Banner

Wednesday, November 11, 2009

東海大学建学際2009 ViVa

建学際 kali ini bertemakan Viva. Aku pn xtau kenapa. Jepun ni maen letak je rse aku. 建学際= Campus Fest bermakna kami warga Tokai dapat cuti selama seminggu kerana spnjg smgg ni berlgsg berbagai aktiviti kt uni. Ada Miss Tokai, drama, gerai, konsert, pertunjukan bunga api dll.

Tapi aku sempat pegi utk konsert & 花火 (bunga api) je. Hari len gi baito, Tokyo Motorshow, lepak kt rumah. Memang meriah giler la. Gerai makanan berderet2. Shonan campus ni bukan kecik. Tak larat aku nak lawat sume gerai. Ada la sket2 leh makan. Aku juz smpat jamah tamasen (玉子+せんべい), じゃがバター. Tu pn sebab member kelas basketball aku promo setelah aku terangkan serba sedikit ttg makanan Islam.

Konsert start pkol 5.30. Kalu tahun lepas, SEAMO datang. Kali ni penyanyi lagu Dragonball & Pokemon lak datang. Memang hot la sbb Jepun sume tau lagu tu. Maklumlah Dragonball & Pokemon antara produk Jepun yg cukup dikenali dunia.

Bajet nak tgk bunga api dr atap 1号館 tapi kena halau lak. Dahla ni 1st time aku naek atas tu walupon dh hmpir 2 thun kt Tokai. Nek ats tu sejak pkol 6 lg. Ingtkn bunga api start pkol 7 rupa-rupanya 7.50. Memang beku la kt atas tu. Last2 tengok kt atas jalan je. Habis 花火 menandakan tamatnya 建学際 tahun ni. Dua tahun aku kt Tokai ni, walupon paling ramai Melayu JAD, tpi tak pernah bukak gerai makanan Malaysia. Hmmm.....

No comments: