Banner

Friday, December 19, 2008

ToYoTa CuP

Tanggal malam 18 Disember, aku, Beko, Sheera & Jimin senpai telah ke Stadium Nissan untuk menyaksikan perlawanan penetuan tempat ke-5( Al-Ahly vs Adelaide United) & separuh akhir 2( Manchester United vs Ganba Osaka). Demi match ini, aku ponteng keje sampah ku yg menyebabkankan pendapatanku kurang 1 man yen= RM390. Aku, Beko dan Sheera bertolak terus dr Tokai smntara Jimin lak dr Takudai la. Perjalanan dari Tokai memakan masa lebih kurang sejam gk la. Setibanya di stesen Kozukue yg berdekatan stadium, kami smpt la beli souvenirs. Macam2 ada jual. Nasib baek la poket tak berapa nk berisi. Kalau tak, habis sme aku borong.

*Yang jauh kasi dekat,yang dekat kasi rapat,yang rapat kasi?????*

Tapi suasana sekitar stesen Kozukue tak menunjukkan cam wujudnya stadium kat kawasan tu. Stadium yg menjadi saksi pertemuan final World Cup 2002 antara Brazil & Jerman. Konbini pun takde. Memang kampung betul la kawasan tu. Setibanya di stadium, air botol lak takleh bawak msk. Terpaksalah menjenayahkan diri, sorok la air dalam jaket. Perlawanan penentuan tmpt ke-5 bermula pada jam 4.30 petang. Tapi macth ni memang agak bosan. Hampir tertido aku dibuatnya. Perlawanan berpihak kepada Adelaide United ngan kemenangan 1-0. Pak Arab yg hadir menyokong Al-Ahly kempunan. Datang siap ngan topeng bntuk kepala Sphynx. Sebab bosan sangat, ktorg makan la nasi lemak buatan tangan Cik Sheera. Sedap. Takde lgi dlm sejarah dunia rasanya nasi lemak dimakan di Stadium. Hohohoh

Perlawanan seterusnya yg dinanti-nantikan antra Juara Eropah, Manchester United menentang Juara Asia, Ganba Osaka bermula pada jam 7.30 malam. Pemain diperkenalkan sorg demi sorg. Seperti dijangka bila tiba turn Ronaldo je,sme penonton yg membanjiri stadium bersorak bagai nak runtuh stadium. Tapi time warming up tu pn cam dh nmpk sgt la beza style warming up antra Europe & Asia. MU smpt men ayam lagi sdgkn yg Ganba lak amek bola,men sorg2. MU nye star player cam Ronaldo & Rooney pon men sorg2.

*Para penyokong Ganba Osaka yang ghairah*

Kick-off dimulakan tepat jam 7:30 malam. Di awal permainan mmg nmpk cam power je Ganba. Asyik MU je kna serang. Tapi awal2 jela semangat tinggi. Lama2, player Ganba cam dh lembik je. Tak larat nak lari, MU pn serang kaw2 n menghasilkan 2 gol di babak pertama melalui Vidic & Ronaldo. Dua2 gol tanduk hasil corner kick Ryan Giggs. Kalu dapat corner je memanjang,mmg byk la MU skor sbb klu dh nme pn Asia, knfem2 la kalah perebutan bola di udara.

*Dah injured sorang player Ganba Osaka*

Babak kedua lagi panas. Rooney masuk cam bawak sial buat MU apabila Ganba berjaya membolosi gawang Van de Saar. Tp jap je pastu Rooney skor. Tak sempat ktorg pecah perut gelakkan MU kna skor ngan Ganba. 1st touch lak tu. Pastu lagi byk gola dihasilkan. Keputusan akhir, MU 5-Ganba Osaka 3. Aku respek ngan supporter Ganba. Dari awal smpi habis dok nyanyi n bertepuk bg sapot utk team diorg. Tapi mmg aku puas hati tgk match ni. Dapat rse suasana sebenar kt stadium. Bukan calang2 team lak tu yg maen. Habis gak la duit aku beli souvenir. Hahaha....*Glory Glory Man United!!!!*

*Beko=Ronaldo, Jimin=Rooney, Aku=????*

Tuesday, December 16, 2008

2 BaiTo????

*Jersi AJIS / Uniform peperangan*

Semalam, bermulalah baito kedua ku selepas kutip sampah iaitu 棚卸 atau nama saintifik nya stocktaking. Ala,kira stok barang yg ada kt pasaraya ke apa tapi lebih popular ngan panggilan AJIS atau menembak di kalangan student2 Malaysia di negara matahari terbit ini. Waktu berkumpul adalah 19:15 dan waktu bertolak ke medan perang ialah 19:30. Keje2 penembakan pula bermula jam 21:00. Mengikut jadual, peperangan tamat pada jam 29:15 tetapi atas beberapa masalah teknikal seperti para penembak yang keletihan n tak mampu bergerak lebih laju, peperangan berlanjutan sehingga jam 31:00. Memang letih.

