Banner

Friday, August 28, 2009

CouNTDoWN....

Lagi 4 hari lagi nak balik ke tanah air. Memang cukup 3 sem aku balik. Pegang gak la rekod walupon asalnya xnak balik langsung sepanjang tempoh 2 tahun ni. Hahahaha....Nantikan kepulanganku wahai rakyat Malaysia...

Wednesday, August 26, 2009

oDaiBa tRiP

Dalam kesibukan Ramadhan, akibat kebosanan melampau di rumah, tergerak di hati ini utk ke お台場 (Odaiba). Akibatnya, seawal jam 9 pagi, kami bertolak dari Tokai menuju destinasi. Amek la tiket one-day bernilai 900 yen seperti disarankan Abul & Saido. Leh nek kapal, tren & bas terlibat tanpa had. Tiba di Odaiba tatkala mentari tegak di atas kepala. Tapi orang tetap ramai dalam kehangatan suasana terutamanya di Fuji TV sbb ade event. Most of the event tu berbayar, so tak masuk la aku ni. Jimat sket duit.

*Kalu dapat betul Nissan GTR ni,fuhhh....*

*Dalam Venus Port*

Pastu gilah Pallete Town. Masuk lah Venus Port & kawasan Toyota kat situ. Tengok keta je keje pastu merasai pengalaman berlumba secara 3D. Sakit kepala aku asyik terhentak kat seat. Dah puas jalan2 & men game, kami menuju ke 潮風公園 (Shiokaze Park) di mana terletaknya Gundam skala 1/1 yg dah lama aku nak tgk dgn mata kepala aku sndri. Memang ramai gler orang sbb Gundam tu akan berada di situ sehingga 31 Ogos ni je. Time nak masuk official shop dia lagi la. Sejam gak la aku kena beratur.

*Gundam mendongak ke langit*

*Gundam bila dah malam*

Kitorang buka pose kt taman tu je & snap sket gambar Gundam tatkala malam. Pastu gi balik お台場海浜公園 (Odaiba Kaihin Park) utk bergambar bersama Statue of Liberty tiruan & Rainbow Bridge di malam hari. Disebabkan dh lapar sangat seharian berjalan, kami mentekedarah kat Saizeriya je sbb kebab kat tapak pameran Gundam tu dikhuatiri kehalalannya. Boleh lak org kedai tu yg pada rupa ade gaya seorang Islam tpi cakap "Kami tak yakin secara Islamnya halal atau tak tapi kami pasti ianya bukan daging khinzir". Wat aku kempunan je.

*Dia, Statue of Liberty & Rainbow Bridge*

Balik rumah dah pkol 10. Memang lembik la sbb hampir sepanjang perjalanan pulang, kami kena berdiri dalam tren. Huhuhu....

Saturday, August 22, 2009

SaLaM RaMaDHaN....

Tanggal 22 Ogos 2009, bermulalah satu lembaran baru bg umat Islam tahun ni dengan ketibaan Ramadhan al-Mubarak. Bermulanya puasa, baito tmpt aku dh tak amek pekerja Islam sbb takut nnt tak produktif. Aku pn tak larat nk keje ngan prestasi menakjubkan klu pose ni. Hari bese klu keje mmg aku tak reti nak jalan kaki. Berlari je keje. Pastu angkat laju2 & banyak2. Sampai kadang2 sempat curi smpah org sbb sampah area sndri dah hbis awal.

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan:

Salam Ramadhan buat sume umat Islam yg mengenali diri ini.....
Sebarang salah silap harap dimaafkan. Takkan nk kna tunggu raya bru nak mntk maaf kan...
Kalu ade hutang pape aku terlupa tu, tolong la tuntut ye....
Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna & membawa barakah buat kita sme...
Ingat, Ramadhan ni bukan sekadar menahan diri dari lapar & dahaga sahaja tau. Banyakkan la amat ibadah & pengisian yg baek utk diri kte ni.....

Saturday, August 15, 2009

iNDaH kHaBaR DaRi RuPa.......

Memang cukup indah pemandangan Gunung Fuji dari jauh. Tapi hakikatnya tak seindah yg disangka. Itulah yg dapat kurasakan setelah berjaya menawan puncak Gunung Fuji bersama member2 yg len.

*Menuju puncak*

Memulakan pendakian pada jam 8 malam dr 五合目. Aku dan Ma
ngat memulakan pendakian di hadapan kerana semangat berkobar-kobar bak tren 快速急行 sehingga ke 七合目tp lepas tu jd 各亭 & last2 terus jd 電車遅れ. Awal2 sume orang kami pintas. Dah lama tu kitorg memanjang kena potong. Tiap2 corner mesti berenti rehat & tido. Aku kena serangan migrain tatkala mendaki. Memang seksa. Jalan sikit je kepala berdenyut. Pastu kena sedut oksigen. Kadang-kadang aku rasa cam dh tiba ajal aku je. Makin lama, aku dah macam zombie. Jalan je ikut org len nye step tanpa aku sedari pe aku buat.


