Banner

Monday, February 6, 2012

aKTiViTi HuJuNg MinGGu

Semalam, lepas family aku gerak ke Melaka, meninggalkan aku yang cuti 2 hari ni kat Nilai, aku pon kuar la gi The Mines. Lama lak tak jejak kaki ke sini. Lepas parking keta, tetiba kami didatangi seorang lelaki, promo pasal sistem anti-theft untuk kereta. Memang panjang lebar la. Siap tunjuk demo cara pencuri keta leh buka bonet & hidupkan keta pe sume. Tanpa fikir panjang, pasang jela. Daripada habis ribu-ribu untuk modify atau tambah aksesori, baik la upgrade security keta ni kan.

Harga promo RM650, leh bayar installment tanpa faedah. Company ni memang full bumiputera, daripada dia nye boss sampai la diorang nye promoter. Tapi aku pon tak ingat nama company dia sebab keta tu si dia yang puna. Dia la yang beurusan ngan promoter tu. Hehehe... Masuk je The Mines, beli tiket wayang, gi makan & ronda-ronda jap. Kat The Mines memang tak banyak citer. Beli je tiket Chronicles. Singgah Daiso jap. Aku beli la bandana baru sebab dah bese beli kat Daiso Jepun dulu. Memang tahan la. Warna pon tak luntur tapi harga bila sampai Malaysia jadi RM5 la kat Daiso tu.

*Kiri : Teriyaki chicken, Kanan : udang + crab*

Lunch kat Subway je. Aku kalau singgah Subway, memang amek yang 1-footer je. Tak main la separug tapi kat Subway Mines ni tak sesedap kat KL Sentral. Sejuk semacam je rasa. Kat Jepun pon kalau ada Subway, memang kitorang terjah la tapi pekena ebi (udang), tuna atau tamago (telur) jela. Citer Chronicles, jalan citer bese-bese je. Yang aku tak suka bab grafik sebab macam yang pakai videocam je. Dahla sampai ke sudah aku tak tau pe la benda yang diorang pegang dalam lubang tu sampai diorang leh ada power tu.

Balik Nilai lepas Asar, malam gi Fiesta Dataran Nilai. Penuh umat manusia. Ada macam-macam aktiviti. Angry Bird, naek lembu rodeo mainan, forum perdana, banyak gak la booth. Tapi sebab letih sangat, kitorang tak stay lama la. Sampai di sini sahaja aktiviti hari Sabtu aku. Ahad nye citer nanti la aku update ye.

11 comments:

nots said...

K fine, lu buat gua lapar le brader. HAHA nak subway nak subway.

*last makan subway kat wangsa walk 2011. sedih gilo. ;(

nots said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

bestnya jalan2.. makan tu tetap menjeleskan Eza... huhuk..

aReLaN said...

@nitnot : uish...lama gak tu.so,silakan jejak ke subway ye.hehehe

@Eza : makan-makan tu wajib ada. :p

dya nasir said...

lama tak pergi mines..hehe..last pergi tahun lepas tengok ikan..haha

iAmCekbolat said...

GULP ! laparrrrrr.. abg lan blnjeee

madammondoq said...

wah.. banyak ye aktiviti hujung minggu.. best2! i ni dok pikir mana nak bawak danish jalan hari ni..huhu..

aReLaN said...

@dya : ala..tahun lepas baru sebulan je berlalu.hehehe

@DekBolat : mehla sini kalau nak. :p

@madam : jalan jela mampu.nak shopping kang pokai lak.hehehe

Unknown said...

lama x masuk mines.. huhu

eh subwah dah disahkan halal ke? aku stop makan lepas kecoh pasal halal dia kena tarik blik.. hmm just curious..

NIZAM said...

Subway pun best. healthy kan. tp macam takberbaloi la plak nk kua kan duit smata2 nak mkn sayur tu. hehe/ aku kan suka daging.

Nisa Greennnpanda said...

xpenah lg try mkn Subway..
haha..kolot x? XD