Aku pulang dr medan perang ke rumah pada jam 33:00 atau pukul 9 pagi. Sampai2 je rumah terus kena bersiap utk kelas 現代文明論. Petang ade jikken lak tu. Keje menembak ini memerlukan tumpuan sepenuh jiwa raga supaya tidak berlaku kesilapan dalam pengiraan stok. Aku tak rasa ngantuk pun wat keje ni wlupon pagi2 buta tapi lebih kepada sakit kaki. Macam2 gaya duduk ada time kira stok tu.
Melakukan 2 baito memang memerlukan kesabaran & daya tahan yang tinggi. Hanya yg mampu bertahan cam aku mampu melakukannya. Hohoho....

ToKai soCCeR TouRNaMeNt

Hari Raya Aidiladha kami di Tokai University dimeriahkan lagi ngan kejohanan bola sepak tertutup Tokai University. Match bermula pada jam 12:40 tgh hari iaitu ketika waktu rehat dan berlangsung selama 20 minit. Semua budak Jad 6 Tokai laki2 beraksi kecuali Heerwan dan Halim.

*Manchester City vs Manchester United*

Seperti diramalkan, pasukan lawan yang nampak power ngan jersi lengkap berjaya menyalai team JAD ngan keputusan 0-5. Hanya satu percubaan tepat ke arah gol berjaya diledakkan oleh team JAD. Match nampak cam berat sebelah kerana hanya separuh padang pihak team JAD digunakan. Defender team lawan berada di kawasan kami. Sungguh tinggi perangkap offside mereka sediakan buat kami semua.

*Setelah terkorban*

Tapi banyak benda leh kami belajar dari kekalahan ini. Disebabkan bdk2 JAD tak biasa ngan padang besar camtu, hantaran bola selalu tak menjadi. Tak smpi kt striker pon. Walaupon kami menjadi korban di hari raya korban ini, team lawan memuji sesetengah player team JAD yg leh dikatakan manthap la gak. Team JAD Tokai, cuba lagi tahun depan. YOSH!!!GANBARE!!!!

*Coach Azril yang nyata kecewa ngan prestasi anak buahnya*


NaBeKai ToKai

Walaupon agak lmbt,tp ak nk gk post ni. Pada 6 Disember 2008, bersamaan bday Sheera yg ke-21,satu nabekai telah diadakan di rumah Azril senpai yg kesunyian sbb dok 2 org tp cm dok sorg kt rmh dia. Memang sian. Tapi malangnya bday girl kte iaitu Cik Puan Sheera tidak dapat menghadirkan diri kerana outstation ke Disneysea (ke Disneyland ek????) bersama Encik Beko.

*Pakar Takoyaki 5 tahun*

*Hasil kepakaran 5 tahun*

Nabekai ini disertai oleh Azril senpai, Nana senpai, Bad boling, Shairam, Sha, Anas, Shidee, aku dan Shahrin yg br blk dr keje kutip smpah. Shahrin yg memiliki pengalaman 5 tahun dlm industri Takoyaki telah cuba menunjukkan hasil 5 tahun tersebut. Tapi malangnya, di awal pembuatan takoyaki itu, berlaku sedikit kecelaruan kerana dia masih belum warm up kot. Ada dua nabe la kali ni iaitu nabe tomyam & nabe kimchi. Azril ngidam nabe kimchi sbnrnya. Hohoho....

*Lantak habis-habisan*

Pencuci mulut lak disediakan oleh Nana. Ada apple cake, puding n choc muffin. Rajin betul. Sihat n bertuah sapa dpat Nana senpai ni. Hehehe....Sha lak ngan karipap nya. Aku & Shahrin yg mmg kelaparan lantaran tugasan berat mengangkut sampah2 sekitar Setagaya-ku menunjukkan taring sebenar. Anas pn tak kurang hebatnya. Sambil ber-nabe, smbil layan tv. Sume makanan best la malam tu. Tip top aku bagi. Kalu wat makan2 lg,jgn lupa la ajak aku. Takde la nanti membazir makanan tak habis kan.

