Banner

Wednesday, September 30, 2009

KeMBaLi Nya aKu Ke NiHoN....

Tiba di Narita Airport lebih kurang jam 7.30 pagi 27 September 2009. Naek bas menuju Sagami Ono & then berhasrat nek tren ke Tokai. Tapi akibat pembunuhan diri seorang warga Jepon di stesen Tsurumaki Onsen menyebabkan tren tergendala. Kami terpaksa menaiki kereta yg dipandu Hilmi utk pulang.

1st day balik mmg bosan. Takde orang & tkde plan. Tengok result kt tenet je. Sukar utk aku mempercayainya. First time in my life, i got 4.00 for my G.P.A. Mana tak nye, juz research lab & basketball. Rekod cemerlang kelas sukan aku diteruskan & first time gak dalam 6 tahun, aku berjaya menempatkan diri dalam top 10.

2nd day, dengan kepulangan Becko, maka aku pon start ade aktiviti. Sementara Fatin, Sheera & Sha gi shopping barang dapur, aku & Becko gi Autobachs utk settle hal keta Becko. Balik tu rehat jap. Pastu gi men futsal 2 jam. Memang best tp disebabkan still perut dalam mood raya lagi, memang aku mengalami kesukaran memecut. Ngahahaha....Tunggu masa la sket lg nk bakar sume lemak ni. Daimp....

Wednesday, September 23, 2009

sYaWaL Ku Di TaNaH aiR

Aku bangun seawal jam 6 pagi. Tapi bila dah besar ni cam tkde makna pon bangun awal di pagi hari. Time kecik2 dlu lepas je solat Subuh, terus bergerak dr rumah ke rumah sekitar utk kumpul duit raya. Dah besar ni mne ade. Bangun, solat subuh, mandi, breakfast sket pastu tunggu nak gi solat sunat Aidilfitri.

*Para ALONG*

Dah selesai solat sunat, balik rumah nenek, tunggu Mak Long, pastu gerak gi kubur arwah atuk, Tok Nyang dan moyang2 kami. Dah hbis menziarahi pusara, bermulalah aktiviti mentekedarah di pagi raya. Destinasi pertama, Lereh (rumah adik beradik arwah atuk). Pastu, Bukit Rambai ->Klebang Kecil->Tengkera->Pulau Gadong. Menu bukan men lagi. Ketupat, lemang, rendang, nasi tomato, itik masak kurma, lontong dll. Memang nahas la hri raya ni. Sampai je rumah nenek, lepas solat terus reput.

*My FAMILY*

Syawal kedua lak, keluarga aku awal-awal pagi dah keluar gi Johor menziarahi kubur arwah adik aku (satu-satunya yg bernama Muhammad). Kemudian, ke rumah pengasuh kitorang time kecik. Bila dengar diorang ungkit balik zaman kitorang kanak-kanak dulu, mmg lawak la. Tak caya lak mse kecik dlu gtu. Pastu gi rumah Ustaz Hamzah yg ajar kitorang ngaji dulu. Member mak & abah gak la. Dah puas bersembang, gerak pulang. Sebelum tu singgah dulu Ayer Hitam, singgah beli barang.

Sepupu laen ajak maen boling tapi masalahnya gi pukul 6 ptg. Mana la sempat kitorang nak smpai. At least wat la lepas solat Maghrib. Takdela risau sangat nnt sbb dah solat. Raya oh raya......Raya ketiga, bergerak pulang ke Teluk Intan, Perak. Abah cakap, "Asyik kita je datang beraya rumah orang. Tak pernah merasa orang datang beraya rumah kita".So, kami bersedia jelah melayan kerenah tetamu yg bakal tiba. Hohoho

Saturday, September 19, 2009

seLaMaT HaRi RaYa aiDiLFiTRi....

Hari ini berakhirnya Ramadhan bagi tahun ini. Berakhirnya Ramadhan, bermulanya Syawal. Di kesempatan ini, aku menyusun sepuluh jari memohon seribu keampunan dan kemaafan dari sume yg mengenali diri ini andai ada tersalah tutur kata, tersilap perkataan, terkhilaf perbuatan. Halal la sme skali.

