Banner

Sunday, April 17, 2011

KioK JuGaK akHiRNya....

Bergerak menuju ke SIC selepas solat Asar & mentekedarah kat Rasamas lebih kurang pukul 5.10 ptg. Sampai SIC, tengok leh tahan gak la ramai orang dah start hadir especially yg daftar secara berkumpulan ngan company masing-masing. Aku jugak datang sorg takde geng. Untuk acara 21 km akan berlepas pada jam 8.00 malam. So, amek peluang berjalan-jalan tapak karnival la. Punya la panjang line beratur utk baggage handling. 

*Di sini bermula dan juga penamatnya*

*Beratur nak simpan beg pon dah lama gler*

Sebelum berlepas tu aku habiskan PowerBar & satu botol 100Plus dulu. Sebelum start ade la persembahan cheerleading tapi aku dah masuk tengah-tengah kelompok. Memang tak nampak apa la.


Kat starting line pon dah sangkut lama sebab ramai sangat participants. Event ni dikatakan merupakan rekod larian malam terbesar kat Malaysia ngan jumlah 10000 peserta. Ada 4 water stations tapi yg dua pertama tu tak sempat pon aku nak amek air. Ramai sangat beratur. Dahla trek nek bukit banyak. Memang terseksa. 

*Terpaksa gak amek gambar gini sbb tkde geng. Letih tapi berbaloi*

Habis je 21km rasa nak jerit je sepuas ati. Tapi memang seksa lari jarak jauh ni bagi aku yg seberat 73 kg ni. Dekat-dekat nak habis tu, peha, lutut, pinggang, bahu n hampir satu badan la sakit. Sampai dah takleh lari. Lepas je finishing line, amek goodies bag, medal, t-shirt & duduk jap. Dapatkan spray free pastu balik. Pekena nasi goreng ayam & carrot susu. Tupon rasa tak cukup lagi. Beli lagi air kat 7-Eleven.

*A proof that I am still fit*

Papepon, aku bersyukur la dapat habiskan 21km tu. Half-marathon pon dah kiok rasanya. Full marathon?? Tunggu la dulu aku pikir masak-masak.....Sampai sekarang tak hilang lagi lenguh & sakit satu badan.

4 comments:

Has said...

偉い!:)

aReLaN said...

sou dayo.hashitta toki zutto omotteta, ato nan kiro, itsu made kono kurushisha ga oawarunokanaa...tte.hahaha

kyo_9 said...

pergh.. first time tau ada marathon yg lari time malam?! so bape jam ko habiskan?

aReLaN said...

saido->ak hbiskan 2 jam.limit time nk dpt medal 3 jam tp spe cepat dia dpt la.hahaha