Wednesday, March 6, 2013

TRaGeDi PeRGi KeRJa

Seperti biasa, aku keluar rumah seawal jam 6.30 pagi untuk pergi kerja. Perjalanan sejauh 50 km dari Senawang ke Honda Alor Gajah memakan masa lebih kurang 40 minit kalau aku bawa slow & steady je. Hari ni pun keluar rumah pukul 6.30 pagi. Tapi dalam perjalanan gi kerja satu perkara tak diingini berlaku.

Lepas je Hentian Senawang arah selatan tetiba aku rasa lain macam bila tayar belakang moto aku terhuyung hayang kiri kanan padahal aku tengah tunggang lurus je. Pom!!!Bunyi letupan dan moto aku hilang kawalan sampai hampir terlanggar benteng penghadang jalan. Nasib baik aku sempat brek manual ngan kaki. Bila tengok balik, rupanya tayar aku dah pecah. Lepas je dari itu, ada seorang budak Honda lalu. Dia pun tolong la sekali. Datang lagi 2 orang budak Honda lepas tu tapi tak boleh nak buat apa pon. 

*Oh, tayarku....*

Nak tinggal moto kat situ & tumpang diorang bahaya gak sebab kang tak pasal-pasal moto lesap. Jadi, diorang suruh inform je superior aku kat Honda yang aku mungkin masuk lambat atau emergency leave je. Terpaksa la aku tolak moto aku sorang diri. Masa tu kat KM 248. Exit Senawang KM 256 & Exit Pedas Linggi KM 239. Aku putuskan untuk tolak sampai Senawang balik sebab sekurang-kurangnya aku tahu kedai moto kat mana. Kalau gi Pedas ntah mana la aku nak melilau cari kedai.

*Sampai nampak benang tu*

Aku rehat jap kat Hentian Senawang. tengok balik, dah nampak benang rupanya tayar moto aku ni. Nak beli air hilangkan haus tapi duit aku kena telan, air tak keluar. Sambung la tolak moto lagi sampai Senawang. Kat highway tu je, aku tolak moto sejauh 8 km. Memang kuyup la baju aku ngan peluh. Sakit bahu lak tu. Dari pukul 7 tolak motor, pukul 10.30 baru sampai Shell sebelum masuk tol Senawang. Beli 100 Plus sebotol besar. Dok rehat jap kat situ ambil nafas & hilangkan dahaga, letih & sakit badan sebelum gerak gi kedai moto. 

Sampai kedai moto, duit lak tak cukup. Tayar belakang aku kena tukar, harga tayar tu je dah RM115 sebab aku pakai tayar lebar. Besar betul dugaan hari ni tapi disebakan tu juga la, hari ni kali pertama aku teman isteri aku gi checkup. Hehehehe...Sampai sekarang tak hilang lagi letih. memang rasa nak urut satu badan je ni. 

32 comments:

Chic Na said...

letihnya. jauh kot tolak moto. tp okla tu dapat peluang teman wife check up. :)

Nur Fauzi Bassar said...

latihan maraton.....

Cik Nur™ said...

selamat tak jadi apa2..
lepas ni kena check selalulah tayar ni arelan...
bahaya tau....

Ezad Skytech said...

mujurlah sempat break...jauh tu sampai 8km tolak motor...aq pernah tolak motor tak sampai 2km da letih da...

iAmCekbolat said...

perghhh 8km ! bolat tolak sama dgn ezad 2km pun dh termengah mengah . hoho

1st check up ? acena ? baby sihat ?

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

Ok la tu... next time teman isteri lagi pegi check up...

9n0L4 said...

tolak moto ke banggg. hehe. kesian die. :)

Deqla manjew said...

ish ketara sungguh pecahan tu... xpela.. skali skala exercise.. tolak motor pun bole kurangkan kilo tau..kata nk kuruskan badan..hihi.. gurau je bro..jgn mrh...apapun, lps ni kena amek langkah berjaga2...belai la motor seperti membelai binimu.. hahaha...

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

dah duduk snwg ek skrng? tak roger pun :(

Belog PenaMaya said...

Dugaan tu. honda alor gajah tu servis center ke?

lelamaisara said...

suami sya selalu kena tolak motor...tak serik die naik motor jejauh....

NAL said...

dugaan dugaan...

are_lin@yu said...

wahh mmg jauh tu..klu ayu yg prmpn ni kena cmtu adoi lg jnuh lah

Knor said...

alhamdulillah sempat brek manual dgn kaki.

Mrs Velentine said...

dugaan yg akhirnya kau berpeluang temankan wife g check..

hazman aka species1980 said...

nampaknya bro kena pegi massage satu badan nie....hik3x

Denaihati said...

joging 8km pun penat, ini pulak tolak motor. tayar ni betul2 pecah, nampak terbelah.

Etuza Ezawarna said...

enjoy naik motor tu, pernah jg jatuh di parit time belajar motor..ok hati2 lain kali...

Etuza Ezawarna said...

selamat hari lahir anda..

Rohani Hashim said...

8km tu tolak.my husband pn pernah, dahla nk pergi kedai motor kt taman ni membukit,huhu kesian je tolak smbil naik bukit.

Cik Aini said...

makk aiii jauhnya Alam..
8 km kat hway sj..ni mmg bleh kurang KG nih :)

apapun ada hikmah di sebaliknya kan..boleh la teman isteri g check up :)

kinara kinatara said...

nampak tak allah tu maha kaya dia bagi sedikit ujian dan dia bagi balik kegembiraan...:)

アヌム said...

dugaan tu..sabo jelaa isk2

muja said...

perghhh,,, 8km gelek motor,, hebat,, tak pe,, kuatkan tangan sihatkan badan,, kih3

Solehah Shamsuddin said...

uiihh besar btl kesan kena paku ke apa tu. hati2 tau lepas ni arelan

Leeza dayasari [santai leeza] said...

aduhai, jauhnya ....

QasehnyaRania said...

hikmah disebalik kejadian tayar meletup dapat teman wife pi checkup.. ;)

8km tolak moto..boleh tahan

Cik Nurul Siezuka said...

Jauhnya... tapi x per Arelan selalu jaguh dalam marathon.. hehehe

Mas Zull said...

assalamualaikum arelan....nasib baik x ada apa2 berlakukan....dah nampak benang tu...:)

N.Aima K said...

ya allah..nsb x apa-apa alhamdulillah

Si Matatajam said...

Jauhnya kena tolak moto....cobaannnnn

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

sian jauh tu kena tolak motor...dugaan kan..lepas ni check selalu tayar tau