Selepas peristiwa 6 bulan lepas, akhirnya aku terima cek insurans moto Legenda aku yang hilang berjumlah RM4400. Walaupun sedih ngan kehilangan moto tu, tapi nak wat camne bukan rezeki aku. Petang kelmarin lepas balik keje terus gi kedai moto amek cek. Malam nye gi la CIMB nak cash direct masuk akaun tapi disebabkan tak tau nak isi camne, bawak balik je borang dia, study dulu kat internet camne.
Rupanya senang je pakai Fast Cheque Deposit Machine (FDCM) tu. Sebelum ni pernah je aku bank in cek company aku, payment dari Perodua berjumlah 4.4 jugak tapi bukan 4.4K, jumlahnya RM4.4 juta tu. Punya la cuak masa tu takut salah isi borang ke apa. Nasib baek time tu orang jaga kaunter tu leh ajar satu persatu. Caranya :
[1] Tick CIMB bank's branch cheque
[2] Tulis Nama Bank Bank : CIMB
[3] Tulis No Cek : Nombor yang panjang tulis kat bawah tu tapi bukan sume. Atas cek dah gitau siap2 yang mana satu nombor cek
[4] Place: Katne cek itu dikeluarkan? KL
[5] Tulis amount : RM X,XXX Cent XX
[6] Tulis total bersih: RM X,XXX Cent XX
[7] Telephone number (contactable - kita atau penerima bayaran)
[8] Nama penerima bayaran cek tu.
[9] Nombor akaun
Dan jangan lupa gak isi nombor akaun, nama serta nombor telefon kat belakang cek. Pastu letak cek dalam sampul dia bagi tu & ceraikan borang kuning (customer's copy). Pastu masukkan dalam FDCM & amek resit yang kuar, simpan bersama borang kuning tu sebagai rujukan ke apa.
Bila dah tau cmne nak isi, pagi semalam aku isi siap-siap, keluar rumah awal sket dari bese terus gi bank. Tadi cek kat CIMBClicks dah masuk pon. Alhamdulillah. Ada gak duit tabung aku untuk masa depan ni. Kalau la duit leh beranak pinak ngan cepat. Camne nak cari duit lebih ek. Aku jual tin kosong, botol plastik & surat khabar pon baru dapat berapa hinggit. Any idea????Hmmm....
4 comments:
Tak pernah masuk kan fast cek ke sebelum ni? Kat situ takde org ke nak tanya....
pernah je tp jarang sgt.bkn sng2 nk dpt cek.klau dh waktu malam n pagi2 buta sbelum msuk keje, mne la ade org nk ditnye.hehehe
Senang dan cepat guna mesin fast cek tu.
pertama kali guna - ikut arahan yang ada di mesin.
yang ni mmg tkde arahan apa pn tulis dkt mesin.tu yg blik rmh study dlu.huhu
Post a Comment