Wednesday, March 25, 2009

CuTi-CuTi MaLaYsia ePiSoD 3

Episod 3 percutian aku menuju ke selatan tanah air, Johor. Selasa, tanggal 3 Mac 2009, aku menaiki bas ke KL & dr Pudu ke JB. Nasib baek ada tiket. Tiba di JB lbih kurang pkl 5 ptg lbh & disambut oleh Encik Mangat & ibunya. Ketibaan ke Terminal Bas Larkin buat kali kedua dalam hidupku selepas kali pertama tiba 5 tahun lepas utk sesi temuduga Siswa Kadet ATMA di MSS Majidee JB. Aku diamit nolstagia silam. Encik Oiyour tiba beberapa jam selepas itu & kitorg terus gi shopping barang utk maen futsal malam tu bersama adik Mangat & rakan2. Habis la dalam RM300 lbih hanya utk satu malam. Tapi agak tensen la maen ngan budak2 yg dh ada team betul2 ni.

Keesokan harinya kitorg gi bank ayah Mangat utk urusan kad debit bebudak ni & terus ke Singapore di petang harinya. Cuaca agak panas. Hajat di hati nk bergambar depan Merlion tp malangnya singa itu berbungkus. Dengar kata rosak kna panah petir. Daimp betul la. Masa2 nilah nak rosak. Cuba la rosak lepas kitorang dh datang & puas bergambar. Nasib baek anak Merlion ada kemetot je belakang bapak dia. Kira acila tu.

Hari khamis lak gi tengok citer Marley & Me. Kitorang terpaksa fotostat student card universiti Jepun kitorg lg sbb nk dpt tiket murah. Habis wayang, Oiyour balik Kota Tinggi & aku lak menuju ke Batu Pahat, lawat Teacher Asliaty aku yg dh lama aku tak jenguk. Setelah 2 tahun lebih tak jmpe, ternyata Teacher As bertambah sihat & chubby tp still comey cam dulu gak. Tak sempat nk borak byk mlm tu sbb dia kna amek anak dia blk tuisyen. Keesokan harinya, dia jemput aku check out dr Rest House Batu Pahat & then kuar lunch with his husbang, Cikgu Pawi a.k.a. cikgu fizik aku dlu & Dina, anak bongsu mereka. Sempat gak pekena nasi beriyani Batu Pahat. Best....Tapi pukul 1 aku dh kna naek bas menuju KL.

Tak sempat nk bergambar kenangan & citer pjg lebar. Besenya kalu aku lawat Teacher As, dari pagi smpai petang kitorg bersembang je tak henti2. Laen kali la plak aku lawat. See you next time Teacher As.

4 comments:

kyo_9 said...

pergh.. jalan sakan korang.. student card pon kene fotostat ka? tunjuk jer x lepas ek?

aReLaN said...

saido->a'a.mse ktorg gi tu tak lps.kna fotostat n sign lg.hahaha

Mr P said...

waa best gle..sakan ko brjalan..den tagged ko

aReLaN said...

atep->sori2.ak tak dpt nk wat tag dlm mse terdekat ni.busy.hohoho