Sunday, February 3, 2013

JJCM & FRieNDLy BoLa

Balik dari kerja hari Jumaat, aku lak terasa nak makan pizza ketam baru kat Pizza Hut, mengalahkan isteri aku yang tengah pregnant. Jadi, pergilah Pizza Hut kat Giant Senawang. Dahla ramai orang sebab memang tempat tu tak besar, nasib baik tunggu sekejap je dah ada tempat kosong. Dia nye ketam tu, rupa & rasa macam ketam kat yong tau foo yang jual kat pasar malam je. Hahaha...

*Pizza ketam yong tau foo. Hohoho*

Keesokan harinya, awal pagi dah gerak gi Nilai sebab nak tukar minyak hitam keta & oil filter. Disebabkan dah tengah hari, gilah makan tengah hari kat Aunti Aini's sebab orang rumah aku tak pernah makan kat situ walaupun sebelum ni kitorang dok Nilai. Pagi dah makan nasi goreng kat rumah, jadi untuk tengah hari, makan western la pulak. Si dia order chicken chop, aku lak order lamb chop. Leh tahan la rasanya. Lama lak rasa tak makan lamb chop sedap gini.

*Chicken chop untuk si dia*

*Lamb chop untuk aku*

Lepas dah selesai makan, gi Nilai 3 cari kain langsir untuk kakak ipar. Banyak gak la kedai kitorang usha sebab nak cari yang murah. Dapat la satu kedai ni RM6 semeter untuk warna yang kakak ipar nak. Lepas tu terus gerak gi Serdang sebab ada friendly match bola ngan team alumni yang kalahkan kitorang, team Procurement & General Office sebelum ni. 

Perlawanan dijadualkan bermula jam 5.00 petang kat Padang Mardi tapi lewat sket start sebab panas sangat, ada player lambat & nak solat Asar pe sume. Perlawanan kali ni ada 3 halves (leh panggil halves ke ek???), bukan 2 cam biasa. Aku cam biasa la, main posisi centre back kalau dalam team ni. Dan dengan bangganya, alhamdulillah kami menang ngan keputusan 3-2, kemenangan pertama kami dalam bola padang. Insya-ALLAH akan ada kemenangan menyusul lepas ni. Gambar takde sebab phone tinggal dalam kereta. Aiyooo...

Dah habis main, semua pulang ke teratak masing-masing. Aku ngan isteri aku gilah rumah kakak ipar kat USJ. Tapi singgah dulu ramai-ramai kat Mydin Mall untuk beli tv baru, menggantikan tv lama yang dah rosak kat rumah mertua aku kat Pasir Mas. Letih betul seharian keluar ni. Malam tu memang tidur kat USJ jela. Hehehe...

30 comments:

Zakia said...

adoi lapar pulak tengok makanan malam2 ni

Chic Na said...

wahh merendek dari nilai ke usj. huhuhu..

Lia Irdelia said...

mcm sikit jer lamb chop tu.. kenyang ker>?.. hahahha

Nyue said...

sedap x pizza ketam tuu??? ni kes si suami yg terlebih ngidam..hahahahaha

Deqla manjew said...

ehh sape pulak yg ngidam nih? hihi... nmpk sdp!

Nur Fauzi Bassar said...

kalaulah isi ketamnye tu memang isi ketam ori yang putih tu...tak tau la berape puluh pizza hut nak cas sekeping pizza tu. mau 70 hengget sekeping kecik tu.

Knor said...

dah agak..mesti tpung lebih byk dr ketam..apa2 pun itulah rezeki..kan..

nampk enak aje silamb..tu

Belog PenaMaya said...

sedap semua makanan tu. haha

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

dah dekat senawang tak roger..hehee

Cik Nur said...

lamb chop tuuu...
nampak sedapp...!

akubiomed said...

Terliur melihat menu Western yang terhidang. :-)

Ezad Skytech said...

tak try lagi pizza ketam tu...sedap ke tak? haha~

Kancil 8349 said...

sedapnya...

izan mama mia said...

wah sedap makannya...

er..kalau nak rasa penangan rempah masak hitam tu..mai laa cuba..mesti isteri suka tuu

Clive Einstein said...

lupa pulak ko dah kawin bro...haha...dah lama xaktif ngan blogging...adoi...

apa apa pun..aku tau aku da lambat giler da ni...tapi,just for the record,

selamat pengantin baru bro!hahaha XD

madammondoq said...

bini kalau tgh pregnant..mmg kekadang lakinya yg ngidam lelebih.. :-)

NAL said...

lapaq lak tengok pizza tu..aduhai.

NAL said...

lapaq lak tengok pizza tu..aduhai.

Solehah Shamsuddin said...

bukak je entry ni, terus nmpk pizza. haisshh awak wt sy lapaq tau. lps tu nmpk lamb chop. adeyh, berkeruk2 perut ni terus. laparrrrrrnyeeee

N.Aima K said...

nyum nyum meh :)

Mrs Velentine said...

nyum2 piza lagi td blog kak aima pun piza juga

Cik TeN10 said...

Entry ni 70% pasal makanan shedappp! Laponyeee hahaha

QasehnyaRania said...

ala...ingt ketam baik punya..alih2 cik ketam yong tau foo..hoho

hazman aka species1980 said...

pizza nie blum a feel nak cuba tapi kalau Aunty Aini's nie biasa tunggu bos aku belanja baru sonok makan....hehehe

Arina Shamsul said...

adeyyyyy..terliur pulak tengok chop2 time lunch ni..hehehe.

Kesuma Angsana said...

sedap pizza tu

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

gulpppp!!!!teliur tgk makanan semua tu

9n0L4 said...

amboihhhhh. aktif berjalan jalan tu. mkn pun masak kedai je. hehe.

Cik Aini said...

adeh...
trs rs tingin nk mkn pizza ketam tu..haishh Alan pnya pasal lah ni.haha

Myra Jay said...

Tengok Pizza, terus jadi teringin ;D