*JAD 6期生*Semalam, tanggal 8 June 2009, genap lah usia 4 tahun bagi majoriti budak2 JAD batch 6 ( ada yg masuk lambat,korang smbut sndri.hoho...). 4 tahun lepas, most of us tak reti sepatah haram pn bahasa Jepun ni. Nak baca hiragana & katakana pon, kena tulis dalam romaji siap2 kt buku teks supaya nnti ble 先生 suruh baca, takde la tergagap2 kan. Makin lama kita kat JAD, mkin banyak kita belajar, makin pening kita dibuatnya sbb tak paham apa kte belajar byk2 tu.
Kelas bermula seawal 7.50 pagi & berakhir selewat pukul 5.00 petang. Kena lak budak 機械, hari Sabtu kena gi Batang Berjuntai utk 実験実習. Elok-elok dok MAIS, kena pindah gi TBP. Denggi pnye kes pon byk budak kte kena. Lepas kelas, budak laki tak lepas ngan maen bola. Kadang2 tu time ribut petir pon belasah je maen. Orang dah azan Maghrib pon, tak reti-reti nak berenti. Time PJ lak kena lari-lari. Banyak aktiviti kita sepanjang JAD 4 tahun ni. Robocon, jamuan sana sini, English Day, Hari Guru, Karnival Sukan, kelas tarian & gamelan serta banyak lagi la.
Sepanjang 4 tahun kita membina persahabatan ini. Walaupon lepas dah smpai Jepun, mmg susah nk berkumpul ramai2 balik cam dlu. Aku rindukan life kat JAD ngan member-member aku. Aku rindukan kelas 日本語. Aku rindukan keramahan 先生たち kat JAD dlu. Rindu men bola sama-sama. Tapi pape pn, kita takleh nak wat pape sebab tu sume dah takdir ALLAH. Moga 4 tahun perkenalan kita kat JAD tak berkahir setakat 4 tahun ni. Mudah-mudahan berkekalan sampai ke anak cucu, sampai ke liang lahad sekalipon. AMIN......
*Friendship forever*
p/s : Sepanjang 4 tahun ni, aku mintak maaf banyak2 sebab selalu wat salah silap, terkasar bahasa, tersalah tutur kata & budi bicara ke apa. Sampai ada nangis2 kena marah ke apa tu, sori la sangat-sangat ye. Time kasih la gak sbb banyak kenangan dicipta bersama selama 4 tahun ini. MOGA MENJADI SEBUAH KISAH KLASIK UNTUK MASA DEPAN.....