Monday, May 16, 2011

SeLaMaT HaRi GuRu!!!!!!


Tarikh 16 Mei, cukup best buat para guru kat sekolah dulu sebab banyak dapat adiah dari para student. Aku pon dulu tak ketinggalan jugak la bagi hadiah kat cikgu-cikgu aku. Tapi hadiah paling bernilai buat para guru tetap merupakan diri kita, produk yang mereka curahkan segala ilmu dan bakti, kasih sayang serta berbagai pengorbanan.

Mak aku pon cikgu. Aku tau camne susah jadi cikgu ngan kerenah anak murid yang macam-macam ada ni. Tapi nampak sangat student zaman skang makin manja. Kena cubit sket pon leh jadi kes besar. Camne la anak-anak zaman skang nak ada disiplin. 

Pape pon, kepada sume guru, cikgu, ustaz, ustazah, pensyarah, sensei, teacher dan apa jua panggilan sekalipon yang pernah mendidik aku di Tadika Kemas Simpang Renggam, SK Simpang Renggam (Kluang, Johor), SK Tengku Mahmud, SMK Tengku Mahmud (Besut, Terengganu), MRSM Kuala Berang (Hulu Terengganu), JAD ( Unisel Shah Alam), Tokai University (Kanagawa, Jepun), terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan atas sume yg cikgu-cikgu berikan.

Di samping itu juga, saya ingin memohon maaf atas segala dosa saya sepanjang saya bergelar student cikgu sume. Maklumla, saya ni zaman student dulu boleh tahan gak la lembap & degil tak reti bahasa nya. Jasamu tak dapat kubalas, hanya ALLAH je yang mampu membalas sume pengorbanan cikgu-cikgu dalam membentuk insan seperti kami ini. Moga kami tak menghampkan cikgu-cikgu sume. Rindu betul sambutan Hari Guru masa zaman skolah dulu.....

No comments: