Banner

Sunday, July 10, 2011

BeRsiH 2.0....

Hari ni tanggal 9 Julai 2011, tarikh bermakna dalam sejarah Malaysia. Perhimpunan BERSIH 2.0 tetap dijalankan walaupun berbagai cara digunakan pihak kerajaan untuk menyekatnya melalui kuli-kuli utama nya seperti iklan di RTM, TV3 dan sebagainya, roadblock jalan-jalan utama menuju ibu kota Kuala Lumpur dan sebagainya. BERSIH 2.0 ni bukan kat Malaysia je sebenarnya tapi global. Australia, Taiwan, Korea, Jepun, UK, Mesir etc.

Tapi malang aku tak dapat turut serta sebab ada hal laen. Cukup kagum ngan semangat perjuangan yang ditunjukkan para peserta. Bersatu tanpa mengira bangsa dan agama. Kali ini cukup terserlah kesamsengan PDRM & FRU. Ada peserta patah kaki, cedera, & ada yang meninggal lagi tu. Tengok kat sini dan sini .Bila Al-Jazeera interview sorang menteri ni, nampak sangat la tak bertamadun nye jawapan dia bagi. Rujuk sini. The so-called democracy, Malaysia style.

Orang wat secara aman pon kena sembur air, bahan kimia, gas pemedih mata etc. Siap dapat sepak terajang free tu. yang group Patriot pimpinan KJ pon ade gak tapi jauh amat kecik bilangan nya. Siap kantoi upah Bangla lagi untuk join.

Aku pon tak tau lagi pe nak jadi ngan Malaysia. Katanya negara demokrasi, tapi sume media massa gabemen pegang. Sume berita pe mmg bias. Komen panjang2 yg kuar kt tv ciput je. Pastu sume kasi jilat kaki gabemen. Pastu siap kantoi lagi menipu besar cam kes tapak teksi kt Pasir Puteh pe sme tu. Kata demokrasi, korang buat AUKU kononya mahasiswa takleh terbabit ngan politik tapi korang UMNgOk tiap minggu ada meeting ngan ASPIRASI (parti pro gomen di kampus). Pe cer ni bro.....Udah-udah la tu menipu rakyat. Kitorang bukan buta makan suap TV3 & Berita Harian pe sume ko nye tu.

4 comments:

kyo_9 said...

leeeekkk broo~=~~
haha..

aReLaN said...

aku sedih tak dpt gi do.kat australia,taiwan,korea,even osaka pn ade yg gi.bergema lagu negaraku kt sme tmpt tu.tkde keganasan pn.kt msia ni kna sepak terajang pe sme lg.

Shera Nasir said...

kalau x salah kenapa perlu'takut' kan..hehe

aReLaN said...

diorg rse diorg cukup berani kot nk menjawab kat 'dunia' sne nnt.subhanallah