Monday, August 15, 2011

suMPaH???

Hari ni pon cam beselah. Takde keje mana seperti hari-hari sebelumnya. Dah berapa bulan la bnda ni berlanjutan & smpi bila akan berterusan pon aku tak tau la. So, amek kesempatan kuar jap utk selesaikan banyak perkara. Kuar sejam je padahal. Seumur hidup aku, hari ni kali pertama gi jumpa Pesuruhjaya Sumpah berkenaan ngan tuntutan insurans Legenda aku yang hilang.

Aku ingatkan bila sebut je sumpah ni, kena la junjung al-Quran & angkat sumpah. Masa form 5 pernah kena angkat sumpah dalam surau depan sume orang. Sume student laki-laki kena sebab ada kes. Rupa-rupanya just tunjuk dokumen nak sahkan, dia cop berapa banyak cop ntah, tandatangan, cop jari, bayar RM5, dah setel. Senang je rupanya. Aku dah chuak kot-kot kena junjung Quran lagi. :p

Pastu gi pejabat pos sebelah, beli setem & poskad raya. Masa ada lagi, terus gi kedai moto serahkan dokumen berkaitan & kunci moto Legenda tu. Tandatangan sume yang dia nak, dah siap. Awal gak lagi, gi bank nak tukar duit. Maklumla sejak dah keje ni, tambah lagi keje bagi duit raya kat sepupu sepapat sekalian.  Tapi bagi kat yang kecik & belajar lagi la.  

Sampai kilang, boss bagitau yang kalau kuar sejam atas urusan peribadi, kena ganti ngan OT sejam. Tak tau lak aku sejak bila berkuatkuasa. Takde pape pengumuman pon aku dengar pasal hal ni. Selama ni boleh je kuar ngan limit 2 jam, janji dapat signature manager atau HOD.

2 comments:

Ewani Islam said...

hahahaha..aku igt lg kes form 5 tu..bilik aku la slh satu mngsanya..tapii..sapo ek org tu? smpai skrg pn aku xtau..

*aku angkat sumpah lg sempoi..g tnggal je surat tu kt ofis dia, esk amik..setel..hahaha

aReLaN said...

waniey->xpela xtau pon.bnda dh lme lps kot.biar la si pelaku yg angkat sumpah tu terima balasan dia.