Banner

Friday, December 19, 2008

ToYoTa CuP

Tanggal malam 18 Disember, aku, Beko, Sheera & Jimin senpai telah ke Stadium Nissan untuk menyaksikan perlawanan penetuan tempat ke-5( Al-Ahly vs Adelaide United) & separuh akhir 2( Manchester United vs Ganba Osaka). Demi match ini, aku ponteng keje sampah ku yg menyebabkankan pendapatanku kurang 1 man yen= RM390. Aku, Beko dan Sheera bertolak terus dr Tokai smntara Jimin lak dr Takudai la. Perjalanan dari Tokai memakan masa lebih kurang sejam gk la. Setibanya di stesen Kozukue yg berdekatan stadium, kami smpt la beli souvenirs. Macam2 ada jual. Nasib baek la poket tak berapa nk berisi. Kalau tak, habis sme aku borong.

*Yang jauh kasi dekat,yang dekat kasi rapat,yang rapat kasi?????*

Tapi suasana sekitar stesen Kozukue tak menunjukkan cam wujudnya stadium kat kawasan tu. Stadium yg menjadi saksi pertemuan final World Cup 2002 antara Brazil & Jerman. Konbini pun takde. Memang kampung betul la kawasan tu. Setibanya di stadium, air botol lak takleh bawak msk. Terpaksalah menjenayahkan diri, sorok la air dalam jaket. Perlawanan penentuan tmpt ke-5 bermula pada jam 4.30 petang. Tapi macth ni memang agak bosan. Hampir tertido aku dibuatnya. Perlawanan berpihak kepada Adelaide United ngan kemenangan 1-0. Pak Arab yg hadir menyokong Al-Ahly kempunan. Datang siap ngan topeng bntuk kepala Sphynx. Sebab bosan sangat, ktorg makan la nasi lemak buatan tangan Cik Sheera. Sedap. Takde lgi dlm sejarah dunia rasanya nasi lemak dimakan di Stadium. Hohohoh

Perlawanan seterusnya yg dinanti-nantikan antra Juara Eropah, Manchester United menentang Juara Asia, Ganba Osaka bermula pada jam 7.30 malam. Pemain diperkenalkan sorg demi sorg. Seperti dijangka bila tiba turn Ronaldo je,sme penonton yg membanjiri stadium bersorak bagai nak runtuh stadium. Tapi time warming up tu pn cam dh nmpk sgt la beza style warming up antra Europe & Asia. MU smpt men ayam lagi sdgkn yg Ganba lak amek bola,men sorg2. MU nye star player cam Ronaldo & Rooney pon men sorg2.

*Para penyokong Ganba Osaka yang ghairah*

Kick-off dimulakan tepat jam 7:30 malam. Di awal permainan mmg nmpk cam power je Ganba. Asyik MU je kna serang. Tapi awal2 jela semangat tinggi. Lama2, player Ganba cam dh lembik je. Tak larat nak lari, MU pn serang kaw2 n menghasilkan 2 gol di babak pertama melalui Vidic & Ronaldo. Dua2 gol tanduk hasil corner kick Ryan Giggs. Kalu dapat corner je memanjang,mmg byk la MU skor sbb klu dh nme pn Asia, knfem2 la kalah perebutan bola di udara.

*Dah injured sorang player Ganba Osaka*

Babak kedua lagi panas. Rooney masuk cam bawak sial buat MU apabila Ganba berjaya membolosi gawang Van de Saar. Tp jap je pastu Rooney skor. Tak sempat ktorg pecah perut gelakkan MU kna skor ngan Ganba. 1st touch lak tu. Pastu lagi byk gola dihasilkan. Keputusan akhir, MU 5-Ganba Osaka 3. Aku respek ngan supporter Ganba. Dari awal smpi habis dok nyanyi n bertepuk bg sapot utk team diorg. Tapi mmg aku puas hati tgk match ni. Dapat rse suasana sebenar kt stadium. Bukan calang2 team lak tu yg maen. Habis gak la duit aku beli souvenir. Hahaha....*Glory Glory Man United!!!!*

*Beko=Ronaldo, Jimin=Rooney, Aku=????*

5 comments:

Edi Azali Hadzri said...

best ni.. rugi plak tak pergi..

aReLaN said...

edi-->ko layan bola ke???hmmm....

fareast said...

Hidup Arsenal. haha.

aReLaN said...

arsenal smakin ke blkg.MU tmbh piala.huhuhu

9n0L4 said...

yg rapat kasi serasi la. :)