*Antara peserta pendakian*

*Penulis dah start pening lalat*


Mangat siap kena timpa batu sampai berdarah kepala. Saido muntah2 sbb jd kaki botol. Mana taknya minum Livita 3 botol dgn perut kosong. Aku pn minum 3 botol dk tp dah bese sgt kot. Piji pn hampir mabuk. Tapi kami sume berjaya menawan puncak. Hampir sesat time turun tu pn ade. Alhamdulillah kami berjaya melengkapkan ekspidisi ini walaupon terseksa.Tapi penderitaan belum berakhir di situ. Time nk turun tu pon seksa. Sakit kaki, bahu, pinggang kami dibuatnya. Memang benar kata-kata senpai yg pernah daki Gunung Fuji. Takkan ade kali kedua. Cukuplah sekali seumur hidup ni. Banyak benda kami belajar dr pendakian kali ini. Antaranya:


1. Bawak barang sikit giler. Makanan cam tak guna pn sbb tak rse lapar bile mendaki.
2. Pendaki len bawak awek sebagai mangkin. Memang semangat takkan luntur la bile awek2 di
sisi.
3. Ikut rentak org len kalau tak bese. Nanti pancit terus lg seksa.

4. Gunung Fuji memang tak best didaki. Nama pon Gunung Berapi. Pemandangan tak lawa dan
membosankan.

Tuesday, August 11, 2009

GeMpa BuMi!!!!!!

Semalam main futsal setelah sekian lama. Letih tu takde pun tapi panas bkn men lagi sbb bahang. Tiba-tiba polis datang cakap ade penduduk setempat buat aduan kitorg buat bising. Nama pun men futsal, bukan men catur. Bengong gak Jepun ni. Len kali takyah dok dekat kawasan rekreasi dan sukan.

Balik tu smpat la gi ready ayam utk BBQ esok. Balik rumah aku tdo. Subuh pkul 4.45 pagi. Tetiba rumah ku bergegar. Ini la earthquake. Kuat gler. Paling kuat pernah aku rse spnjang kt Jepun ni. Satu rumah bergegar. Tak senang aku nk smbung tido. Bila dah reda tu, takde pape la. Relax je aku melelapkan mata yg ngantuk ni. Ngeheheh....Semalam ustazah Azni a.k.a. Cikgu Omrum aku kat Q-Ber dulu siap sms lg tanya ok ke tak psl gempa tu. Nasib bek time tu aku kat 五合目. Tak rasa pape la.

aHaD YaNg PaNJaNg

Masa dijanjikan jam 8.30 pagi. Aku knfem2 la pkol 8.25 dh datang rumah budak2 ni. Skali tengok sorang je baru mandi. Sasuga dana. Last-last gerak pukul 10 lebih. Destinasi kali ini 五合目 iaitu bahagian paling tinggi 富士山 yang mampu dinaiki dengan kereta. Perjalanan memang makan masa sampaikan keta Shairam leh salah jalan dan terpaksa memecut sehingga kelajuan 150 km/jam hingga menyebabkan polis Jepun menahannya. Nasib bek lepas je.
*Air sejuk tak menahan*

*Perut Apiz mereput*

*Kaum Hawa yang ikut serta + Fiela*

Mula-mula cam tak jd nek 五合目 sebab jalan ditutup utk kenderaan persendirian. Kitorang pn amek keputusan gi 忍野八海. Air dari 富士山 memang sejuk kaw2. Dia suruh test letak 30 saat. Aku bantai 45 saat. Hilang deria sentuh aku jap. Round-round cari seouvenir & makan pastu gerak ke kereta masing-masing.

*Kami di 五合目*

Pastu decide utk nek 五合目 balik. Kitorang terpaksa park keta pastu naek bas yg disediakan. Kena titik 1700 yen. On the way tu jmpe rusa lgi tu. Makan mse gak rupanya nek 五合目tu. Sampai kt 五合目 langsung tak nampak pape sbb kabus tebal. Sejuk la gak walaupun skang ni summer. Dah pusa meronda, nek bas turun balik & menuju kampung halaman. Sebelum tu singgah jap la kt Saizeriya sbb masing-masing dah lapar. Habis makan balik la. Esok nya aku baito lagi. Aduh.....

SaBTu YaNg GiLeR

Hari ni aku baito lagi setelah cuti sehari. Nasib baek smpat terjaga dari mimpi & ade orang tolong kejutkan. Kalu tak memang aku dh tak datang baito la gamaknya. Hari ni 可燃ごみ ( Combustible Garbage). Dapat lak ngan orang yg tak byk cakap. Memang ngantuk la aku sepanjang keje hari ni. Tapi yg bestnya sepanjang 5 hari aku baito bulan ni, hari-hari mendung. So takde la letih sangat dek kepanasan teriknya mentari yg menyinar.


