Banner

Wednesday, March 25, 2009

CuTi-CuTi MaLaYsia ePiSoD 3

Episod 3 percutian aku menuju ke selatan tanah air, Johor. Selasa, tanggal 3 Mac 2009, aku menaiki bas ke KL & dr Pudu ke JB. Nasib baek ada tiket. Tiba di JB lbih kurang pkl 5 ptg lbh & disambut oleh Encik Mangat & ibunya. Ketibaan ke Terminal Bas Larkin buat kali kedua dalam hidupku selepas kali pertama tiba 5 tahun lepas utk sesi temuduga Siswa Kadet ATMA di MSS Majidee JB. Aku diamit nolstagia silam. Encik Oiyour tiba beberapa jam selepas itu & kitorg terus gi shopping barang utk maen futsal malam tu bersama adik Mangat & rakan2. Habis la dalam RM300 lbih hanya utk satu malam. Tapi agak tensen la maen ngan budak2 yg dh ada team betul2 ni.

Keesokan harinya kitorg gi bank ayah Mangat utk urusan kad debit bebudak ni & terus ke Singapore di petang harinya. Cuaca agak panas. Hajat di hati nk bergambar depan Merlion tp malangnya singa itu berbungkus. Dengar kata rosak kna panah petir. Daimp betul la. Masa2 nilah nak rosak. Cuba la rosak lepas kitorang dh datang & puas bergambar. Nasib baek anak Merlion ada kemetot je belakang bapak dia. Kira acila tu.

Hari khamis lak gi tengok citer Marley & Me. Kitorang terpaksa fotostat student card universiti Jepun kitorg lg sbb nk dpt tiket murah. Habis wayang, Oiyour balik Kota Tinggi & aku lak menuju ke Batu Pahat, lawat Teacher Asliaty aku yg dh lama aku tak jenguk. Setelah 2 tahun lebih tak jmpe, ternyata Teacher As bertambah sihat & chubby tp still comey cam dulu gak. Tak sempat nk borak byk mlm tu sbb dia kna amek anak dia blk tuisyen. Keesokan harinya, dia jemput aku check out dr Rest House Batu Pahat & then kuar lunch with his husbang, Cikgu Pawi a.k.a. cikgu fizik aku dlu & Dina, anak bongsu mereka. Sempat gak pekena nasi beriyani Batu Pahat. Best....Tapi pukul 1 aku dh kna naek bas menuju KL.

Tak sempat nk bergambar kenangan & citer pjg lebar. Besenya kalu aku lawat Teacher As, dari pagi smpai petang kitorg bersembang je tak henti2. Laen kali la plak aku lawat. See you next time Teacher As.

Friday, March 20, 2009

CuTi-CuTi MaLaYsia ePiSoD 2

Hari Sabtu, 21 Februari 2009 barulah aku pulang ke rumah baruku di Teluk Intan. Agak besar la gak dengan 4 bilik tidur & setiap satu bilik tu ada 1 bilik air. Selama ni rumah aku ada banyak pokok & ayam sbb kawasan kampung. Kadang2 rasa cam dok kebun lak sbb ada pokok pisang, tebu, nangka, ubi, pandan, roselle, pokok bunga etc. Ayam pulak bukan men banyak lagi. Tapi bila pindah rumah baru, teres 2 tingkat ni, ada pokok orkid & kucing lak. Sebelum ni kitorang tak bela kucing sbb ramai yang alahan kat kucing. Family aku ada sejarah lelah tp dh besar2 & keaktifan dalam sukan menyebabkan lelah tu hilang. Sebab tu tak sume leh tahan ngan kehadiran kucing.

Aku dok rumah seminggu je. Renew lesen, gi tengok Sukan Tahunan sekolah mak aku ngajar, makan tdo je. Nak kuar jalan2 tak kenal tempat. Member lak takde. Tenet pon tak pasang lagi. Memang aku menternak lemak habis-habisan kat rumah. Mak aku kalu tiap kali aku balik, memang masak kaw2 la.

Tapi ada satu benda sedih berlaku kat aku. Hard disk aku terhempas menyebabkan sume data berharga dalamnya takleh dibaca. Paling aku sayang, gambar2 sepanjang JAD's Life milik aku yang aku kumpul dari member2 JAD laen & sensei. Mana la aku nak cari balik sume gambar tu. Kalu kat JAD dulu senang la nak mintak sbb dekat je. Bila dah dok Jepun ni, takkan la aku nak gi rumah sorang2 mintak koleksi gambar JAD yg masing2 ada. WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA...............

CuTi-CuTi MaLaYsia ePiSoD 1

Sori sgt2 kerana ketidak'update'an yg agak lama. Rumah baruku di Teluk Intan masih tak pasang tenet. Nak letak gambar pn aku tak bwk kamera di kala berjalan2 ni. Kena tunggu gambar dari cameraman2 bertauliah yg ikut skali la.

Lepas solat Jumaat 20 Februari, Kerel datang amek aku kat TBP menuju ke rumah baru Kak Shirin. Nasib baek la still ingat jalan nak gi. Setibanya kami di situ, Ieyna, Oiyour, Apiz & Mangat dah start melantak. Dengan kehadiran beberapa kerat ini tapi hidangan cukup mewah. Piza dah macam sorang satu kotak, ayam KFC, hotdog Ieyna (masak ke tak kitorang bedal je), mashed potato, coleslaw, kek etc. Pas habis makan, kitorang ronda satu rumah. Siap ada studio tau kat rumah baru Kak Shirin kita ni. Ada drum set & gitar. FYI, Kak Shirin hantar anak2 dia ke kelas muzik. Sorang drummer, sorang gitarist & sorang pianist. Yang bongsu tu bakal jadi penyanyi kot utk band ANAK2 KAK SHIRIN.

Dah habis ronda, gi maen Monopoly lak. Di sini, selaen bakat dalam bidang muzik, anak2 Kak Shirin pon leh jadi ahli korporat nampaknya. Tapi takleh lawan la kami yg dah besar pjg ni. Hohoho.....Anak2 Kak Shirin siap berhutang lagi & Oiyour menang diikuti Mangat di tempat ke-2. Lepas selesai solat & bergambar kenangan, kami sume pulang la. Apiz, Mangat & Oiyour ada hal makan2 lagi ngan member2 Apiz. Aku lak balik TBP la ngan lebihan pizza dari rumah Kak Shirin. Nasib baek kouhai ramai, leh gak tolong habiskan. Nak harapkan aku habiskan sorg2 mmg tak larat la. Hohoho.....