Banner

Friday, July 31, 2009

ouTiNg KeNKyuu....

Seharian kuar hari ni. Janji kumpul kat 東海大学前駅 seawal jam 8 pg tp aku bangkit dari lenaku jam 7.45 pg. Kelam kabut aku dibuatnya. Mandi2, amek beskal,parking rumah Fatin, berlari ke eki. Sampai je eki, member kenkyuu aku melambai dri jauh & safe la aku kerana tiba tepat pada masanya. Nasib bek.

Hala tuju kami hari ini ialah Sano Premium Outlet yg terletak di Tochigi Prefecture. Bukan men jauh lagi. Dari Kanagawa->Tokyo->Saitama->Tochigi. Makan masa 3 jam tu sbb jalan sesak. Padahal Gotenba Premium Outlet dekat je. Sano ngan Gotenba lebih kurang je saiz kot kalu Gotenba tu tkde jambatan. Tapi aku lebih gemarkan Gotenba sbb lebih seswai ngan jiwa aku ni.



Habis shopping sesi pagi,makan sushi & smbung lak shopping sesi petang. Aku juz beli spek & bantal peluk je. Hahahaha.....Hajat di hati sorang member aku ni nak men boling tp kna cancel sbb tak cukup masa. Kalu balik lmbat sgt nnt jalan lg sesak. Maklum la kna lalu Tokyo kan.

Sampai Tokai, hantar hadiah & terus gi rumah Becko. Sediakan pe yg patut utk ICK esok. Pe lagi kengkawan. Meriahkan ICK kite ini. YA-HA!!!!

Tuesday, July 28, 2009

YaTTa!!!!

Hari ini, aku berjaya meminta kebenaran sensei kenkyuu aku utk menggunkan khemah yg disimpan dalam loker kat lab. Bukan calang-calang khemah. Jenama Coleman lak tu. 3 biji khemah yg setiap satu mampu memuatkan 6 orang. Tapi bukan men seksa lagi nak bawak balik rumah. Aku mampu angkat 2 khemah je blik ngan basikal tua oren aku ni. Lagi 1 esok la bawak blik lepas hbis nomikai.

Tapi aku sndri pn tak tau brp byk khemah diperlukan utk ICK kali ni. Tapi, I'm looking forward for it. Mesti banyak bnda nk diceritakan lepas sekian lama tak jmpe ramai2 cmtu. Rasa cam tak cukup je 2 hari 1 malam. Hmmm....Kalu tak puas ati, kita wat lagi len kali.

Monday, July 27, 2009

KePaNasaN MeLaMpau...



Akibat kepanasan melampau, Liga Perdana Tokai terpaksa dibatalkan & kami membuat rancangan saat akhir utk ke sungai. Bukak tenet, cari alamat & cara menuju destinasi. Lepas solat Asar terus gerak. Mula-mula agak pelik apabila Encik Becko suruh bawak raket & kata gi taman. Tapi kalau ikut nama mmg taman pn. 県立秦野戸川公園 (Taman Togawa). Ada la budak ni ingat nak gi maen badminton kat taman smpikan tak bawak baju lebih utk mandi.

*Model majalah Mangga keluaran terbaru*

So, kami yg bawak baju lebih ni jela bermanda manda kt situ. Air memang sejuk. Sangat puas ati berendam sambil skodeng (budak2 ni la skodeng. Aku tak :p ). Pas hari mula gelap, kitorang pon bergerak ke クラ寿司. Kena menunggu setengah jam sbb mmg time tu dh waktu dinner bagi org Jepun. Aku johan la cam bese tapi juz ngan 16 piring jela. Tak lapar sgt tp dahaga sbb letih.

Dah kenyang balik rumah. Bajet nak men boling tp sme dh membulat,so lepak rumah Apiz la kami boys ni men game. Mentang2 la tkde exam. Sume dok relax je. Ish3, pe nak jd ni.

