Sunday, October 2, 2011

CoMe oN La KTM!!!!

Semalam gi layan Abduction kat Midvalley. Boleh tahan la citer dia tapi seyesly macam takde scene yang betul-betul klimaks. Banyak mendatar je. Tapi lagi tensen aku ngan komuter. Sejam aku menunggu kat stesen Midvalley. KTM buat announcement kata lewat sebab guna satu landasan je. First tren sampai takleh naek sebab penuh sangat. Tapi sebenarnya leh je masuk lagi tapi rakyat Malaysia ni memang suka jad pak guard kot, dok kat pintu ramai-ramai.

 *Tren utama budak Tokai Univ & Meiji Univ*

 *Romance Car tapi takde lak sampai orang beromen dalam tu. KTM lagi ramai orang romen rasa aku. Ish3*

Kalau dulu kat Jepun, memang takde la aku sumpah seranah naek tren cam kat Malaysia ni. Tiap kali balik cuti semester, memang hangin je bila naik tren. Banyak sangat kekurangannya. Nak maju camne Malaysia ni kalau sistem pengangkutan awam pon hampeh. Antara perbezaan sistem tren kat Malaysia terutamanya komuter dibandingkan ngan sistem kat Jepun ialah :


1) Komuter gerak 3 gerabak je. Dulu 4 gerabak kalau tak silap aku. Tapi kat Jepun 3 gerabak nye tren leh jumpa kat bandar besar macam Tokyo atau kampung je. Odakyu yang aku selalu nek pon 10 gerabak kot.


2) Tren kat Jepun punya la menepati waktu. Susah giler kot lambat walaupun seminit. Kalau lambat pun sebab ade jepun bengong gi terjun kat landasan bunuh diri. Komuter ni lak memanjang wat aku ternanti-nanti. Sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan. Tulis kat skrin 5:45 tapi sampai 5:45 pon tren tak sampai lagi. Tetiba dah tukar pukul 6:10 tapi bila dah 6:10 pon belum tentu tren sampai.


3) Tren kat Jepun berhenti cukup persis. Kat platform ada tulis mana pintu tren akan berada bila tren berhenti. jadi, takdelah cam kat Malaysia ni dok terkejar-kejar pintu tren yang tak tentu hala. Tren plak bukan sama style. Kejap 1 pintu, kejap 2 pintu. 


*Beratur jangan tak beratur*

4) Kat Jepun orang beratur elok je tunggu tren & bagi peluang orang keluar dulu baru diorang masuk. Sebelum tren sampai pon memang dah ready dalam line. Kat Malaysia ni mak aih, time orang nak keluar tu lah orang yang dok tunggu kat luar nak rempuh masuk. Korang sume ni memang patut join team ragbi kot. Rempuh je tau.


*Map Odakyu Line*


5) Kat Jepun siap ada Express, Semi-Express, Rapid Express & macam-macam lagi, kongsi satu landasan tapi still leh je tepati waktu. 


6) Kat Malaysia ni sume nak jadi pak guard dalam tren, jaga kat muka pintu padahal tengah-tengah kosong je lagi. Kat Jepun pandai je orang isi ruang tengah sebab diorang tau bila diorang nak kuar takde masalah sebab orang bagi laluan diorang nak keluar.


*Ni sistem tren Tokyo & Kantou. Awal-awal memang pening*


7) Sistem komuter memang tak mesra pengguna. Susunan seat, tempat nak berpegang bagi yang berdiri, sume NG. Walaupun kat Jepun terlalu banyak line & company tapi sume tu leh check kat handphone. Tren pukul berapa, dari A ke B nak naek tren apa, tukar tren kat mana sume. Awal-awal jela pening sket. Dah lama bese la.


Tapi nak wat camne, skang ni aku kat Malaysia. Terpaksa la menghadapi sume ni setiap kali nek komuter tu. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, Lu pikirlah sendiri mana lagi best.

