Monday, June 6, 2011

2 DaLaM 1....

Hari Sabtu dok Nilai je. Just kuar rumah untuk makan tengah hari kat Restoran Atap-Atap area Giant Nilai & maen basketball di sebelah petang. Boleh tahan la sedap & berbaloi makan kat Atap-Atap tu compare ngan SAS Ayam Kampung yang ditest malam sebelum tu. Lauk banyak untuk RM11 kat kedai gitu.


Hari Ahad, seawal jam 8 pagi dah gerak gi Stesen Komuter Batang Benar sebabnya wayang 1st kitorang start pukul 11.10 pagi. Kat Times Square lak tu. Tu yang pagi-pagi lagi dah gerak. Komuter Malaysia ni bukan leh agak. Sampai kat Times Square tak bukak pn lagi pintu except for staffs. Citer 1st ialah Pirates of the Caribbean : On Stranger Tides. Boleh tahan la jalan citer walaupon time tu masing-masing tengah sedap layan ngantuk. Mermaid dah cun dah tapi bila dia start nak mengawan & kuar taring tu, menggerunkan betul. Tak padan ngan cun.  Tapi kan bila pikir balik, citer ni cam satu dakyah Kristian pon ada, looking from the Spanish actions kat the Fountain of Youth & watak Philip Swift, si missionary. 


Bajet lepas Zohor nak lunch tapi at last, beli hotdog 1901 je sebagai pengalas perut untuk next citer, Kung Fu Panda 2. Menceriakan petang Ahad aku betul la citer ni. Gelak je keje. Memang comel watak Po tu. Jangan ingat orang cam aku tak layan citer-citer gini ok. Lepas habis muvee, solat Asar pastu window shopping jela aku. Tak beli pape pon. Teman orang shopping jela. Lepas solat Maghrib, baru lah meratah nasi lemak ngan telur sambal & rendang ayam kat Food Court KL Sentral.

Bila dah kenyang, mula la perut terasa so'oh bak kata orang Kelantan. Bahasa sebenar dia senak kot. Membuta je dalam tren sampai Nilai. Letih betul rasa. Datang keje hari ni pon tak bermaya je rasa.

4 comments:

kyo_9 said...

dahsyat..
waktu first time kenal ko..
orang kata ko x suka tgk wayang..
skang nih amboooiiiihhhh..
2 in 1 tu beb..
cepat btol manusia berubah..

ahhahahhahahah===

aReLaN said...

bkn xske tp tkleh.mne tak nye tiap kli ak g cinema,msti ade org buat wyg dkt2 ngan aku.cam hampeh je.hahahah

Cik Bee said...

nasi lemak kl sentral! yang lot kdai paling hujung tu ke??? yang tu memang sdap... wow..

aReLaN said...

bihah->yup,btul tu.mmg slalu mkn kt stu ke???