Habis baito tatkala budak2 ni singgah Asoto utk makan, aku terus nek tren menuju 本厚木 utk 鮎祭り & 花火大会. Ni kali pertama aku tengok setelah setahun lebih kat Jepun ni sbb tahun lepas nak gi tengok tapi memanjang terlepas. Ramai giler orang. Bukan men ssh lagi nak gerak. Kena tunggu member lagi. Tak best la layan hanabi sorang-sorang. Memang sadis la gamaknya.



Hanabi start pukul 7 malam. Bile dia start lepas hanabi, kitorang still jalan2 lagi mencari hala tuju. Nasib baek la byk. Sempat la tengok. Macam-macam bentuk ade. Bunga, love, planet etc. Kitorang amek keputusan gerak awal utk pulang sbb risau tren penuh. Tapi last2 balik lewat gak. Singgah makan kat 大戸屋. Macam-macam ragam org leh tengok lepas hanabi habis. Nama pun Jepun. Hmmmm....Some pics taken by Oiyour.



G.I. Joe

Setelah 4 hari baito, aku cuti sehari dan dgn itu mengambil keputusan utk gi shppg sket serta tengok movie. Kali ini GI Joe. Sebelum tu gilah jalan2 kat Machida jap. Singgah Yodobashi, Daiso 5 tingkat & Gallery 2. Dah lama aku cari Gallery 2 tu tp baru sekarang aku mendapati. Hohohoh.... Pukul 8 lebih gerak ke Ebina. Bukan men ngantuk lg tunggu masa utk masuk panggung. So, singgah minum kopi sket kt Doutoor.



Kegemaran aku skang ni tiap kali nk msuk cinema msti beli souvenir at least satu la. Dah penuh dinding aku ngan collection barang2 terutamanya keychain & keitai strap.
GI Joe memang aku minat sejak kanak2 ribena lagi. Tapi tak pernah aku tau asal usul watak2 dalam citer ni. Bile tgk muvie ni baru aku paham sket. Efek dia memang kaw2 best la. Hilang ngantuk aku. Langsung takleh lelap mata sbb full with action je citer ni. Kepada yg tak tgk lg tu jangan tunggu lama2. Kalu dah sengkek sangat duit dalam poket, jangan susah ati. Download je kat torrent ke apa. Ini Jepun la. Ngahahaha

Friday, August 7, 2009

BiKe DRiFt

Dah lama aku nak tunjuk video ni sbnrnya ni. Video ni aku ngan member2 lab aku jmpe tatkala bosan di lab. Mmg hobi lab aku utk bukak youtube pn kalu takde keje sgt. Enjoy it......


Sunday, August 2, 2009

iCK 2009


ICK atau nama pnjangnya Ini Camping Kita telah diadakan di Mitake selama 2 hari 1 malam dengan disertai seramai lebih kurang 30 org peserta kalangan pelajar JAD 6 seluruh Jepun tanpa mengira bangsa, jantina, warna kulit mahupun keturunan. Motif utama adalah utk mengumpulkan pelajar JAD 6 setelah tamatnya semester 1 tahun akhir ijazah di samping mengeratkan ukhwah yg terjalin antara kami.

Tiba di tapak perkhemahan, kami terus memasang khemah2 dan menyediakan tmpt utk BBQ. Sambil2 tu smpat la gak merasa kesejukan air sungai kt situ. Antara juadah tersedia ialah ayam, udang, jagung bakar, hotdog, makaroni, bihun goreng dan berbagai jnis lagi yg amat mengenyangkan perut para peserta. Keri & Tikah terpaksa berangkat awal kerana perlu ke Narita keesokan harinya utk menaiki penerbangan ke tanah air tercinta.

*Sambil bakar sambil ngap*

Apabila hari semakin gelap, unggun api pula dipasang bagi mengelakkan suasana gelap gelita malam hari. Peserta dr Meiji termasuk Shairam tiba lewat sedikit krn kesibukan baito. Aktiviti riadah malam lebih kepada sesi permainan dan bunga api. Game matle & goreng pisang menjadi agenda utama diikuti oleh men bunga api.

*Solat jemaah tidak dilupakan*

Dah hbis sume tu, ade yg smbung men teka-teki, ber'impak maksima', still BBQ & ade gak yg terus reput. Keesokan harinya hujan tp aktiviti mandi manda tetap diteruskan smbil menikmati sarapan cucur.

*Pencarian Hero Maskulin 2009*

Bila dah letih & ahri menjelang tengah hari, para peserta mengemas barang & khemah masing. Aktiviti selesai lebih kurang jam 1 tengah hari, diakhiri ngan ucapan & bacaan tasbih kifarah serta surah al-Asr. Diharap aktiviti sebegini dpt dilaksanakan lgi di masa hadapan. Insya-ALLAH......

*Para peserta yg menjayakan ICK 2009*

*Anas relaks jer*

ps: credit to Kerel for the pics.