Wednesday, October 13, 2010

10-10-10

Tarikh yang lawa dan menarik. Jatuh lak hari Ahad. Maka banyak la kenduri kahwin mengambil tempat. Aku follow jela gi kenduri kahwin adik rakan sekerja Piji. Pekena kambing. Memang syok. Balik rumah terus terlentang. Pastu g masuk UKM jap sebab budak-budak ni nak cari swimming pool sebab lama sangat diorang tak exercise katanya. Badan pon dah sengal-sengal. Pastu gilah cuci kereta.

Malam nya lak menuju ke Bandar Baru Ampang, open house rumah Kak Nor. Nasib baek la tak sesat sebab ada navi. Dengan jalan sesak bukan maen lagi. Dahla baru first time datang. Tapi best la dapat gak jumpa Kak Nor & budak JAD yg len walaupun sket je bilangan yang hadir. Berita baek ialah maybe akan diadakan percutian JAD 6 ke Pangkor dalam bulan 12 nanti.

*Ni jela yang hadir at last dari JAD 6*

Lama betul tak merasa benda free macam zaman dok JAD dulu. Nampak sangat muka budak subsidi. Hahaha...Insya-ALLAH, moga sume yang dirancang itu berjalan ngan baek.

No comments: