Tuesday, July 13, 2010

Oh DuRiaN!!!

Dah 3 tahun kot aku tak menjamah durian, buah feveretku. Minggu lepas dah berangan-angan nak merasa durian free tapi melepas gak. Kali ni aku tekad. Aku serbu pasar malam Taman Semarak. Tak kisah lah hujan turun pon. Janji aku tak kempunan lagi.

Habis beli nasi, terus g beli durian. 3 biji aku amek, 5 kg sme skali. Kena RM40. Tak kisah la duit melayang pon janji nafsu serakah durian aku terbalas. Sampai rumah terus bantai nasi kerabu & durian 2 biji. Nak pecah perut aku rasa. Hajat ke gym terpaksa dibatalkan. Kalau gi jgk, memang ade la menjamu selera org kt gym tu dengan muntah durian aku nanti.

Syukur alhamdulillah dah tak kempunan durian. Oh durian, walaupun luaranmu tidak begitu menarik utk diratah, tapi isi mu cukup nikmat. Panas aku dibuatmu. I'm hot. Hahahaha....Tapi memang sadis makan durian sorang-sorang ni. Apalah nasib..........

No comments: