Run. Aku sesat selama setngah jam. Jumpa jalan tupon sebab check balik Maps kat phone aku. Tapi memang bagi aku penganjuran event ni agak kureng la. Ngan layout tak teratur, surau pon takde. Route dia memang banyak mendaki. Aku hanya mampu lari 3km pertama je sebelum sakit bahu & peha mendatang. Lepas dari tu, memang jalan & lari silih berganti jela.

*Berjaya menamatkan 12km. Alhamdulillah*

Jam tak pakai, aku tengok pada jam kat finishing line tu je yang menunjukkan 1 jam 30 minit bila aku merentasi garisan penamat. Lepas ambil finisher t-shirt, malas nak beratur ambil milo, roti & fitnesse cereal flakes, aku terus blah balik Senawang.

Rehat jap je kat rumah sebelum bergerak gi AEON Seremban 2, layan G.I Joe lak. Best tapi takleh lawan la yang first movie. Beli barang baby sket kat Jusco sebab ada sales pastu terus balik. Hehehehe

19 comments:

NIZAM said...

kenape byk sgt xtvt ko ni Lan?haha.siap lari pagi, ptg bole shoping bagai. mmg tabik r ngn runner macam ko. gaya hidup sihat. aku tak tgk ag cite GI joe. argh! jelez :p

Rapunzeel Cikilolo said...

huhuhu...

enjoy weekand yer,,,

Cik Nur™ said...

waahh..mmg bz bebenor nampaknya....

Knor said...

akak pun merentas 4 negeri..sikit lgi sampailah singapura..cuma tak berlari je..

bz weekand...

makin sehat tuh..

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hehe sama la bro, ak smpai skarang mengharapkn google map

Cik TeN10 said...

rajin betul participate event cenggitu.. bagus2.. badan sihat minda pun cergas :D

pssstt.. nk tya sket psal interview kerja.. kerja kt honda kan skrg?.. katakanla nak mntak kerja kt situ.. macam mana ea? apa yg patut dilakukan?.. dan sbg senpai apakah nasihat anda utk kohai2 yg tgah mencari kerja skrg ni ?onegaishimasu senpai !

Mrs Velentine said...

tahniah berjaya menghabiskan larian 12km..hehehe//mmg padat aktivti kau kan..

Mas Zull said...

assalamualaikum arelan....seronok berhujung minggu walaupun meletihkan...:)

Solehah Shamsuddin said...

arelan mmg sntiasa busy.hehe apa-apapun semoga hidup sntiasa berjalan dengan lancar :)

Yumida Huda said...

wow...12 km...
tahniah
teruskan usaha begini
baik utk kesihatan

Chic Na said...

1jam 30minit berlari? huhh xdpt imagine.. :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

tu dia..byk aktviti ea dlm stu hri..bgs2..

are_lin@yu said...

wahh pdatnya jadual.pas lari blh g jln lg..mmg kuat stamina..hihi

Deqla Manjew said...

eh biasanya hujung minggu la hari kite releks2.. huhu...

N.Aima K said...

fuh dasyatnye dah bermarathon boleh sambung tengok wayang?

Myra Jay said...

Wahhh!! tahniah ye berjaya menamatkan sejauh 12km..
Cayalah :D

9n0L4 said...

dh tgk jgk gijoe kat situ kamis lps. :)

wan nurul hezrina abd halim said...

bacapun dah rasa mmg memenatkan.huhu

QasehnyaRania said...

asyik sesat je..hihi
xpa la pengalaman.