Banner

Friday, October 14, 2011

JeLesNya....

Bila bukak je fesbuk, penuh ngan gambar member-member konvo pe sme. Hepi & cukup meriah. Penuh warna warni. Tapi aku, setahun 6 bulan yang lalu aku grad dari Tokai University, mmg tak banyak kenangan pon time convocation day. Ada 3 keping gambar je. 

Aku dapat offer keje company Jepun kat Nilai dalam Julai 2009. Disember & Januari adalah musim final exam. Februari lak presentation berkenaan final year research. Department aku (Prime Mover = Automotive Engineering) wajib sume student present sebagai syarat grad. Present dalam BM pon gelabah inikan pulak bahasa Jepun. Memang terketar lutut dibuatnya. Pastu rehat sebulan sementara tunggu konvokesyen. Time tulah pulun part time kutip sampah macam Alam Flora (RM400 sehari tu bro sekalian). Hujung bulan Mac grad, pertengahan bulan April dah masuk keje. Memang kejap la waktu honeymoon aku.

Hari konvo hujan lak tu. Jepun nya style konvokesyen bukan macam kat Malaysia naek pentas seorang demi seorang. Kat Jepun hanya best student setiap department akan naek pentas selaku wakil. Lepas dari upacara kat dewan besar tu, berkumpul ikut department masing-masing kat kelas yang ditetapkan. Department aku kena pecah 3 kelas sebab ada 210 orang student. Paling ramai bagi satu department dalam fakulti engineering. 2 orang je pompuan tapi memang takde rupa pompuan. Al maklumla sume peminat keta. Ada racer F3000 siap ngan lesen lumba, racer motorcross (siap bagi aku test moto dia), drifter. Lecturer kitorang mostly dari company car maker. Sorang tu (Kakimoto Sensei), pengasas Kakimoto Racing tu. 

*Oh hujan*

Dalam kelas tu lah baru bagi sijil sorang demi sorang. Pastu top-top student pon dapat hadiah. Daripada 210 orang, aku cukup bernasib baek dapat no 9 (Paling last untuk terima anugerah cemerlang dalam department). Belajar mana power pon. Kalau tanya pape konfem kantoi. Nasib baek la time exam tu leh pulun. Hadiah dia pon mechanical pencil je. 

*Nakazawa-san, budak satu grup experiment*

*Jie Setsu, Chinese tanah besar yang menetap kat Jepun sejak kecik. Keje Honda*

Kat Malaysia, time konvo sume lengkap ngan jubah & topi tapi kat Jepun sebenarnya takde dress code. Laki besenya pakai suit & pompuan pakai yukata atau kimono. Memang konvo kat Jepun tak semeriah cam kat Malaysia tapi disebabkan tulah hari terakhir aku sebagai student sebelum melangkah alam kerja, aku gi lah jugak walaupun hari tu hujan. Lepas Subuh dah nek tren dari Hachioji Seminar House balik Tokai. Sejam lebih naek tren. Sempat tido jap pastu terus gi kampus. 

*Nilah yang dapat selain skrol grad (pen,card wallet, pensel)*

Lepas habis amek sijil pe sume, petangnya ada la JICA party untuk student yg nak balik Malaysia & yang baru sampai Jepun. Habis party tu, layan karok lak. Memang letih satu hari konvo aku tu...Tapi tengok member konvo, siap ngan bunga, bear, jubah warna warni, sedara mara datang. Perghhh...Seyes jeles tengok member-member nya gambar konvo. Wuuuuuu


15 comments:

[sutera kasih] said...

1st time dgr kisah konvo di jepun..bertuahla awk bljr di jepun..ni mesti stdnt genius kan? :)

Fathin || Bamir said...

tak pe nanti kite suruh doraemon bawak u gune mesin laci ajaib die pergi balik time convo u. boleh tangkap gambar banyak2. :p

aReLaN said...

@[sutera kasih] : tkdenya genius.bese2 je.klu time persediaan sblm ke jpon tu,ade 40 org,dpt la top 5 last tu.hahaha

aReLaN said...

@fathin : kalau la bleh kn.wuuuu

fadh leyanie said...

berbeza rupanya konvo kat Malaysia dengan Jepun..

dhiera zainudin said...

tp kamu beruntung dapat timba ilmu di Jepun negara yg sopan-santun~ hek

mesti sentap tgk gmbar konvo saya ari tu kan? hek..

apa kata, pinjam je jubah adik atau sedara yg nak konvo. ada la gmba dengan jubah konvo kan? he

HFX said...

aku lagi suka style jepun nye konvo. simple, tak banyak bazir masa nak naik pentas sorang2. MASA ITU EMAS

lepas amik sijil tu, masing2 buat hal masing2, mana same2 geng tu gi ah nomikai ke lepak mana2 dengan berpakaian suit lengkap haha.

konvo malaysia macam bazir masa/duit je lebih..... kena bayar banyak gak tak silap aku.

aReLaN said...

@H : aku pon suka style konvo jpon bab masa pe tu tp aku tensen sbb time kte knvo tu terkejar2 dow.xsmpt pon nk bergmbr sme2 bdk msia len.berkejar ngan party tu lg.hahahah..klu tkde jica party tu,ak snggup g men boling ke batting ke apa pki suit.

aReLaN said...

@fadh : mmg jauh la bezanya tp yg best dpt tgk pompuan jpon pki kimono.mmg lawa. :p

aReLaN said...

@dhiera : bkn awak sorg je.rmi lg la mmber nye gmbr.hahaha...ala,pernah je merasa konvo pakai jubah time grad persediaan ke jepon dlu.

pinky_liscious said...

saya lak tak penah konvo...lg sedih...

aReLaN said...

@pinky :knp lak??ala,rmi je org tersohor dunia yg xblaja tinggi2 pon.yg pntg usaha.huhu

Nur Fauzi said...

betui ke kutip sampah sehari 400? biar betoi wak.
apahal aku dulu ngaji kat kl tak tau pun.
rugi den..

Unknown said...

terjumpa entry ni.. hahahahahahaha. layannn~

Anonymous said...

If you dont mind,can you tell me what other course does japan universities offer?berminat ni nak belajar kat jepun haha.tapi tak minat engineering