Friday, March 20, 2009

CuTi-CuTi MaLaYsia ePiSoD 1

Sori sgt2 kerana ketidak'update'an yg agak lama. Rumah baruku di Teluk Intan masih tak pasang tenet. Nak letak gambar pn aku tak bwk kamera di kala berjalan2 ni. Kena tunggu gambar dari cameraman2 bertauliah yg ikut skali la.

Lepas solat Jumaat 20 Februari, Kerel datang amek aku kat TBP menuju ke rumah baru Kak Shirin. Nasib baek la still ingat jalan nak gi. Setibanya kami di situ, Ieyna, Oiyour, Apiz & Mangat dah start melantak. Dengan kehadiran beberapa kerat ini tapi hidangan cukup mewah. Piza dah macam sorang satu kotak, ayam KFC, hotdog Ieyna (masak ke tak kitorang bedal je), mashed potato, coleslaw, kek etc. Pas habis makan, kitorang ronda satu rumah. Siap ada studio tau kat rumah baru Kak Shirin kita ni. Ada drum set & gitar. FYI, Kak Shirin hantar anak2 dia ke kelas muzik. Sorang drummer, sorang gitarist & sorang pianist. Yang bongsu tu bakal jadi penyanyi kot utk band ANAK2 KAK SHIRIN.

Dah habis ronda, gi maen Monopoly lak. Di sini, selaen bakat dalam bidang muzik, anak2 Kak Shirin pon leh jadi ahli korporat nampaknya. Tapi takleh lawan la kami yg dah besar pjg ni. Hohoho.....Anak2 Kak Shirin siap berhutang lagi & Oiyour menang diikuti Mangat di tempat ke-2. Lepas selesai solat & bergambar kenangan, kami sume pulang la. Apiz, Mangat & Oiyour ada hal makan2 lagi ngan member2 Apiz. Aku lak balik TBP la ngan lebihan pizza dari rumah Kak Shirin. Nasib baek kouhai ramai, leh gak tolong habiskan. Nak harapkan aku habiskan sorg2 mmg tak larat la. Hohoho.....

4 comments:

shAhIdA mIdi said...

ye ke x larat abeskan piza tu?hihi =p

aReLaN said...

aih,cepat betul komen.aku pon ada limit makan la.mne nak larat makan smpai 3 kotak. pecah la perut aku.hahaha

shAhIdA mIdi said...

lol
x ingat lak piza kt mesia x sme ngan piza nihon...

aReLaN said...

kalu piza kt saizer tu,bg la 10 pon ak hbiskan.hahaha