Friday, March 29, 2013

HuJuNg MiNggu MeNJeLMa Lagi

Hari ni dah Jumaat. Esok dah masuk hari Sabtu dan hujung minggu aku kali ini memang akan penuh dengan pelbagai aktiviti. Tak tau la sempat rehat ke tak.

Esok, awal pagi lagi aku dah kena gerak gi PJ untuk ambil race kit MAKNA Founder's Run yang bakal berlangsung hari Ahad ni. Dah la aku ni tak mahir jalan area PJ tu. Sebelum ni selalu gak la sesat. Bergantung harap pada Google Maps je aku biasanya. Harap-harap esok tak sesat lagi.

Balik je dari ambil race kit, kena gerak gi Durian Tunggal, Melaka lak berkonvoi ngan member belajar kat Jepun dulu menuju kenduri kahwin budak batch kitorang, si Mijah. Lama tak jumpa geng study Jepun dulu, mesti lama la berborak pe sume kan. Ntah pukul berapa la baru leh balik rumah.

Hari Ahad lagi awal aku kena bergerak gi Padang Merbuk untuk MAKNA  Founder's Run. Pukul 7 pagi start berlari. Memang subuh pon kat sana la. Dah lama.tak join running event. Training pon tak. Camne la aku nak lari 12 km lusa. Aiyooo...tawakal jela. Lari la sampai habis. Menang tu memang taklah. Janji leh habiskan je larian tu. Huhuhu

17 comments:

Cik Nur™ said...

12km jeee...
apa yg penting berusaha..hihih..
caiyok arelan..!

iAmCekbolat said...

huishh . terus lari je nanti .



semputttt -,-

Cik Nurul Siezuka said...

Good Luck.. Selamat berhujung minggu..

N.Aima K said...

gd luck!!

Rapunzeel Cikilolo said...

bestnye...

semoga berstamina tinggi

:)

NIZAM said...

Lan lari lagi. whoa! aku rasa macam lama gler dah tak dengar cite pasal lari ni.

Yumida Huda said...

wah..bagusnya arelan...masa terisi dgn bende2 berfaedah n aktiviti sihat
teruskan usaha

anamizu said...

wahhh bz ek Lan. jd running man nmpknye hehe

9n0L4 said...

lari saje die ni. ade je aktiviti die. hehe.

Belog PenaMaya said...

Perghhh.. tak training bro? kejang2 la macam aku ari tu. haha.. join the mines charity run?

Chic Na said...

minat betul arelan xtvt lari2 ni. hehe..

Deqla Manjew said...

perghh bule kurus trs ni.. hihi...chaiyok2.. lari kuat2...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

bagus la arelan join xtvt2 mcm ni

Mrs Velentine said...

so mcm mn aktivit lari tue ok??

Denaihati said...

mencabar 12km ni, semput nak habiskan kalau berlari.

izan mama mia said...

wah padat aktiviti

wan nurul hezrina abd halim said...

badan kuat minda sihat=)