*Masing-masing mampu tersenyum lebar macam perut yang melebar*

Monday, December 8, 2008

RaYa HaJiKu Di PeRaNTauaN

Tahun ni merupakan first time aku smbut Aidiladha di negara orang, jauh dr family sndri. Sepanjang dok Malaysia aku boleh dikatakan beraya sakan tiap2 tahun tak kira Aidilfitrti mahupun Aidiladha. Sebabnya aku nye rumah kt Terengganu tp kampung aku kat Melaka. Aidiladha disambut dgn sgt meriah di pantai Timur especially Kelantan & Terengganu tp Aidilfitri lebih meriah berbanding Aidiladha di pantai Barat semenanjung.

Time Aidilfitri blk Melaka, so aku dapat raya sakan. Bila tiba Aidiladha lak, aku blk Terengganu, pon beraya sakan. Tapi 2-3 tahun kebelakangan ni tak berapa meriah pn Aidiladha aku. 2 tahun lepas, cuti JAD hbs tepat2 pada hari raya Aidiladha. Kami yg dok pantai timur ni rela blk setelah beraya n wktu subuh hari yg ade kelas, smpi la kt stesen bas Shah Alam. Kena bergegas blk MAIS sbb nk bersiap gi kelas lg. Aku ingt lg masa tu Fareez ble smpi kt stesen bas Shah Alam, trs minta assignment math aku sbb dia tak buat lg. Ktorg bdk Kelate n aku budak Besut ni mse cuti tu slalu kuar gi Library Kota Bharu utk wat assignment tulah. Tula Fareez, dok hulu sgt mse tu. :p

Tahun lepas lak, pagi raya bru smpai rumah sbb JAD start cti lmbt. Dahla mse tu jalan utama ke Pantai Timur melalui Jabor runtuh menyebabkan bas ekspres terpaksa melalui jalan alternatif iaitu Pahang, Dungun dan sebagainya. Sampai2 je rumah, orang dh selesai solat Aidiladha. Sedih giler mse tu tak smpt solat raya. Tak dpt tgk org korban n melapah daging korban lak tu. Tapi sabar jela. Nak wat cmne lg kan. Dah tu ketentuan ILAHI.

Tahun ni nye Aidiladha lak lg la. Pukul 8.30 solat raya kt 大学. Pastu ade kelas badminton n car design. Habis kelas ade match bola sepak la time 昼休み. Kena titik 0-5 lak tu. kitorg yg jadi mangsa korban hari ni. Hahaha...memang susah sgt nk menang sbb diorg tu mostly mmg maen utk Tokai University. Dah bese ngan padang rumput besar gtu bndg ngan kami yg men padang kecik je. Raya oh raya...........

Wednesday, December 3, 2008

cRisTiaNo RoNaLDo????Me????


VS



Inilah benda yang slalu buat aku bingung dok Jepun ni. Sepanjang 8 bulan kat sini, ntah berapa puluh org Jepun said dat I resemble Cristiano Ronaldo a lot. Bagi korang yg memang tak tau pape, Cristiano Ronaldo adalah midfielder Manchester United dan Portugal yang telah meraih banyak anugerah spnjg karier nye dalam arena bola sepak. Paling baru ialah anugerah "European Footballer of the Year".

Mula2 kelas kt Tokai University ni, bdk2 satu jikken ngan aku cakap gtu. Time gi sukaneka ngan bdk2 fakulti sukan pn, ramai ckp gtu. Tiap kali maen futsal pn, ade je mamat2 Jepon cakap gtu kat aku. "あぁ、クリスティアノロナルドに似ているね、アズラン君は". Maksud dia,"Ko nampak cam Cristiano Ronaldo la Matle". Aku pn jd pening ngan orang Jepun ni.

Seumur hidup aku, tak prnh ade org ckp gtu kat aku. Datang Jepun br beberapa bulan, dah ckp 40 org rsenya cakap cmtu. Tapi aku tak kisah pn. Lantak diorang la nk cakap apa pn sbb AKU ADALAH AKU, NOOR AZLAN BIN ZOLKIFLI a.k.a. MATLE. Bila dah slalu sgt org Jepun cakap cmtu kt aku, aku dapat simpulkan kat sni beberapa point tentang orang Jepun

1. Orang Jepun jarang tgk Barclays Premier League dan liga bola sepak Eropah.
2. Kalu tengok pun, diorg kenal player2 ternama je. Bila ade orang luar yg ade la walaupon
sedikit persamaan ngan player tu, msti dia kata kita cam player tu wlupon yang sama hanya
lah style rambut, bulu kening, bulu hidung dan sebagainya.