Ada ketika MATA silap memandang, TELINGA salah mendengar, LIDAH terlanjur berkata, FIKIRAN khilaf mentafsir dan HATI silap menduga, Mohon maaf di atas segalanya dan Salam Aidilfitri~

Tuesday, September 15, 2009

MiNGGu TeRakHiR...

Ni dah minggu terakhir puasa utk tahun ni. Aku sangat la bosan dok kat Teluk Intan ni. Tiada member yg aku kenal melainkan si Asmiza. Takkan hari2 nak ajak dia lak kuar. Kang jadi kes naya lak. Nak merayau pn tak kenal tempat. Lagi sedih, aku tak dapat join reunion Q-Berian diz weekend kt Kelantan. Kalu dok Besut lagi, senang la sikit nak gi. Takde la jauh sangat. Ni jauh satu hal. Wat lak hari Jumaat. Kalu aku konfem kelam kabut sbb Sabtu keesokan harinya terus kna gerak balik Melaka lak. Lembik la aku kalu gitu.

Pada member Q-Berian sekalian, aku mintak maaf sangat-sangat tak dpt join lg tahun ni. Hajat di hati memang nak menghadirkan diri. Tapi apakan daya. Tunggu la sampai Grand Reunion 2014 nanti insya-ALLAH. Waaaa.... missing all my buddies back in Besut & Pantai Timur

Friday, September 11, 2009

BuKa PoSe aT sHiRiN's PLaCe

Jumaat lepas bersamaan 4 September 2009, satu majlis berbuka puasa telah diadakan secara kecil-kecilan bertempat di rumah Kak Shirin yg boleh dikatakan baru buat sesetengah bdk JAD 6 yg masih belum mengunjunginya. Selepas solat Jumaat, sume tetamu telah berkumpul di perkarangan UNiSEL bagi memudahkan perjalanan ke rumah Kak Shirin kita.

Aku, Mangat & Shahrin tidak terus ke destinasi asal kerana harus mengambil Farah dr rumahnya di Setiawangsa. Dah amek tu, kitorang singgah jap rumah yg bakal diduduki Shahrin & Farah apabila berumahtangga kelak yg terletak di Puchong. Dekat je ngan rumah Kak Shirin.

Setibanya di rumah Kak Shirin, kelibat Totoro, Oi your, Sheera, Becko, Ain Panjang, Roy dan Azhar dah ada. Sementara menunggu waktu berbuka banyak gak la aktiviti kami. Men Monopoly, layan CD Drama Fest JAD 2006 time kami masih di 1st Year University dlu. Memang nolstagia la. Nak pecah perut gelak tengok aksi masing-masing esp Mangat dan Sheera. Kumpulan aku yg ade hari tu pn still pelik camne la kitorang leh menang. Memang misteri.
*Bersembang bersama tuan rumah*

*Menanti waktu berbuka*

Masuk waktu, sume terus meratah juadah yg terhidang. Macam-macam ade. Sambil makan sambil dengar sedikit ceramah dari Abang Saiful, suami Kak Shirin kita. Bab agama, bab kawen, life etc.

Dok sembang smpi la pukul 9 lebih. Dekat2 nak gerak balik tu baru kami teringat bahawasanya sekeping gambar pn tak terambil. Sempat la amek 2 keping time nak balik tu. Tapi tak dpt2 lagi dr Oiyour gambar tu. Hohoho....Kalu sempat raya ni pn kami nak datang lagi. Insya-ALLAH....

Saturday, September 5, 2009

MaLaYsia Ku....

Inginku update kisah kepulangan ku setelah seminggu menetap di TBP tp apakan daya, internet kt sni menghalang dan aku takde kamera utk menghotkan lg suasana dgn gambar2.wuuuuu...tunggu jela smpi rumah nnt

Tuesday, September 1, 2009

1 SePTeMBeR 2009

Dah pukul 3.34 pagi. Lagi 2 jam nek tren menuju Hon-Atsugi utk menaiki bas ke Narita Airport. Flight dijadualkan berlepas jam 10.30 pagi. Ini kepulanganku buat kali ke-3 sejak menjejakkan kaki ke Jepun pada 21 Mac 2008. Kali ni len sket sbb smpat raya. Aku rindu suasana raya kt kampung ngan famili besar ku. Malaysia, here I come. Wuuuuu....