14 comments:

Anonymous said...

bro~~
nyesal nampak balik Msia..
member ko kat sana nak balik Malaysia pulak.
haha

aReLaN said...

ano->bkn nyesal tp tensen.ntah ble la nk berubah sme ni.dr start aku nek komuter beberapa thun lps smpi skang,cmtu gk rupa.hmmm

odah said...

ak dulu pon slalu sumpah seranah mlysia pnye train..tapi kite kne trime hakikat bahawasanye mlysia blom ckup maju nak ade sistem control train cam kat jpun plus landasan pon tak bnyak, dan org kat mlysia takde la ramai,tak sepack cam kat jepon ni..maybe kne tggu population kat mlysia tu cecah lagi beberapa puluh milion baru la kite akn dpat kemudahan cam kat cni..ganbatte..hehe

aReLaN said...

odah->maa ne.tp klu mentaliti pn tak btul2 mmg ssh.walau cmne canggih pon sistem tp klu sikap dok takuk lme,mmg merugikan je sistem gtu.hmmm

nurfauzi said...

Kasihan...
Welcome to Malaysia my friend.
This my beloved Malaysia.

aReLaN said...

nurfauzi->inilah hakikat dok msia.hmm..sbr jela.

roha said...

macam tu la mutu public transport kt negara kita ni. bilelah nak improve agaknya.
Terima kasih atas komen di blog saya.
ok arelan, emas public gold tu beza harga jual dan beli kalau dibandingkan dengan kedai emas di luar sana macam poh kong, tomei, wah chan dan lain2 memang besar sampai 25%. kalau nak beli emas public tu boleh cek senarai agen kawasan di website public gold.

hcvvorld of Travels and Photography said...

tau takpe...apa nak buat? aku pun bila naik ktm jer mesti buatkan aku lambat schedule aku walaupun aku awal tunggu di stesen.aku maki hamun cukup cukup pun tak leh buat apa2. akhirnya bus balik penang terlepas..kena beli ticket baru.hang kata bangang ke tak?...ada satu lagi aku jumpa kat blog orang..tak tau ada lagi tak blog tuh..ktm komuter guna windows cetak rompak..alahai..susah la..kita hanya boleh berharap yang ktm nih cepat2 lah berubah..

aReLaN said...

hcvvorld->mmg bangang la klu gtu.nsb bek la ak xprnh terlepas bas,flight atau seangkatan ngannya disebabkan ktm.klu tak ade gak aku bakar je ktm tu.hahaha

hcvvorld of Travels and Photography said...

hahaha..mesti kejam sikit..kalau aku tau head office..mesti aku pergi sana maki terus kat pengurus depa...ahaha

dayu_myself said...

weh...aku naik ktm gak semalam...
entah2 nmpk ko kt ktm..ceh..
hahahha

tpi mmng semput ar..sush gile naek ktm...fuh...dah la sllu lewat...
macam srdin pun ada..

tpi yang pnting,aku sayang Malysia./..ceh... =)

aReLaN said...

hcvvorld->pengurus diorg pn blum tntu tau pape psl komuter.ntah2 dok melangut je dlm ofis.takpon men golf je.hahaha

dayu->tu blum ckup sardin lg.klu g jpon atau negara maju len,bru tau cmne jd sardin yg sbnr.hahaha

kyo_9 said...

Najib dah pernah naik bas ntk jumpa rakyat.. ak rasa dia kene try naik KTM plak la lepas nih dari Putrajaya ke Mid ke.. mesti KTM dapat duit ntk tambah gerabak baru ke..

pasal beratur tu memang sikap masyarakat kita camtu.. jenis x sabar, jalan raya ke.. main mercun ke.. sebab kita x dididik sejak kecil cam orang Jpon tentang disiplin.. kalo nak maki, maki la sistem pendidikan kita skali sebab x tiru Jpon yang tekankan isu disiplin gile2 nye sejak sekolah rendah.. Monorail yang memang berhenti di tempat yang bertanda pon orang x reti nk beratur..

p/s Ak g China hari tu pon masyarakat diorang x reti nk beratur gak (笑) Memang Jpon mantap aa.. Bilangan gerabak paling banyak 15 kot kat sini~

aReLaN said...

saido->ko ade tgk tak mcm mne rupa bas najib nek???mmg takde rupa bas pon.klu ade pn rupa bas,mcm satu bas jad prnh ade yg seat belakang dia jnis keliling,bkn seat biasa.hahaha