Sunday, April 7, 2013

MaTeRNiTy & cHiLDReN eXPo 2013

Awal pagi Sabtu, aku & orang rumah bersiap ke Mid Valley. Tujuannya tak lain tak bukan, Maternity and Children Expo 2013. Pukul 10 pagi dah sampai Mid Valley sebab kalau lambat, memang susah nak dapat parking. Syukur alhamdulillah dapat parking betul-betul dekat ngan MIVEC. Takdelah jauh sangat orang rumah nak berjalan kan. 


Memang ramai betul umat manusia yang datang ngan anak-anak kecil masing-masing. Bagi aku boleh tahan la ekspo ni. Banyak gerai yang dibuka & banyak gak la tawaran istimewa. Memang banyak juga la barang baby kitorang borong hari tu. Maklumlah bakal menyambut kelahiran anak sulung. Tapi disebabkan dah tak cukup tangan, kitorang balik awal la lepas dah settle semua urusan. Habis la dalam RM600 hari tu. Ada lagi barang tak beli tapi tinggal sikit je lagi. Tunggu gaji bulan ni la. Hehehe...


Antara habuan kitorang hari tu adalah macam dalam gambar kat atas ni. Kitorang beli diapers MamyPoko, blanket, manual breast pump MAM, bengkung, diaper liner dan macam-macam lagi. Memang berbaloi bergerak awal gi Mid Valley. Hujung tahun ni dalam bulan November ada lagi kalau tak silap aku ekspo ni kat MIVEC. Jumpa lagi di sana ye.

26 comments:

Cik Nur™ said...

waaaa...mesti rambang matakan...
byknya habis..

tak sabar nak ank arelan.. :)

LYAfrina said...

klo dkt dgn lya..confirm join sekaki.

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

mahal2 kan barang2 baby

Deqla Manjew said...

wahh dah buat persediaan..bagus la...

Knor said...

bestnya shopping baju baby..

Denaihati said...

shoping untuk anak sulung memang lebih sikit, semuanya mesti baru. memang dah kena masanya expo ni...orang rumah mesti rambang mata

Si Matatajam said...

Memang untung Kalau kita beli time ekspo camni...mesti byk promosi...

dya bunga said...

wah..bgus buat persedian awl2 mcm ni..hihi

profmie said...

pehh..bk jg abez duit.sesuai sgt ekspo ni utk org yg bakal menymbut kelahirn bayi..hehe

Chic Na said...

bestnya shopping barang baby. mesti rasa nak beli semua kan sbb comel2. hihi..

Mrs Velentine said...

kalau dekat kan best

Ezad Skytech said...

biasa la tu..kalau pergi tempat mcm ni...mmg ada je yg nak dibeli...heee~

are_lin@yu said...

wahh shopping utk si kecil ya

N.Aima K said...

bestnyeeeee!! hu hu hu jeles sbb xde kat sini

Belog PenaMaya said...

waaa shopping sakan ni.. bln bape due?

Solehah Shamsuddin said...

Ye barang baby mmg mahal. Arelan kena bajet jugak tau sbb slps ni makin banyak yg kena beli slps baby keluar. segala perancangan kena teliti dan jimat, jangan smpai mmbazir ye. wah, mcm xlme lg dh je wife arelan nk bersalin. agak2 nya ble dy nk bersalin?

lelamaisara said...

shoping sakan ni...dah sibuk buat persediaan ye..:)

Oneblogsocial said...

Dalam shopping pastinya ada keseronokan tersendiri dalam hati kita.

dhiera said...

minggu ni dekat stadium. xpegi ke? next week, collegue ckp ada dekat SACC.

dhiera said...

minggu ni dekat stadium. xpegi ke? next week, collegue ckp ada dekat SACC.

9n0L4 said...

wahhhh. byk tu shopping. ni belum kuar lagi ni. kalau baby dh kuar, lagi byk brg kot. :)

Mas Zull said...

assalamualaikum arelan...wah seronoknya bersoping barangan baby la...:)

~aYu~ said...

preggy anak first dan second excited je nak pegi expo2 ni.. biler preggy ketiga ni malas pulak nak terjah. ramai org pastu nak handle anak2 lagi.. huhu..

Che Rosliza Che Mat said...

udah lama tak pergi sana...

QasehnyaRania said...

bestkan.
ciksu teringin nak ke sana.tp belom rezeki.
doakan ciksu ye :)

cenderamata dari hati said...

layari http://cenderamatadarihati.blogspot.com

hamper barangan bayi pada harga berpatutan untuk diri sendiri & dihadiahkan kpd kenalan

maaf tumpang iklan

(alat senaman untuk kempiskan perut/ kurus pun ada..kembali kurus slps besalin nti)