Sunday, July 26, 2009

3 DaYs.....

Bermula dari Khamis sehingga ke Sabtu(semalam), aku ber'baito' sampah. 3 hari baito berterusan dalam hidup aku. Sunggu letih. Lepak kt rumah Shahrin kt Ikuta sebab lagi dekat & murah dr stu ke tempat baito. 30 minit je.Kalau dari Tokai,5.30 pagi aku dah kena naek tren.

Sepanjang aku baito, berat badan aku dh turun sebanyak 5 kg. Memang aku jenis senang naek & senang gak turun berat badan. Metabolisme tinggi sgt. Baru gerak sket, peluh dah mengalir cam air hujan. Hajat di hati nak cuti hari Sabtu sbb dah plan nak gi ひまわり祭 (Sunflower Festival) ngan budak-budak Tokai len tapi boss tak bagi cuti sbb kekurangan orang. Pastu bdk2 ni tak jd gi la plak sbb dijangka mendung & hujan. Tapi hakikatnya mmg panas giler.

Balik baito,lepak rumah Shahrin jap, pastu bertolak ke Tokai ngan Mangat. Maen futsal ngan budak2 ni. Aku dah 4 hari rasa nya tak brp sihat. Sikit2 rasa nak muntah. Hmmm....Tapi mmg aku tak tahan kepanasan musim panas kat Jepun ni. Memberatkan kelopak mata ak je cam suruh tidur spnjg waktu.

Wednesday, July 22, 2009

TaNggaL 22 JuLai 2009

Hari ini,genap la umur seorang member ku iaitu Siti Shafiqah binti Ahmad Shaharuddin a.k.a. Kak CT. Hepi birthday la ye Kak CT oi. Dia ni memang slalu kena usik je kt JAD ni. Tapi post kali ini bukan berkenaan Kak CT. Sori la ye.

Hari ini, berlakunya fenomena gerhana matahari yg merupakan gerhana matahari terpanjang abad 21 yg mampu disaksikan penduduk Asia. Tapi disebabkan hari ini mendung, maka kebarangkalian utk melihat nye agak tipis terutamanya di area Kantou ini. Lepas habis kelas basketball terakhir semester ini, aku tengok kat luar dewan still cam bese je. Takde pape yg menarik. Tapi ramai student Tokai dok kat luar bangunan siap ngan spek khas semata2 nak tengok gerhana.



Tapi awan yg tebal melindungi penglihatan kami. Aku pn juz dapat tengok kejap je bila awan berlalu pergi melintasi gerhana tu. Tupon bukan time penuh. Tapi kira ok la dapat gak tengok gerhana matahari. Ingat nk solat sunat gerhana tapi tak ingat cara. Sebelum ni pernah je wat solat gerhana sempena gerhana bulan time dok MAIS dulu.

Tapi aku gi Masjid Shah Alam la sbb mmg tak tau cara. Bila sampai tu orang dah start solat. KItorang berlari2 masuk masjid.
Seingat aku, takde sujud. 2 rakaat tapi sme berdiri je. Lepas rukuk, diri balik & ade baca surah kalu tak silap aku. Time tu gak la ade sket perang sbb ade budak suruh wat kt surau MAIS ngan budak2 ni. Masalahnya kalu reti takpe gak. Ni men bedal je solat gerhana cam solat sunat 2 rakaat laen pe kes kan. Hmmmm.....Rela berlari ngan kain pelekat gi Masjid Shah Alam time tu.Huhuhu....

Thursday, July 16, 2009

HaRRy PoTTeR & tHe HaLf BLooD pRiNce


Sejak mengetahui cara menempah tiket online ni, keinginan aku utk tengok wayang makin menjadi-jadi. Latest movie aku tengok ialah Harry Potter & the Half Blood Prince. Aku layan tengok siri HP walaupun tak minat langsung nak baca novel dia. Hohoho.... Malas nak citer panjang lebar psl muvee ni. Kang tak saspen lak bg mereka yg tak tengok lagi. Tapi ade kepelikan bagi aku bila tengok kt Toho Cinema Ebina. Langsung tak sama cam apa yg diceritakan oleh kouhai2 Takudai. Takde la sampai kena sound ngan Nihonjin sbb bising ke apa sebab kat Ebina ni, bila tayangan movie English je, mesti penuh omputih datang.

