Tuesday, June 18, 2013

KuNiNG???

Keesokan hari selepas kelahiran Azzalea, isteriku dah leh keluar wad tanpa sebarang masalah. Pengalaman bersalin di hospital swasta memang lain rasanya berbanding dengan hospital kerajaan. Aku lebih suka hospital swasta walaupun kosnya lebih tinggi tapi setimpal lah bagi aku dengan perkhidmatan yang diberikan. Masa masuk KBMC, bawak 3 beg je tapi bila keluar tambah lagi ngan macam-macam beg dari pihak hospital. 

*Banyak betul barang free*

Masa appointment pertama ngan Doktor Lily pun dah dapat satu beg ngan dua tin susu (Snow). Kali ni lepas bersalin lagi banyak. Dapat Happy Baby Bag dari BaiBoo, 2 tin susu tepung Friso Gold, sampel lampin dari PetPetBabyloveMamyPoko, baucer Tupperware, dan banyak lagi la. Memang penuh la bonet kereta. Kos keseluruhan bersalin kat KBMC mencecah RM2300 la gak tapi syukur alhamdulillah selaku staff Honda Malaysia, kos bersalin ditanggung oleh company bagi bersalin normal sehingga RM2000. Kiranya aku bayar RM300 jela. Dahla bonus pon masuk pada hari lahirnya Azzalea. Memang murah rezeki.

Tapi sehari lepas tu, jururawat klinik kesihatan datang melawat dan gitau yang Lea kena kuning tapi tak teruk sangat. Cuma dia kata kalau makin teruk memang kena masuk wad la. Nurse cakap kena banyakkan bagi minum susu. Dia tak galakkan jemur atau bagi kena cahaya matahari cam orang tua selalu cakap. 

*Asyik tidur je sampaikan papa dia tumpang sekaki*

Masa awal-awal tu, Lea memang susah nak minum susu. Dahla tidur je keje dia. Memang sikit jela menyusu sampai kitorang terpaksa kejutkan dia selang sejam untuk minum susu. Hari kedua nurse datang pon masih teruk tapi makin kurang. Sedara mara nasihatkan bagi minum perahan anggur hitam.

*Paksa Lea menyusu*

Memang melilau la mencari anggur hitam sampai ke Kota Bharu. Tapi nasib baik la jumpa gak. Lepas bagi minum air perahan anggur hitam tu dalam 2 hari lepas tu dah elok. Ditambah lak ngan selang sejam kitorang bagi Lea susu. Semalam isteri aku gitau yang nurse cakap Lea dah baik dari kuning sepenuhnya. Makin kuat menyusu & makin susah nak tidur. Sabar jela yang oi layan kerenah Lea tu.

14 comments:

Chic Na said...

gegirl rupanya.. comelnya Azzalea. ;)

Cik Nur™ said...

haaa..anngur hitam tu elok bagi..mmg untuk kurangkan kuning baby.. :)

Solehah Shamsuddin said...

sbnrnye penyakit kuning ni dari hati kan.dlu masa baby,mak solehah gtau yg solehah xkna demam kuning.solehah pelik sbb adik2 yg len da demam kuning.

Nur Fauzi Bassar said...

nasib baik kuning sikit..kalau hijau jadi hulk pulak hoho.

Denaihati said...

baby demam kuning dah jadi biasa sekarang, awal lahir lebih kerap cek darah untuk pantau level.

Deq's Qienz said...

aha kan kalo bsalin private mmg diorg kasi..kite je nmpk macam free, tapi kan dlm bil dah macam² dah diorg charge..huhuu.. apalah sgt takat barang² y diorg kasi nk dibandingkan gan harga y kite dah bayo..hehee sy pon bslin private masa qhayra dulu..hehee insha Allah lea nt boleh kwn gan bb qhayra..hehee

Deqla Manjew said...

demam kuning mmg biasa jadi kat baby baru lahir.. moga cpt baik ye azzalea.. comelnye azzalea... =)

Knor said...

kalau kuning bg susu kambing setitik...lap2 kat bibir dia...kalau bg susu ibu cpt je baik..


Rapunzeel Cikilolo said...

alhamdulillah dah sembuh

:)

fyna said...

comel je azzalea. semog cepat sembuh ya.

iAmCekbolat said...

tahniah abg ! waa baby gegel ;D

are_lin@yu said...

alhamdulillah..kning sllu jd kat bby kan..slmt berjga mlm.hihi

Clive Einstein said...

alo alo brader.apa khabar?
lama xdgr berita.
harap harap sihat selalu! :D

Myra Jay said...

Memang spital swasta servis tiptop padanlah dengan pelaburan yg dibuat kan..

Tp mana2 pun sama asalkan selamat itu yg penting :D