Banner

Monday, June 17, 2013

PeriHaL BeRSaLiN eP 1

Hari ni genaplah anakku berusia 1 minggu. Banyak benda aku nak ceritakan pasal kisah kelahiran dia. Sebenarnya aku dah amek cuti untuk hantar isteri aku pulang ke Pasir Mas dari 5 Jun hingga 7 Jun dan aku sepatutnya naik bas pulang ke Seremban pada malam hari Sabtu. Pagi tu gilah KBMC sebab ada appointment ngan Dr. Lily. Masa tulah keluar sesuatu yang tak diduga dari mulut Dr. Lily. Bila scan, doktor cakap baby dah cecah berat 3.8 kg jadi doktor sarankan untuk induce & kena masuk wad pada Sabtu gak atau Ahad, keesokan harinya.


*Murah berbanding Perdana Specialist, An-Nisa' & Usains*

Kitorang pilih hari Ahad sebab hari Sabtu, kakak ipar aku dah selamat melahirkan seorang baby girl. Kalau kitorang pilih hari Sabtu, memang pening kepala Kak Long isteri aku jawabnya. Jadi masuklah hari Ahad. Tapi disebabkan ketiadaan single room kat KBMC (Kota Bharu Medical Centre) hari tu, tunggu la kat bilik berempat. Doktor induce pukul 12 tengah hari tapi sampai ke petang, isteri aku cakap tak rasa pape. Jadi petang tu doktor induce sekali lagi. Bila single room dah available, masuklah kitorang dalam bilik tu tapi sampai ke tengah malam isteri aku sakit biasa-biasa je. Pukul 2.30 pagi cam dah sakit teruk sket, bawak la gi labor room. Tapi takde pape gak, jadi balik la ke bilik kami. 

*Lebih kurang camni lah bilik kami*

Keesokan paginya, nurse datang gitau suruh masuk labor room pukul 8 pagi tapi waktu tu isteri aku tengah syok sarapan pagi. Tak sempat nak habiskan pun. Bergegas la kitorang masuk labor room tapi sampai ke tengah hari dok sakit biasa je. Dah masuk waktu Zohor, aku ingat nak solat Zohor tapi isteri aku rasa contraction dah makin kuat. Sakit pon makin terasa. Mula dari tu, memang aku teman jela dia menahan kesakitan. Kesian tengok tapi apa la sangat aku leh buat selain tenangkan dia dan berdoa je supaya selamat.

Dia genggam lengan & tangan aku sampai lebam la gak. Nasib baik la daging banyak kat tangan tu. Kalau tulang je, memang patah tulang aku jawabnya. Disebabkan sakit yang teramat, nurse sarankan sedut entonox bagi kurangkan rasa sakit tapi cam takde kesan mana pun. 

Nurse & doktor asyik tengok bukaan dah berapa cm je. Dalam pukul 2.00 petang dah 6 @ 7 cm jadi nurse anggarkan dalam pukul 4.00 lebih mungkin baby kami keluar. Tapi sampai pukul 4.00 petang pon tak kuar lagi atas pelbagai faktor. Menurut kata doktor & nurse kat situ, meneran hanya bila sakit atau contraction tapi isteri aku punya contraction terlalu pendek dan sela masa antara contraction terlalu lama menyebabkan kurang peluang untuk meneran.

Bersambung......

11 comments:

anamizu said...

wahhh dah dpt baby ea arelan?
tahniah ! alhamdulillah baby plus
mama dia selamat kan ? :)

exited bace entry arelan..
beruntungnye wife arelan sbb
arelan dpt stay teman die ms
tgh bersalin :)


x sbr tggu next episod ;) hehe

Miss N™ said...

Alahai alan, tgh bdebar2 baca boleh bsambung pulak ni....

cepat sikit sambungannya...

Chic Na said...

err.. banyak tak faham terms2 org nak bersalin ni. hehe.. cemas gak baca.

QasehnyaRania said...

baca sambungan dulu tadi.hihi

alhamdulillah.dua2 girl ye .tahniah

dieyna said...

Bakal bapa penyayang ni... N suami mithali ..merasai sendiri pengalaman bersama isteri yang kesakitan....

P/s : mealshake tu mmg sesuai sesangat untuk mak.. Ayah.. N anak yang berusia lebih 1 thn... Nak hadiahkan suplemen dalam pantang untuk isyeri tersayang pun ada. Leh tanya yer

Deq's Qienz said...

nmpk best la sini..private kan??

Unknown said...

selesa nmpknya bilik.. ;)

are_lin@yu said...

beznya bla dpt rsa sndri pnglmn isteri bersalin..br dpt rsakan sshnya nk mlhirkan ank..kna jga baik2 pasni.hehe

Kayu Manis said...

ALHAMDULILLAH DAN SYUKUR ADA SUAMI MENEMANI..MENGUATKAN SEMANGAT TU..

ANAK SULUNG MMG AGAK PAYAH..SAKIT TU SAMA JE

Anonymous said...

Hi aReLan, congrat on the new born baby.. Im interested to join HMSB, may i know how can i submit my resume..appreciate if you can help.. thank you

Ayu Ayunie said...

Tahniah.. Dh jadik bapa.. Bagus sentiasa ada disisi isteri saat itu.. Mmg isteri akan hargainya sesgt.. Congrats!!