Banner

Wednesday, October 13, 2010

DuGaaN....

Hari Isnin, masuk je kerja aku dah rasa tak sedap badan. Abdomen kanan sakit bukan kepalang. Gi klinik, tapi doktor cakap sakit biasa je. Sebab tak tahan sangat aku amek half-day. Rehat kat rumah jelah kononnya. Tapi langsung takleh rehat. Baring jap rasa sakit tu datang. Berpeluh-peluh aku dibuatnya. Pastu muntah-muntah. Tak tahan ngan seksa sakit yang menimpa, aku gitau la kakak-kakak aku datang amek aku bawak gi hospital.

Lama gak la nak tunggu doktor. Busy sangat kot. Time check, doktor cakap aku saspek ada batu karang. Terkejut aku. Dia kata kena tahan kat wad sebab nak check betul-betul. Bulu tangan aku kena cukur, 3 kali dia cucuk urat kat tangan aku tapi darah tak nak gak kuar. Padahal urat aku bukan men besar lagi. Kali ke-4 setel. Masuk air lak kat situ. Aku dibawa masuk ke wad aku. Sorang-sorang je dalam tu. 1st time masuk wad. Nurse datang amek order makanan aku utk esoknya. Pastu baring la aku sengsorang.

*Kenangan dok wad*

Esoknya la kena X-ray & CT scan. Kesian nurse kena tolak aku ngan kerusi roda. Dahla besar gedabak. Padahal aku leh je jalan. Tapi dok kat wad aku bukan cam orang sakit. Selera je makan. Dahla datang hospital sehelai sepinggang je. Nasib baek bilik aku ada personal bath room. Takdela busuk sangat aku. Doktor cakap memang sah ada batu karang tapi saiz 0.4 mm je. Kiranya leh kuar ngan minum air banyak-banyak, makan ubat. Takpon tembak ngan laser.

Lepas 2 hari kat hospital aku kuar. Minggu depan buat follow up. So, sampai Selasa depan aku MC. Free je aku dok hospital sebab sume Prudential tanggung beres. Alhamdulillah....

5 comments:

shineeshimizu said...

ooooo odaijini....leh gtau cket tips2 mengelakkan batu karang nie..chuak lak dengar..

kyo_9 said...

mantap Prudential..
ko join ngan Arbain sensei ke?

aReLaN said...

zahir->yg ak tau batu karang jd sbb tahan kncing.tp sbb keturunan pn leh gk.ak xprnh pn rsenya thn kncing.hmmm

saido->ak msuk bwh snpai ak mse awal2 msuk keje ichikoh.time snsei promo ak dh msuk dlm sbln lbih kot.

aienrozaini said...

ko hosp mane?

aReLaN said...

ain->nci hospital.kt nilai ni je.