Sampaikan ada omputih dok sebelah kitorang tu cakap,"Look, all gaijin flock together". Kadang2 terpikir gak aku,dari mana la datang diorg sme ni sbb hari bese takde pn. Tapi kitorang slumber jela tengok cam kt Malaysia. Gelak & bersembang pada waktu yg rse cam bleh la. Takde pn orang sound. Tapi nihonjin memang kaw2 tunggu sampai habis betul2 muvee tu. Kitorang para gaijin ni, bila kuar je senarai casting dan seangkatan dengannya terus angkat punggung, blah dr cinema. Nihonjin stay smpai habis sume tu kot. Hohoho... Minggu depan, Ice Age 3 lak. Jom.Hohohoho....

Monday, July 13, 2009

ISK


ISK atau dalam sebutan panjangnya, Ini Satay Kitorang.Masuk minggu ni dah Sabtu ketiga kami di Tokai ber'BBQ' serta bakar membakar ni. Ikan bakar, ikan percik, takoyaki & kali ni satay lak. Keje makan je dok Tokai ni gamaknya. Mana tak gemuk.

*Muka-muka tak sabar*

*Penulis bergaya bersama saudara Shidee & satay*

Disebabkan aku baru balik baito, maka yg buat persiapan sume budak2 laen la. Aku datang tunggu turn nak meratah je. Lepas makan kitorang maen bunga api lak. Sungguh tak best bunga api Jepun ni. Kejap je dah habis. Bagi budak2 kat Malaysia ni konfem nangis2 sebab tak puas maen.
*Hanabi dalam kegelapan malam*

Dah habis men hanabi sume tu,pihak pompuan balik & kami kaum bapa lak melayan cter Keliwon & Jelma. Bagi aku kalu tgk cter hantu melayu tak cuak pn. Len la tgk hantu siam. Itulah aktiviti weekend kt Tokai yg semakin menular skang ni.

Tuesday, July 7, 2009

ToKuYaMa....

Minggu lepas, aku just gi 研究室 selama 4 jam je. Selebihnya dok kuar gi 市役所, バイト, jalan-jalan & トクヤマの会社説明会. Sini cter psl トクヤマ jela. Buat kat Shibuya. Turun2 eki je, aku dh start pening. Check balik peta tp still tak paham2 gak jalan. Tanya la polis kt eki tu. Dia tunjuk jalan. Tapi still pening gak. Nasib baek Becko ade utk menjadi tourist guide aku.

Budak JAD yg hadir ade dalam 8 org. Paling tak bleh blah ialah time kt MSAJ Career Fair hari tu cakap cam nk pakai ramai org tpi hakikatnya nak 8 org je. Nak wat team futsal pn susah klu kna ade lak pompuan masuk kan. First time dalam job hunting aku, kna 自己紹介 (self introduction) sorang2 kat depan. Memang nampak la beza 日本語力 antra budak JAD & budak AAJ+PPKTJ. Budak laen cakap dahla panjang lebar. Bukan maen laju wa cakap lu. Memang layak la gi Align CenterSamalaju kt Sarawak tu utk keje ngan トクヤマ ni.

*Bakal-bakal pekerja Tokuyama????*

Sesi soal jawab pastu pn agak bengong gak. Budak JAD senyap je. Soalan budak2 len siap masuk 専門的 nye soalan lagi cam 'payback pada solar panel'. Payback yg aku kenal juz game dalam iPod touch aku je. Hohoho....

*Popia udang Thai*

*Sayur best*

Pas habis 説明会, kami budak JAD gi mentekedarah kat Restoran Thai. Memang sedap tapi harga pn bleh tahan gak la. Rekod aku spnjg kat jpon iaitu lbih kurang 3500 yen bersamaan RM140. Memang pokai aku kalu slalu kuar makan gini. Hahaha...Tapi memang best dpt jmpe member2 lama. Lepak kat kedai Thai tu, macam2 kitorang sembangkan. Maklumla masing2 busy ngan research. Bukan senang nak kumpul cmni kan.Hmmm.....